Ini bukanlah kisah tentang diri aku. Namun mengenai akak aku. Aku ada 2 kakak, seorang abg dan seorg adik perempuan. Berasal dari negeri utara. Ayah aku seorang kakitangan kerajaan. Manakala ibuku seorang surirumah.
Ketika remaja, kedua2 kakak aku memasuki sekolah berasrama. Manakala aku, abg dan adik, kami semua sekolah harian sehingga tamat spm. Jadi, kami lebih banyak masa bersama mak. Berbanding kakNgah ku ini, setelah SPM, dia bekerja di kilang berhampiran rumah kami. Dapat keputusan spm, dia ditawarkan masuk uitm. Seingat aku, setiap kali cuti semester, dia akan habiskan masa dengan kerja part-time dan jarang2 pulang ke kg. Alasannya duit yg ayah bagi setiap bulan tidak mencukupi. Setelah habis pengajian di uitm, kakNgah sambung belajar di utm,johor. Bertambah jaranglah kami bertemu. Walaupun hubungan kakNgah n mak adalah tak rapat, namun setiap kali kakNgah pulang, mak akan excited dan masak makanan kegemaran kakNgah. Aku selalu jeles, sbb mak tak masak pun mcmtu utk aku. Tapi, biarlah. Janji mak happy. Setelah kakNgah menamatkan ijazahnya, dia dapat peluang bekerja dgn gov. Alhamdulillah. Rezeki. Namun, setelah 3bulan bekerja, kakNgah menyuarakan hasratnya utk berkahwin.
KakNgah pulang kerumah dan berkata dia mahu kahwin. Duda anak 2 berkelulusan spm. Mak terdiam. Mak jwb, tak payahlah kawen lagi. Baru sangat kerja. KakNgah pula, yg memang aku ketahui, dia panas baran dan degil. Pabila mendengar jawapan mak, kakNgah berkata "Mak xnak bg kawen pun, kakNgah nk kawen jugak! Biarlah mak xsuka pun. KakNgah nak kawen, mak bukan faham!" Dan kakNgah terus keluar dari rumah dgn keadaan marah. Mak? Tersentak. KakLong pula keluar dan pergi memujuk kakNgah. Aku ketika itu menemani mak. Mak akhirnya menangis dan berkata, kakNgah tu anak derhaka. Sampai hati kata macam tu pada aku. Tak terfikirkah yg aku ni teringin nak rasa anak2 belanja. Ini tak sampai berapa bln bekerja, dah nak kahwin. Kali ini aku memang nampak mak terluka. Tapi setelah kami memujuknya, akhirnya dia benarkan kakNgah berkahwin. Semenjak kakNgah berkahwin, aku tak pernah dengar yg kakNgah memohon maaf kpd mak. Mungkin dia terlupa yg dirinya telah mengguriskan hati mak.
Setelah 6bulan kakNgah berkahwin, mak dipanggil Illahi. Hidup kakNgah tak pernah senang. Sentiasa duit tak cukup. Suami pula bermain kayu tiga. Aku ingatkan kakNgah akan menginsafi keadaannya dan terfikir, mungkin ini sebabnya derhaka kpd mak. Namun tidak. KakNgah terus tidak berpuas hati terhadap mak walau mak telah tiada. Bagi kakNgah, mak hanya menyayangi kami dan bukan kakNgah. Hanya kerana mak tidak hantar duit belanja lebih ketika kakNgah belajar, sebab itu kakNgah rasa mak tak sayang. Aku pun pelik. Belajar tinggi2 tapi otak macam senipis kertas.
Mungkin dugaan Allah kpd kakNgah. Namun jauh disudut hati aku, aku masih tak dapat lupa wajah mak yang berkali2 menangis kerana kakNgah dan berkali2 juga mak berkata kakNgah anak derhaka. Hendak meminta maaf, mak telah tiada di dunia. Moga2 Allah mengampuni dosa kakNgah ku.
Kepada yg masih ada mak, jagalah hatinya. Minta maaf andai korang guriskan perasaannya. Nanti kalau jadi mcm kakNgah aku or macam famili aku, entah bagaimana harus kami memohon maaf.
– Si adik
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->