sambungan reply to miss pemalu
Salam. Terima kasih admin sebab sudi post confes saya. Saya dapati ramai yang kecam saya atas tindakan saya meninggalkan perempuan tersebut.
Baiklah. Saya cerita dengan lebih jelas. Sebenarnya, sewaktu saya tengah berasa 'iman dah nazak' atas dosa2 maksiat tu, saya buat banyak kali istikharah. Ni doa saya setiap kali saya istikharah;
"Ya Allah, jika dia benar jodohku, Kau permudahkanlah niat kami. Jika bukan, Kau bawalah dia pergi dulu."
Kami merancang untuk menuju ke hubungan lebih serius. Saya siap bawa dia jumpa mak ayah saya. Memang masa tu saya rasa nak kahwin dengan dia.
Saudara saudari sekalian. Saya terima hentaman anda mengenai sikap saya yang tinggalkan dia. Seperti yang saya cakap, saya doa dalam istikharah saya, kalau dia bukan jodoh saya, biarlah dia sendiri yang pergi dulu dari saya.
Ceritanya macam ni, saya ringkaskan. Sejak saya dalam proses nak berubah, berkali2 saya minta pada Allah agar jauhkan kami. Saya tinggalkan dia bukan sebab saya dah kotori dia. Tidak. Saya sendiri dah minta maaf pada dia, pasal episod2 maksiat kami. Ya. Dia pun mengaku bersalah atas kesilapan tersebut. Katanya, kami dua2 sama2 salah. Salah saya sebab mulakan, dan salah dia sebab melayan. Jadi, dua2 pihak dah minta maaf, dan dua2 pihak dah bersetuju untuk tak mengulangi lagi kesalahan tersebut.
Saya ni, jenis, kalau benda yang saya buat tu 'tak kena' dengan Allah, means benda yang berdosa, hati saya tak tenang. Sejujurnya, ketika kami pada awal2 bercinta, sehingga high, dan sehinggalah dah bertaubat daripada maksiat, jauh di sudut hati kecil saya mengatakan bahwa, dia bukan jodoh saya. Atas kegoyahan hati itu tersebut itulah, saya nekad buat istikharah. Yelah. Saya berpendapat bahawa, kalau makin lama kami bercinta tapi hakikatnya kami tiada jodoh, lagilah buat hati ini rasa merana bila kecewa. Sebab itu saya berani beristikharah minta pendapat daripada Allah, supaya tunjuk jalan, adakah perlu untuk saya bercinta dengan dia lagi, atau tidak.
Semenjak daripada kami dah mula slow down + bertaubat atas kesalahan masing2, kami dapat rasa, hati kami masing2 dah mula tawar. Tiada lagi perasaan indah, bahagia, romantis macam dulu. Tak tahu kenapa. Saya cuba bertanya kepada kawan2 dan murabbi saya, kenapa perasaan itu dah mula tawar. Jawab mereka, mungkin itulah petunjuk dari Allah, yang hubungan cinta yang kami bina itu, palsu. Lalu, saya nekad, saya akan hadap je apa2 sahaja yang bakal berlaku.
Ditakdirkan, suatu hari, semenjak kami dah mula renggang (dah takde perasaan obvious nak bercontact macam dulu),Allah temukan dia dengan seseorang. Saya dapat tahu perkara tersebut melalui media sosialnya, beserta kawan2nya. Bila dapat tahu tentang perkhabaran itu, maka hati saya ucap syukur dan lapang.
Sebab apa? Sebab akhirnya dia ditemukan oleh Allah seseorang yang jauh lebih beriman, dan hebat ilmunya berbanding saya ; lelaki biasa + perosak. Saya bersyukur, sebab dia tidak dijodohkan dengan lelaki perosak seperti saya.
Sehingga kini, kami dah berbulan lamanya tak bercontact. Saya berharap, agar dia kini lebih bahagia menjadi seorang muslimah.
Dalam confes saya yang lalu, saya ada nyatakan maaf pasal rosakka dia,kan? Bukan apa. Saya kalau teringat balik babak2 jahanam tu, serta merta saya takut dan malu. Malu pada Allah sebab berlaku munafiq, dan malu pada dia sebab saya berani rosakkan hati dia.
Tentang ini, kalau saudara saudari mahu terus condemn saya, silakan. Saya berani berkongsi, atas tujuan untuk memberi iktibar. Jangan mudah jatuh hati pada manusia yang kita tidak kenal iman dan hatinya; seperti saya – berkopiah tapi tewas dengan godaan syaitan.
Iktibar seterusnya, bila dah nekad nak bertauvat, taubat sungguh2. Terkenang dosa2 silam itu perkara biasa. Tapi berusaha bermujahadah sehabis mungkin untuk meninggalkan dosa silam tersebut, itu luar biasa.
Sekarang, saya kembali menjadi bujang, dalam erti kata lain, single. Saya dah serik nak bercinta dengan sesiapa. Bimbang, kalau saya terbuat semula dosa lama saya. Nauzubillahi min zalik.
Doakan saya, agar saya istiqamah sehingga bila2. Istiqamah untuk tidak bercinta. Takut sangat2. Ini luahan jujur saya. Terpulang pada saudara saudari sekalian untuk menafsirinya secara positif mahupun negatif. Hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Terima kasih sebab sudi baca. Terima kasih sebab kondem + maki saya lelaki tak guna. Saya terima. Ya. Saya memang lelaki perosak. Tapi, sehina2 sifat perosak saya, saya dah berjaya melepasi zaman hitam itu, dan kini sedang bermujahadah kembali ke jalan Allah. Last, saya harapkan doa2 kalian agar saya istiqamah dalam jalan menuju Allah ini. Doakan ya. Terima kasih. :)
– Rai, lelaki perosak yang sedang bertaubat.
– Rai
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/
Syukur alhamdulillah kau dh berubah. Aku confius psl sebelum ni kau mcm mengelak dri dia. Tpi alhamdulillah korg dh saling bermaafan. Maaf sbb salah faham! Moga kau beristikomah menuju road kepada Allah!