Wahai keluarga besarku

Wahai keluarga besarku

Assalamualaikum readers.. Sy mempunyai sebuah kelurga yg besar. Keluarga besar disini merupakan kaum keluarga dr belah mak. Sy tk rapat dgn mereka semua sebab terasa diri ni kerdil sgt dimata mereka kerana ada beberapa peristiwa yg membuatkan sy berasa kecil hati.

Nk dijdikan cerita makcik2 sy selalu membandingkan sy dgn anak perempuan mereka. By the way, sy merupakan sepupu perempuan sulung dlm keluarga kami. Bila diorang balik kampung, rumah nenek (yg tk jauh dr rumah sy) makcik2 sy selalu duk puji2 anak perempuan mereka. Cakap rajin kemas rumah, pandai memasak dan perkara biasa yg sinonim dgn perempuan.

Sebaliknya pula dgn mak sy. Mak sy berbeza dgn makcik2 sy. Mak sy bkn jenis yg memuji anak sendiri. Jadi makcik2 sy akan anggap yg sy ni jenis pemalas dan tk pndai memask sbb mak sy bkn jenis yg nk bawak mulut nk cerita kebaikan anak sendiri. Walhal kalau kt rumah sy lh yg tlong mak buat kerja rumah.

Perkara yg paling memberi kesan pd sy, yg smpai sekarang sy tk boleh lupa ialah ketika kami berkunjung ke rumah salah seorang saudara kami ketika hari raya. Cerita dia mcm ni, sy bersama mak, dan keluarga kecil slh seorng makcik sy pergi lah ziarah rumah saudara kami. Dlm duk berbual tu, si tuan rumah tanya lah sy kenapa tk duk asrama. Masa tu sy masih di sekolah menengah. Belum sempat sy jawab, makcik sy dh menyampuk. Katanya , mana nak duk asrama baju dia pn mak dia basuh. Kalau duk asrama sapa yg nk buat kerja tu, dgn nk lipat kain lg. Bila dgr jawpan macam tu, si tuan rumah dn suami makcik pandang sy dgn pnuh simpti. Mak sy pn tk kata apa2 sbb mgkn dia anggap perkara biasa. Seriously, sy rsa nk menangis sgt msa tu sbb rsa diri ini dimalukan. Mungkin bg sesetengah org, benda ni remeh tapi agak2 lah sy masa tu sy dh belasan tahun, tahu apa itu perasaan dimalukan. Disebabkan perkara ini lah sy tk ikut dah makcik sy tu beraya rumah org.

Next, cerita pasal pakcik sy pula yg mana sy panggil pak long. Pada awal2 masuk universiti, sy ada bagitau lah yg alangkah bestnya kalau dpt masak sendiri. Boleh share2 dgn roommate bila nak masak. Makanan pn terjamin bersih. Lepas tu paklong kata, "alah nk masak ker, paklong rasa roommate tu yg masak, kaklong (sy) tlg makan jer". Yg lain gelak jer bila dgr paklong cakap mcm tu. Sy pula hanya mampu memendam rasa.

Rasa malu sgt bila diperkecilkan. Tambahan pula benda tu tk betul. hakikatnya sy memang suka memasak sebab sy suka buat kerja dpur. Diorang mana tau apa yg sy buat kt rumah sbb diorang jarang dtg rumah sy. Mak pun bkn jenis yg suka memuji. Sy bkn nk mak puji sbb sy sendiri pn rsa awkward bla org puji. Tp makcik2 jgn lah asyik membandingkan sy dgn anak mereka, jgn lah suka berkata sesuatu yg tdk pasti kesahihannya.

Sebenarnya kalu diikutkan banyak lg sebab2 mengapa sy tdk begitu rapt dgn keluarga besar ni. Tapi tk pa lh ni pn dh pnjang sgt.
Disebabkan perkara2 mcm ni lh sy malas nk jumpa mereka. Kalau raya pun sy akan jumpa mereka waktu pagi raya jer. Petang tu sy lebih suka duk umah sendiri. Tapi bila macam ni diorang akan ingat yg sy ni sombong dan tk nk brgaul dgn org. Walhal hnya Allah jer yg tahu apa yg sy rsa bila sentiasa dipandang rendah oleh saudara sendiri.

Akhir kata, terima kasih kepada yg sudi membaca. Maaf kalau korang rasa bosan. Sy cuma ingin berkongsi perasaan saja. Sekian.

– Ordinary girl

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *