reply to Maduku Mad’uku Suamiku

reply to Maduku Mad'uku Suamiku

Assalamualaikum semua. terima kasih admin sudi approved confession ini.

Bila baca confession puan aeina mikhael berkenaan suaminya, saya terus teringat seorang ustaz muda yang aktif gerakkan dakwah remaja ditempat saya.

Ustaz muda tersebut datang dari daerah jiran. Seorang hafiz quran. Sangat aktif berdakwah. kadang2 tidur di masjid. tidak kedekut untuk membelanjakan gajinya demi program dakwah. pokoknya kalau dilihat secara luaran, beliau sangat ikhlas dlm berdakwah.

Tetapi beliau sangat berahsia. merahsiakan usia sebenar. tidak berterus terang tentang status perkahwinannya, dan byk lg rahsia. Oleh kerana saya bekerja disebuah institusi agama yang bekerjasama dgn program ustaz tadi, saya ada menguruskan beberapa dokumen beliau. rupa2nya beliau sudah berkahwin. dan khabar angin ada mengatakan isterinya masih belajar di iium.

Berita terbaru yang saya perolehi drp seorang ajk yg sering membantu ustaz tadi dalam program2 dakwah beliau…ustaz tu sedang rancak mengganggu dan menghantar mesej kpd ajk perempuan yg kebanyakannya remaja lepasan spm dan ipt tanpa mengenal waktu siang malam. hingga ada yang syok sendiri. mesej personal dan tiada kaitan dgn gerak kerja dakwah. suka beramah mesra dgn remaja wanita berbanding remaja lelaki. saya sendiri pernah menerima secebis kertas bertuliskan nama dan no telefon beliau. kertas tersebut dgn misterinya ada di dlm dompet sy yg saya tinggalkan di meja pejabat.

lama kelamaan, perangai sebenar beliau semakin terserlah. beliau sukakan pujian. memecat jawatan seorang ajk lelaki kerana cuba mengikat tali pertunangan dgn seorg ajk perempuan. suka campur tangan dlm hal peribadi ajk2 perempuan dan lain2.

saya jadi risau dgn keadaan ini. bimbang ustaz tadi merosakkan imej org agama. bimbang ada gadis2 yg terperangkap. saya juga datang dari bidang agama dan sering terlibat dgn program2 dakwah. namun saya lihat cara ustaz ni agak berlainan dgn cara dakwah yg biasa sy sertai. kurang menjaga batas antara lelaki dan perempuan, suka meraih pujian dan lain2.

dah byk sungutan tentang ustaz ni drp org luar dan ajk beliau sendiri. namun semuanya tak berani tegur secara berhadapan kerana ustaz ni ramai peminat. bahkan bos sy sendiri sgt mengagumi beliau. khabarnya dah ada yg berani menegur secara berkias. nak report, takut dia diharamkan terus. sayang juga sebab didaerah ni susah nak jumpa pendakwah yg blh masuk dgn jiwa remaja. lagipun dia bawa usaha dakwah. cuma caranya ada sedikit salah dan sikapnya agak kurang sempurna. ye lah tiada manusia yg sempurna.

pengajarannya, para isteri kalau dpt suami yg mcm ustaz tadi, rajin2lah ikut dlm program suami. ya! kita sporting, xsuka mengongkong suami, husnuzhon. namun perlu ambil tahu juga kegiatan suami. takkan la suami nak sembunyi kalau dia buat perkara baik kan. bg yg pjj, usahakan untuk bertemu pasangan secara kerap. bimbang pasangan kita duk kacau anak dara @ anak teruna org. nauzubillah…

– miss m&m

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *