Nafkah mertua dan adik ipar ku

Nafkah mertua dan adik ipar ku

Salam semua, thanks admin sebab approve. Perkahwinan aku dan isteri dah masuk 8 bulan usianya. Berbekalkan simpanan 3 tahun aku bekerja dengan gaji bersih 2k sebulan, aku beri 20k hantaran untuk isteri ku untuk perkahwinan impiannya,maklum lah, katanya kahwin hanya sekali seumur hidup. Sebab dah sayang, telan air liur je lah hantaran banyak tu. Nasib baik ada simpanan. Walau pun isteri ku tidak bekerja dan study time tu, aku tetap menerima dan redha atas jodoh ku dan mengharap dia mampu menjadi suri rumah dan ibu terbaik untuk anak-anak ku. Isteri ku adalah anak sulong dan mempunyai 5 lagi adik, semuanya perempuan. Pada awal perkahwinan kami, aku mengajak isteri untuk tinggal berasingan dengan family nya, tapi oleh kerana desakan mak mertua ketika itu, aku membuat keputusan untuk tinggal bersama mertua.

Tapi bermula masalah apabila ayah mertua aku melepaskan semua tanggungjawab ke atas bahu aku. Kos dalam rumah semua ditanggung oleh aku seorang. Dengan keadaan gaji bersih 2k sebulan, aku terpaksa membayar sewa rumah yang kami tinggal sebanyak rm800 sebulan. Bil air, astro, elektrik dan barang dapur semua ditanggung oleh aku. Bukan itu sahaja, yuran sekolah, baju sekolah adik ipar pun aku yang bayar. Semenjak aku kahwin, duit gaji memang akan sentiasa habis dalam minggu kedua atau ketiga lepas dapat gaji. Aku pernah menyuarakan benda ini kat isteri ku, tapi dituduhnya mengungkit atas semua pemberian sebelum ini. Dia akan merajuk dan aku jadi buntu.Malas nak bergaduh,aku senyapkan je lah. Ayah mertua pulak jenis tak bertanggungjawab, tak balik rumah dua tiga hari dan balik sekejap je. Ayah mertua ada skandal dengan janda beranak satu. Semua duit dia habis kat janda tu.Anak sendiri memang tak keluar duit satu sen pun. Bagi pun rm30 je untuk nafkah sebulan.

Pernah aku bagitau isteri, dalam keadaan macam ini, aku takkan dapat tanggung semuanya. Aku makan kat ofis pun kadang-kadang ikat perut sebab takut tak cukup duit. Breakfast nasi lemak rm2 dan lunch rm4. Tu pun memang berjimat gila dah aku makan. Dengan kos makanan asyik naik. Pergi kerja 40 km dari rumah mertua dengan motor semata-mata nak berjimat tol dan minyak. Dengan keadaan El-Nino sekarang, lagi lah perit rasanya naik motor. Pkul 5 lebih tu pun masih panas. Balik rumah pun kadang-kadang lauk dah habis, tinggal nasi dan ikan goreng seekor. Maklum lah, 6 orang makan, semua sedang membesar. Aku pernah mintak isteri bekerja, tapi dia taknak kerja kat kedai makan, 7 eleven ke, kedai kain ke, dia nak kerja dalam ofis, paling kurang kerani. Aku cakap kat dia, dia belajar sampai SPM je. Mana nak dapat kerja ofis. Microsoft Excel dan words pun dia terkial-kial nak guna. Macam mana nak kerja kerani. Mula lah merajuk dan tarik muka. Aduh, stress den, perempuan memang suka merajuk ke??. Dia ada dua adik umur 17 tahun dan 18 tahun. Dua-dua duk kat rumah tak nak kerja dan tak nak sambung belajar sebab result SPM kelaut. Masing-masing terbongkang kat rumah.
Aku dah penat sangat memikirkan soal duit. Pernah aku bagitau isteri, yang nafkah aku kat dia je, bukan mak mertua dan adik ipar. Nafkah diorang masih ayah mertua kena tanggung. Kalau ayah mertua tak nak bagi, pergi lah pejabat agama, tuntut. Tapi mak mertua pulak tak nak bising-bising pasal masalah rumah tangga dia, malu dengan sedara. Kalau bab agama memang keluarga isteri agak lemah, nak baca Al-Quran pun memang tak boleh langsung. Kalau baca merangkak takper lagi. Start kahwin, aku dah start ajar isteri ku mengaji dari Alif ba ta. Dia bagitau time kecik dulu belaja lah kat kampung, lepas tu dah tinggal lama. Dek kerana ayah nya pun tak pernah ambik berat pasal pelajaran dia dan belajar agama dia.

Kat luaran memang nampak keluarga bahagia, tapi dalam porak peranda. Ayahnya kerja kontraktor tapi tak pernah cukup duit. Rumah teres dua tingkat tapi menyewa. Pakai kereta Camry, nampak kaya tapi papa kedana. Tu pun masih lagi nak pasang satu. Patut lah Rasulullah S.A.W, suruh cari keturunan yang baik. Takdelah menyusahkan lepas kita kahwin. Tapi dalam kes aku, lepas kahwin baru tahu situasi keluarga isteri. Nak menyesal pun tak guna.

Sekarang ni aku masih bertahan dengan semua ni. Slow talk pun isteri tak layan. Nak luah kat adik beradik aku, takut buka aib keluarga isteri pulak. Nak luah kat isteri, merajuk pulak nanti. Kat sini je lah tempat aku mengadu dan luahkan. Lesson learnt dekat siapa-siapa yang belum berkahwin, pilih lah isteri dan keluarga mertua betul-betul. Pastikan agama diorang, walau tak alim, at least diorang tahu nafkah, tanggungjawab dan basic agama.

Sekarang ni aku nak menyesal pun tak guna. Aku just mengharapkan doa readers sekalian untuk bagi aku kekuatan dan rezeki lebih. Mungkin ni dugaan Allah nak bagi kat aku. Kadang-kadang rindu nak ke masa silam balik, tinggal kat Mahallah dan study. Tak perlu hadap semua ni. Tapi semua dah sejarah. Apa pun tak boleh buat. Assalamualaikum. 

– Abang Momo

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *