aku yang bernasib malang

aku yang bernasib malang

assalamualaikum. sebetulnya, tujuan aku berkarya disini hanyalah untuk dijadikan iktibar buat semua. kita semua diuji dengan pelbagai jenis ujian dan sudah semestinya setiap kertas ujian kita berbeza format dan soalannya. namun,jawapannya hanya satu.

"bersyukurlah kamu terhadap Aku. Maka akan Ku berikan lebih lagi" -ini pesanan Tuhan kepada kita.

kalau anda semua rasa anda bernasib malang saat ini, ketahuilah, aku lagi malang.

aku dilahirkan dari sebuah keluarga biasa. aku adalah anak kedua daripada 5 adik beradik. aku punya seorang abang.

masa aku kecil dahulu, aku pernah "disentuh" oleh abangku sendiri. aku mendiamkan perkara ini sampai lah aku besar. aku tak sanggup nak beritahu sesiapa termasuklah ibuku.

apabila aku meningkat remaja, kematangan yang berlaku pada diri aku itu tidak sempurna. (tiada korelasi antara perlakuan abangku dan proses kematanganku).

pertumbuhan dimana setiap wanita akan mengalaminya selepas puberty, adalah tidak normal pada diriku. dari luaran tampak biasa. tapi tidak didalam. hodoh. aku sendiri benci melihat garisan yang menyiksakan mata.

bukan itu saja. kulit aku juga bermasalah. tidak normal. kelihatan garis2 dihujung lengan. terang. tampak pelik dan memghairankan. sepanjang aku hidup, aku belum pernah menyaksikan ada orang senasib dengan aku.

kadang2 aku terfikir, orang yang ada breast cancer pun normal sahaja (kecuali mass yang dijumpai) tapi kenapa tidak aku? kenapa aku tidak normal? kenapa proses ku seperti orang tua yang menginjak usia 80 tahun?

aku tidak tahu apa yang akan kalian fikirkan tapi sungguh, aku takut untuk berkahwin kerana keganjilan aku. patut kah aku berterus terang sebelum berkahwin? sudah pasti tiada siapa yg menginginkanku!

tolong aku. option yang aku ada hanyalah pembedahan kosmetik. tapi sudah semestinya aku tidak mampu.

ini bukan sekadar hal kahwin. aku malu kalau nanti tatkala jenazahku dimandikan,orang akan melihat dan terkejut.

aku harus bagaimana? tolong :'(

– cik s

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *