Tak kahwin susah, Nak kahwin pun susah? #eh
Dari bercakap permasalahan yang banyak tak selesai, saya nak ambil peluang share pencerahan. Hope Wawa boleh approve.
Mahar atau maskahwin adalah wajib diberikan kepada bakal isteri dan itu adalah hak mutlak si isteri. Manakala hantaran adalah tidak ada dalam mana2 hukum dan ia adalah sekadar adat.
Apa yang menjadi masalah kepada masyarakat harini adalah perkara adat yang menyusahkan. Meletakkan adat sebagai yang utama dan penghalang besar kepada perkara yang halal, apa natijahnya?
Saya tiada masalah jika mas kahwin adalah RM15K. Itu adalah haknya untuk meletakkan sebanyak itu. Tapi bagaimana kalau mas kahwin hanya sebanyak RM150 tetapi hantaran RM15K? Seriously, merugikan.
Alquran sendiri meletakkan mas kahwin wanita adalah selonggokan emas (tinggi). Hinggakan salah seorang khalifah mahu meletakkan kadar maksima kepada mahar tetapi dikritik rakyat, "apakah kamu mahu mengambil apa yang sepatutnya menjadi hak kami?" Maka akta tersebut tidak jadi untuk diteruskan.
Hantaran yang menjadi adat masyarakat sekarang adalah semata2 merugikan pasangan yang baru untuk memulakan hidup. RM15K yang hangus sehari pada wedding planner boleh digunakan sebenarnya untuk kegunaan mereka kelak:
●harta si isteri. Nak shopping nak buat g haji suka hati dialah.
●atau boleh guna top up bayar muka beli rumah atau kereta.
●atau boleh bagi juga kat parents untuk kenduri.
●atau tolong suami untuk majlis pihak lelaki.
●kegunaan waktu emergency.
●bayar ptptn pun boleh.
●tak akan susah kalau si suami minta duit balik kalau si isteri minta fasakh. Kalau dah burn awal2, habislaaa.
●dan ikutlah nak buat apa sebab tu harta isteri.
Dan saya rasa si lelaki pun tidak akan lokek nak berikan sebanyak itu kalau ada manfaatnya buat jangka masa yang panjang dan buat simpanan isteri tercinta juga. Kehidupan harini yang susah mungkin disebabkan kita sendiri menyempitkan keadaan.
Majlis mewah yang bersumberkan hutang si suami bakal merumitkan keadaan kelak. Nak jaga status dan ego, jangan lupa kita tidak akan sesekali tahu masa hadapan kita/anak cucu bagaimana.
Kalau takdir Allah meletakkan zuriat yang lahir sakit, bagaimana kita nak tempuhi dengan hutang yang sudah menimbun? Kalau si suami ditakdirkan sakit atau meninggal, bagaimana hutangnya mahu dilangsaikan? Fikir jauh sebelum bersenang harini.
Bagi majlis, buatlah sesederhana mungkin, dan sebagai hadiah dari ibu ayah untuk anak gadisnya. Sekadar kemampuan si ibu ayah, asalkan berkatnya ada. Tutup sahaja telinga jika ada yang mengata, kita lagi mengetahui keadaan diri sendiri.
Dan bakal suami, usahalah bagi yang mampu buat bakal pendamping dan bakal isteri, ihsanlah dalam menetapkan maharmu.
Betulkan yang salah, biasakan yang benar. Together make a better future.
Enna Melon,
Pelajar tahun akhir,
Jurusan Usuludin dan Perbandingan Agama, IIUM.
– Enna Melon
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/