Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUMC sekalian. Penulisan aku kali ini simple sahaja, lebih kepada penghargaan kepada para confessors di IIUMC. Aku seorang pembaca setia kebanyakkan confessions di page ini. Ni merupakan kali pertama aku menulis di sini, maaf kalau susunan ayat agak tak teratur.
Aku tahu ada banyak jenis confessions di page ini. Antaranya, luahan masalah samada dengan kawan, keluarga, teman istimewa mahupun rakan sekerja. Ada yang beranggapan untuk tak perlu membaca/ terbabit dengan ‘masalah-masalah’ orang lain, mungkin takut terpalit dengan masalah yang sama barangkali.
Tak apalah. Bagi aku, aku cuma baca confession jika ada waktu lapang sahaja. Terima kasih pada semua confessor yang sudi berkongsi meluahkan ‘ujian’ korang. (Kenapa? Nanti dekat bawah korang tahu kenapa aku ucap terima kasih). Sejujurnya, dua minggu lepas aku menghadapi satu masalah berkaitan masa depan aku. Tapi aku tak berniat untuk ceritakan masalah aku dekat sini.
Sejak dua minggu lepas jugalah, dalam beberapa hari tu aku rasa lost yang teramat sangat. Mula-mula aku dapat ujian tu, aku tak boleh bayangkan keadaan aku. Lutut aku terketar-ketar, aku rasa kaki aku macam dah tak jejak tanah. Selera makan takde. Menangis fikir masa depan aku yang mungkin kelam disebabkan ujian tu. Aku pun selalu tidur konon nak lupakan masalah tu.
Alhamdulillah, solat aku tak tinggal tapi aku akan selalu menangis masa berdoa mengadu dekat Allah. Tanya Allah, “kenapa ujian ni kena dekat aku. Apa salah aku?”
Aku juga selalu offkan telefon, tiada siapa tahu masalah aku kecuali family aku. Aku terputus hubungan dengan orang sekeliling aku. Kadang-kadang jika perlu baru aku akan on telefon aku. Alhamdulillah, aku ada ramai kawan. Dan diorang ada bila aku perlukan diorang cuma aku belum bersedia untuk share masalah ni pada sesiapapun kecuali family aku.
Actually, aku baru je habis belajar dan baru dalam proses mencari kerja. Jadi, kalau aku offkan telefon, takde masalah untuk aku yang dah takde apa-apa komitmen ni.
Apa yang aku cuba nak tekankan dekat first post aku ni, sokongan orang terdekat sangat penting. Family aku sangat supportive masa aku dapat ujian tu.
Diorang banyak bagi nasihat dekat aku, suruh aku buat apa yang patut sebagai umat Islam. Boleh dikatakan diorang pun rasa sekali tempias ujian yang aku hadapi ni. Kesian diorang. Dan jangan risau sebab sedown-down aku, aku tak pernah lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Allah dah uji aku, takkan aku nak dapat ujian lain sebab tak jalankan tanggungjawab aku as anak kan? So, kerja rumah dan lain-lain tetap aku laksana macam biasa. Instead, bila aku dah kurangkan social life aku, aku rasa masa aku lebih spent well dengan family aku.
Dah dua minggu sejak benda tu jadi, aku dah okey dah ni. Boleh gelak ketawa, dah tak fikir sangat dah benda tu. Aku pun tak tahu aku dapat kekuatan ni dari mana. Alhamdulillah sekarang aku dah bangkit, sebab aku pegang dua perkara ni. (Aku yakin ramai je tahu, cuma masa kita tengah diuji tu kita tak kuat). “Allah uji kita dengan benda yang kita sayang dan Dia takkan uji kita lebih dari takat kemampuan kita.”
Para confessors sekalian, korang tahu tak yang luahan korang dah buat aku rasa masalah yang aku hadapi ni taklah seberat masalah yang korang hadapi. Selain jadikan pengajaran, benda nilah yang buat aku kuat hadapi masalah aku actually. Aku selalu terfikir, kebanyakkan ujian yang confessor hadapi tak mungkin aku mampu nak hadap.
So, dengan ujian yang aku hadapi ni, aku start redha dan ikhlas. “Halah, apalah sangat ujian aku berbanding diorang ni kan. Allah kan ada. Dia kan sebaik-baik perancang. Mesti ada dosa aku Dia nak ampunkan ni.” Pujuk hati kecilku. Its not that easy, tapi InsyaAllah slow-slow nanti okeylah.
Untuk sesiapa yang tengah ada ujian sekarang, aku harap korang jumpa orang supportive untuk sentiasa support korang walau apa pun yang korang hadapi. Tak kisahlah kawan atau family sekalipun. Masa tengah hadapi ujian tu, jangan lupa kita ni hamba Allah. Solatlah awal waktu, banyakkan amalan sunat. Mengaji, sedekah, buat baik pada orang, tahajud. Allah yang izinkan semua tu jadi dekat kita. Ujian kan mendidik kita jadi orang yang sabar?
Kadang-kadang bila jadi ujian macam ni.. terfikir jugak, macam manalah orang yang diuji sampai dipressed tu. Aku tak berani cakap lebih sebab korang je yang hadapi masalah korang tu. Apa yang mampu aku cakap, bangkit dan percayalah dengan apa yang korang hadapi, InsyaAllah Allah akan kurniakan pahala (jika kita sabar) serta ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Walaupun kita tak nampak hikmah dia sekarang, Dia akan bagi nanti. Percayalah. Sangka baiklah pada Allah. Tak ada orang pun minta untuk diuji. Tapi dengan ujian tulah, tanda kita orang ygan beriman.
Doakan aku kuat untuk terus hadapi ujian ni. Moga ada pelangi di sebalik awan yang hitam ni. Sekali lagi, terima kasih pada para confessor sekalian. Oh, tak lupa juga kepada para pembaca yang beri komen positif dan membina. Komen-komen korang pun sangat membantu actually. Sumpah, tak tipu!
– Lavender (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit