sebab satu kesilapan dah tak nampak kebaikan selama ini
salam.sebelum ni aku ada kenal sorang sister ni dan sepanjang aku kenal dia, dia banyak tolong aku. tolong kewangan, assingment,tolong bagi support dan tolong buat aku ni kenkadang rasa dihargai.kiteorg kapel dan tempoh yang lama. sepanjang aku kenal dia, kiteorg hampir terlanjur dan yang ringan2 tu selalu.aku mula suka dan sayang dia dan hubungan still lagi ok.one day terbongkar rahsia yang dia tipu aku. dia tipu aku untuk masa yang lama dan dia tipu aku semata2 untuk dapatkan aku.
aku bengang jugak lah ditipu untuk tempoh yang lama tapi dlm waktu dia tipu aku tu tak pernah dia membebankan aku pun atau menyusahkan aku.aku pernah janji nak kahwin dengan dia sebab aku dah buat yang ringan2 dekat dia, so aku terpanggil nak bertanggungjawab even kami tak pernah terlanjur,cuma aku rasa bersalah. selepas aku tahu dia tipu aku, aku terus tinggalkan dia macam tu jer,tanpa dengar semua penjelasan yang aku rasakan bullshit dan aku takut untuk ditipu lagi. mulai saat itu, aku blocked semua media sosial dia dan aku jarakkan diri dari bertembung atau berjumpa dengan dia sebab aku tak boleh terima penipuan dia tu.(penipuan dia tu bukan dia mengandung ke, pernah terlanjur ke bukan.ni penipuan lain) penipuan yang nak tarik perhatian aku je.aku tak boleh terima sebab lama sangat dia tipu aku.
aku buat keputusan tinggalkan dia macam tu jer.aku tak nafikan memang aku teringat jugak dekat dia tapi aku ego kan hati. aku buat yang aku ni keras.dalam masa yang sama. aku dihantui rasa bersalah pada dia kerana aku pernah berjanji untuk mengahwininya dan aku juga telah menyentuhnya (ringan2).kadang2 aku rasa aku ni lebih jahat daripada dia kerana dia hanya menipu aku. tapi aku dah sentuh dia,tapi aku tinggalkan dia macam tu jer even takde pape yang berlaku antara kiteorang.dia selalu merayu supaya aku maafkan dia dan terima dia balik dan dia bersedia untuk berubah tapi aku ignore dan aku tak layan.
dalam tempoh aku ignore dia ni, dia selalu jatuh sakit dan minta tolong aku bawakan dia ke klinik (dlm keadaan terdesak) tapi aku ignore jugak.kadang2 aku available jer waktu dia minta tolong, tapi aku diamkan sahaja dan aku biarkan dia sakit sensorang.aku takut kalau aku jumpa dia untuk bagi bantuan takut aku lembut hati dan kembali kena tipu lagi.mungkin? dlm tempoh aku jarakkan diri dengan dia ni, aku cuba berubah.aku cuba bertaubat dan mendekatkan diri kpd Allah. aku perasan dia pun sama, dah mula pakai stokin dan handsock dan cuba utuk berubah jugak mungkin.
aku cuma terfikir, jahatkah aku kerana meninggalkan seorang wanita yang telah aku sentuh (ringan2)seolah2 aku ni perfect sangat?aku tahu dia ingin berubah dan berjanji untuk tidak menipu aku lagi, cuma aku takut.sepanjang aku kenal,bnyak dia tolong aku terutama duit. sekarang disebabkan satu kesilapannya, aku terus lupa akan kebaikannya yang menimbun selama ini. apa harus aku buat?aku tak boleh nak tipu diri sendiri, yang sememangnya aku pun teringat cuma ego je.adakah aku patut beri peluang kedua kepadanya dan tengok perubhan dirinya disamping aku dan dia sama2 berubah? atau aku lepas tangan macam tu jer?aku dihantui rasa bersalah kerana telah menyentuhnya dan rasa bersalah kerana terlampau banyak kebaikannya dekat aku selama ni.
aku hina dia macam2. aku panggil dia gila, shit, dan semua aku caci dia.tapi dia tak pernah membalas balik herdikan dan cacian aku, dan kadang2 aku rasa kau ni takde perasaan ke? aku tahu dia tengah menahan diri dan bersabar dengan kerenah aku, tapi makin kuat aku hina makin dia senyap dan tidak membalas balik.aku buntu. mana patut aku buat ni. tolong bagi pendapat yang bernas untuk aku. tq
– ahmad
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/