Purdah

Purdah

Assalamualaikum

Biasanya kan kat whatsapp, selalu je dapat iklan cari jodoh.. mungkin dah terlajak kut.. lulz.

Biasanya yang mencari tu lelaki.. aku paham kalau mereka yang terlajak ni nak sesuatu daripada perempuan yang di cari.. iye laa.. semua orang nak yang terbaik.. ada nak yang hafizah.. paling cetek pun diorang mintak hafal juzuk 30. Hahaha..

Tapi aku tak boleh terima bila berpurdah masuk dalam syarat pencarian jodoh.. well, prinsip nya mudah.. purdah tidak menentukan tahap iman seorang. Sama macam jubah.. ia hanya pakaian.

Kat dunia ni, tak de manusia sempurna.. semua ada buat silap.. ada yang pernah buat macam macam laa.. malas laa nak sebut.. tapi, aku tak paham kenapa bila orang kata dia nak berhijrah, mesti pakai purdah.. purdah tu tak perlu pun.. cukup laa sekadar dia tutup aurat sempurna, jaga maruah.. jaga ikhtilat.. dampingi orang yang baik baik pun antara jalan menuju penghijrahan..

Aku tak kata pun aku menolak purdah.. tak de.. aku tak tolak purdah.. nak pakai, sila kan.. aku takde masalah.. bukan apa.. bimbang jatuh plak semangat dia.. orang ni kan suka mengata.. hahaha..

Cuma kadang kadang aku annoyed sikit ngn wanita purdah ni.. kadang kadang.. aku ade je kawan ngn wanita purdah.. hahaha..

Okey, berbalik kepada cerita cari jodoh td.. kalau semua nak cari yang berpurdah.. nampaknya aku takkan kawen laa sampai bila bila.. dan bagi aku, aku bukan jenis yang pakai purdah sebab laki nak perempuan berpurdah..

aku ade je kenal sorang mamat ni.. dia suka kat perempuan ni sebab dia pakai purdah.. perempuan ni tak laa cantik sangat.. haha, biadap plak aku.. tapi serious aku cakap, dia nampak cantik sebab dia suka pakai eyeliner tebal nya ya rabbi.. mata galak gituh.. lagi satu dia ni kiranya niqabis yg berfesyen fesyen gituh. That's why laa ramai suka..

Lepas setahun tu, dia bukak purdah.. laki yang minat kat dia tu dah tak minat kat dia.. dia kata perempuan tu tak lawa.. haha.. aku rasa mamat ni lagi biadap.

Akhir kalam, kecantikan tu tak kekal.. tapi agama, kalau kita pelihara, in sya Allah, kekal ke akhirnya..

– Penyu nelang

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *