surat saman ptptn 2
Salam semua…sis dah baca komen2 readers semua…tq kepada readers yg komen sis cara terbaik untuk settlekan surat saman sis tu..dan tq jugak kepada yg komen kecam sis sbb xbayar…tq semua..semua komen tu sis baca dan terima dengan berlapang dada…☺..
Berita baik untuk sis sendiri, Alhamdulillah Allah masih tlg sis dgn adanya bantuan komen2 readers semua tentang cara nk handle tu.. Sis dah pergi cawangan ptptn terdekat dan Alhamdulillah staf ptptn kt sana baik sangat tolong sis…xkecam sis dan xtunjukkan riak jelik sbb sis xbayar…sis dah bincang dgn staf sana…sis xperlu naik court..sis cuma perlu bayar dulu sikit duit tunggakan sis tu sebelum tarikh naik court tu…sis jugak ada cakap sis nak reschedule balik pembayaran sis dgn ptptn…staf ptptn cakap bayaran tu akan di reschedule selepas sis settlekan bayaran tu dan dorang batalkan saman tu..Alhamdulillah Alhamdulillah sis syukur sgt jalan sis sangat dimudahkan ☺…
Staf sana cakap kalau sis x dtg ptptn tu dan xpergi court, nnt akan ada panggilan ke 2 utk sis dan yg tu lgi byk sis kena bayar…huhu..Alhamdulillah sis pergi settlekan awal2….btw nama sis dah kena black list so sis dah bincang dgn staf ptptn untuk clearkan nama sis…insya Allah lepas sis bayar sikit tunggakan tu staf ptptn tu akan bantu sis clearkan nama sis…Allahu baik sgt staf tu…☺
Kepada yg tnya berapa lama tak bayar untuk sampai surat?sis xboleh jawab sebab sistem ptptn sekarang dah berubah…bayaran balik bulan2 pun dah berubah..maklumlah readers semua tau kan ekonomi macam mna sekarang jd gov nk kutip balik duit untuk tampung perbelanjaan (ini pendapat peribadi sis je,sila jgn kecam..huhu)…cuma sis nk bgtau sis dah grad lama dlam 2thun…dan dalam 2thun tu sis ada kerja part time je…xtolak kwsp dan socso..ckup2 utk belanja poket…so sekarang sis dah kerja tetap ada tolak kwsp dan socso…so dr situ sis expect dia detect nama sis dari kwsp dan socso…xpe r benda dah lepas sis pun salah sebab x byar awal2 bila mula2 kerja…duit gaji pun sis bukan buat joli, sis dahulukan yg penting dulu….tp dah jd macam ni sis ambil iktibar la, ☺…insya Allah lepas ni sis bayar secara konsisten….doa kan sis murah rezeki untuk bantu family sis dan byar ptptn…☺…
Kepada yang xdapat surat lagi tu dan x bayar lgi tu cuba2 lah pergi cawangan ptptn yg terdekat…bincang cara terbaik untuk bayar…jgn jd mcm sis dah terngadah baru nk menyesal…tp sis x cuak pun…sis yakin dgn pertolongan Allah…Alhamdulillah sejak sis dapat surat tu sis ok lagi tak stress tak susah hati…makan laju je sihat walafiat,boleh buat rilex buat peace je…haha..
Cuma satu sis ralat, jgn kecam sis ckp sis tak nak bayar terus…ada nyatakan kena bayar hutang dalam sekian2…yee memang ada dinyatakan sis akui dan sis bukan xnak bayar terus, sis ada niat utk bayar walau sis tau niat tak mnghalalkan cara ada ke gtu?huhu cuma tula kewangan xmengizinkan….walau ape pun situasi sis selalu pikir positif walau pun memang terbukti org tu bersalah or berperangai sekian2 tp bagi sis sndri sis tak ada dalam situasi tersebut jadi sis xsenang nak hukum orang..
maaf kalau rasa sis ni xboleh di tegur…sis confess kat sini pun sebab sis xda tempat untuk meluahkan…luah kat kawan,kawan pulak berlagak sebab bayar ratus2 setiap bulan kecam sis konon dah berhutang sedar diri r kena bayar hutang, Allahu …nk luah kt fmly, sis xnk bebankan family sis sebab sis yg pilih jalan ni…lgipun sepanjang sis study sis xpernah minta duit fmly..sis usaha buat part time dapat r tampung belanja hujung2 sem tu bila duit ptptn dah habis…huhu…
Terima kasih kepada readers yg komen2 tu jelaskan cara untuk sis settlekan surat tu…terima kasih jugak kepada yg remind sis untuk bayar hutang tu walau sikit..readers confession ni semua baik2 hati xkira yang like, yg komen, yang baca, tapi xkomen semua lah… semua berjiwa murni…semoga semua urusan readers semua dipermudahkan oleh Allah dan sis doa semua readers2 sini di murahkan rezeki…terima kasih semua…sis hargai komen anda…readers iium therbaikkk (baca gaya boboiboy) ☺
– sis, ptptn debtor
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/