Kenapa aku diduga?
Saya ada kanser sejak umur 16 tahun. Apabila kanser tu datang bagaikan virus yang bukan sahaja merosakkan tubuh saya malah hidup saya. Semuanya serba tak kena. Apa yang saya plan untuk masa depan saya semua tak jadi. Result spm tak teruk dan tak terlalu baik tapi bila tawaran universiti datang saya tak dapat pergi. Saya ada rawatan yang perlu saya lalui. Hidup bagaikan robot dan experiment. Menangis ye saya menangis dan ibu menyuruh saya sambung f6 sahaja. Tak payah cakaplah betapa sedihnya tengok orang lain masuk uni. Dan betapa serongnya saya pada pandangan masyarakat yang menganggap f6 ni tak bagus. Semua tu saya hadapi dengan redha. Tapi saya ingat ujian tu semua dah habis. Rupanya tidak. Ia makin teruk. Kecuaian seorang doktor menyebabkan saya hampir mati. Kanser saya dah menjadi tahap 3. Dulu tahap 2. Lepas 3 then 4. Lepastu apa? Matikan? Saya sangat muda. Umur pun belas lagi. Saya sangat takut hadapi hidup yang medatang. Sampai bila saya boleh hidup? Dan kalau saya hidup sampai bila saya nak menyusahkan orang lain?
Lelaki? Ramai yang datang tapi apabila tahu saya sakit lebih ramai yang lari. Saya redha. Tapi ade sorang yang unik yang boleh terima saya seadanya tapi ibunya yang menghalang. Ye mungkin kami tiada jodoh. Buat para wanita atau lelaki yang sihat di luar sana. Hargai hidup anda selagi anda bernyawa. Berbaktilah pada ibu bapa anda sampai akhir hayat mereka. Jaga mereka kerana anda ada peluang. Hargai mereka yang cintakan anda. Hargai semuanya selagi kamu berpeluang untuk bernafas dan tak terlantar di katil hospital bagaikan mayat hidup. Doakan saya selamat menjalani rawatan :)
– Miss tabah
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/
Form 6 adalah jln ‘singkat’ utk ke degree. Sbb apa? Sbb setahun setengah je belajar berbanding di U. Dahla murah, diploma diterima seluruh negara laktu. Kalau dorg hina, awk diamkn aja sbb dorg tk tau education sebenar. Bgi saya, awk jgn tkut bila di uji. Saya thu penyakit awk bahaya tpi percayalah Allah kecualikn awk atau kata lain Allah senang untuk ampunkn dosa awk sbb awk manusia istimewa.