Dari kakak ke adik

Dari kakak ke adik

Baru baru ni adik aku yang baru dapat keputusan spm, sebok lah mengisi mana mana permohonan untuk sambung belajar. Keputusan adik aku ni, sejujurnya takde lah bagus pun. Ada yang gagal, A pun dua je, tu pun A-. Kalau nak dibandingkan dengan aku, aku punya lagi ok lah. Aku dulu ada lah 3A+ dan ada lagi 2A. Alhamdulillah. Dapat lah aku masuk uia, walaupun kebanyakan yang aku mohon adalah uitm. Rezeki. Siapa tahu.

Aku tolong adik aku ni isi permohonan UPU satu per satu, bersesuaian dengan minat dan kelayakan dia. Tapi tulah, sebut hal kelayakan, kami berdua ke satu webpage ni utk semak kelayakan. Banyak gila okay yang adik aku ni TAK layak. Jujur cakap aku sedih gila ah. Sebabnya, aku ada EXPECTATION yang adik aku suppose to be better than me. Aku mula buat muka, dan semestinya tindakan aku tu, buat adik aku down. Aku tengok muka dia yang makin meraut kesedihan tu, hati aku ni jadi .. tersentuh sampai aku bergenang.

Aku bukan lah kakak yang sentimental atau stock lembut lembut, aku cam jenis rocker sikit sbb aku pun mmg sorang je anak perempuan. Adik aku makin sedih, aduh! masak aku tak reti pujuk. Then, aku letak tangan aku kat bahu dia, and aku cakap "Takpe man.." terus adik aku nangis, aku pun tak tahan beb tengok dia macam tu, aku pun nangis kat bahu dia (patut dia kat bahu aku, tapi.. takpelah lol). Dengan menitik air mata ni, aku cakap jugak kat dia, "Takpe man, kita doa banyak banyak, mesti ada rezeki kau kat mana mana man, kau jangan risau, masa depan kau masih lagi ada, kita usaha"
Memang drama gila, drama air mata.

Sebenarnya, aku nangis bukan sekadar rasa sedih sbb dia sedih, tapi aku rasa bersalah sebab aku "EXPECT" dan yang paling teruk aku "COMPARE". The truth is, aku lah yang tak pandai nak dibandingkan dengan dia. Masa aku sekolah, pergi balik berhantar. Tuition setiap hari mak bapak bayar. Bila aku nak study je, ibu buat akan nescafe untuk stay up. Balik sekolah ibu masak sedap sedap untuk aku makan lepas tu ulang balik rutin harian ke tuition dan sebagainya. Tak abes lagi dakwat pen ayah dah bawa aku ke kedai buku untuk beli yang baru, tak sempat minta, ayah dah tanya "Pen kamu ada lagi? Kasut kamu elok lagi?"

Begitu berbeza dengan keadaan adikku yang balik sekolah je, kene tunggu bas tambang. Bas tambang pula berhenti dihadapan hospital. Dengan perut lapar, dia makan kat kantin hospital. Lepas zohor, buka kemeja sekolah, jaga ayah yang terlantar. Berganti jaga dengan ibu yang dah penat jaga ayah dari subuh. Ibu pula yang penat menjaga ayah, yelah bayangkan kene duduk kat kusi plastik tu berjam jam. Uruskan ayah. Tak payah cakap buat kan air, adik aku buat apa pun, tak sempat dia kesahkan. Bukan setakat tuisyen, dari pen sampai lah ke hal ehwal sekolah, tiada siapa yang pedulikan. Tiada..
Ya aku kat cfs masa tu, abang aku pulak kat uitm bukit mertajam. Tinggalkan adikku, dengan adik yang bongsu yang tidak tahu menahu tentang apa apa. Tak lama pun masa berlalu, hanya 5 bulan kemudian. Ayah yang satu satunya tempat kami bergantung, pergi buat selama lamanya. Ayah pergi pada hari yang mulia, hari raya. Dengan baju raya kami ke pengebumian ayah. Hujung tahun itu, adik aku jawab spm.How dare.. how dare aku compare.

Dengan adik yang mula lap air mata dia, aku terus niat kan dalam hati. Wahai Tuhan, adik ku ini, adik dari syurga. Dia mungkin degil, dia mungkin suka sakit kan hati aku, kami selalu bergaduh, tapi Tuhan, dia sahaja lah harta aku yang datang dari syurga. Kau berikan lah dia seluas luas rezeki sesungguhnya Engkau maha Pemurah. Cukup bagi dia, kesedihan yang mungkin takkan mampu aku tanggung ya Allah. Aku sayang kan adik aku, dan Kau tolong lah dia macam mana Kau telah menolong hambaMu yang beriman.

Hari ni, adik aku call aku dengan belagaknya dia kata "Siapa kata aku tak pandai Siapa kata aku tak layak, aku dapat KPTM Bangi lah weh"
Terima kasih ya Allah, kau dengar kan kami.

Mungkin kita makan nasi yang datang dari periuk yang sama. Lahir dari rahim yang sama. Punya keturunan yang sama. Tapi ingatlah kita lalui keadaan yang sangat berbeza. Kalau kita ni, masih nak compare pandai kita dengan adik beradik. Berhentilah. You are never in their shoes, and you'll never be. Terima kasih admin sbb approve (kalau approve).

– niche

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *