Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa
harap admin sudi approve post saya nie dan tq in advance sebab approve.
post ini agak sensitif terhadap golongan tertentu jd saya nak minx maaf awal2.
Aku seorang perempuan yg umurnya dirahsiakan dan tgh menganggur skrg nie. Masa kat U atau bila lepak dgn kawan2 sekolah selalunya topik perkahwinan akan menjadi topik utama. Kadang2 tu tgh cerita pasal benda lain tp entah macam mana topik kawen boleh masuk jugak.
Aku pula jenis yg x berapa suka nak cerita pasal topik kawen sebab aku rasa ada banyak benda lagi yg aku nak achieve dan aku rasa kalau aku kawen, semua tu akan terbantut.
Kadang2 tu sampai kawan2 aku kata aku xde perasaan sebab x suka cakap pasal bab kawen. ada yg kata aku budak-budak la, x matang la, and banyak lg.
Secara jujurnya, topik kawen adalah perkara yg aku nk sangat elak dari bercakap. I mean, banyak lagi kot benda lain yg boleh jadi topik tapi kenapa topik kawen juga yg nak dibincangkan? kenapa sibuk nak bincang pasal lelaki idaman? hantaran berapa? nak anak berapa? blabla.
tahu tak nak berkahwin tu perlu banyak persediaan?
kau pasti ke bila kau kawen nanti kau boleh ngam dengan mertua kau? dengan ipar duai pasangan kau?
macam dalam family aku, ayah aku bekerja biasa2 je dan gaji pun dalam 2k lebih je…tapi x cukup sebab mak aku x bekerja, anak pula ramai.
family belah ayah aku, majoriti yang ipar perempuan merupakan wanita berkerjaya dengan gaji 4 angka setiap bulan. berbeza dengan mak aku yg x bekerja, dengan ada anak ramai so nenek aku lebih suka dengan menantu2 dia yg berkerjaya berbanding mak aku sebab bagi dia, mak aku nie menyusahkan anak dia je.
aku tak salahkan nenek aku sebab menantu2 dia yg bekerja tu selalu bg dia hadiah atau hulur duit bila dah nak balik. Mak aku mana boleh buat macam tu sebab dia suri rumah sepenuh masa. tambahan pula, gaji ayah aku boleh dikatakan sikitlah juga bagi penduduk bandar macam kteorang nie.
Mak aku pernah berniaga dulu, suruh kteorg jual kat sekolah. kadang2 hantar kat koperasi sekolah. walaupun untung sikit tapi boleh la buat menampung duit belanja sekolah harian kteorg tapi x lama kemudian terpaksa berhenti sebab harga barang yg naik mendadak. kalau harga barang naik, harga jualan pun kena naik juga sebab nak dapat untung tapi mak aku x sampai hati nak naikkan harga sebab pelanggan kteorg rata-ratanya pelajar sekolah.
Ayah aku bagi je duit tiap2 bulan kat mak aku tapi x cukup. Aku faham situasi tu sebab adik-beradik kteorg ramai.
Bila balik kampung belah mak aku pula, ayah aku kadang-kadang x hulur duit dekat arwah atuk nenek aku sebab xde duit. balik kampung je dah makan banyak perbelanjaan so aku faham dan x salahkan ayah aku tapi tulah, mak aku akan terasa. Yelah, siapa x sedih kalau kita x boleh tolong org tua kita sendiri kan?
Ayah aku kena utamakan mak ayah dia terlebih dahulu baru boleh pedulikan keluarga mertua dia.
dengan keadaan pak cik aku yg sakit dan memerlukan duit untuk kos rawatan dia, mak aku x mampu bagi duit sedangkan adik-beradik dia yg lain semuanya bagi duit. Mak aku je yg x bagi. Betul, bukan tanggungjawab mak aku lagi sebab dia dah jd hak milik ayah aku sepenuhnya tapi mestilah dia rasa sedih sebab x dapat tolong abang kandung sendiri.
Semua masalah nie, mak aku luahkan kat aku. cerita pasal nenek aku yg suka membanding-bandingkan dia, cerita pasal adik-beradik mak aku yg minta duit dengan dia utk kos rawatan pak cik aku dan banyak lagi. Hati aku rasa sedih sebab aku x mampu nak buat apa. Bukan salah sesiapa. Ini semua ujian dan dugaan. Mak aku memang tabah orangnya….aku sedih tgk kalau mak aku sedih. termenung sorang2
Aku sekarang tgh cari kerja dan aku x kisah kalau nak kene kerja kat kedai makan sekali pun tapi mak ayah aku x bagi sebab kena kerja sampai lewat malam. Kalau boleh mak ayah aku nak aku kerja pejabat, kerja yg sesuai dengan kelayakan akademik aku….tapi nak tunggu dapat kerja sebenar memang lambat la, dah banyak resume aku htr tapi still x dapat balasan. dapat panggilan interview pun dah cukup bersyukur sangat.
Aku nak kerja, nak tolong mak ayah aku, tolong bayar hutang dorang, hantar dorang pergi buat haji, berbakti dgn dorg selagi dorang hidup. Kalau boleh, kawen tu aku nak letak jauh2 dari life goal aku. Bukan x nak kawen tapi aku takut kalau aku kawen aku terpaksa abaikan mak ayah dan berikan lebih tumpuan pada mertua. dah jadi tanggungjawab isteri kan utk patuh cakap suami.
That's why aku x faham kenapa org muda skrg sibuk sangat nak kawen, dah bersedia ke nak hadapi semua nie???
aku minta maaf kalau ade yg terasa dengan post nie. Aku cuma nak meluahkan perasaan bukannya nak kecam sesiapa.
– kiddo
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/