Financial management

Sebelum masuk cerita aku ni, aku nak bagitau yang untuk cerita rogol and seangkatan dengannya tu, komen yang mengecam perempuan daripada pengomen lelaki tu sangatla memalukan. Tambah yang siap carut tu. Bayangkan kau pakai seluar ketat yg macam artis lelaki selalu pakai tu and ada seorang wanita cakap "you layak diliwat. Orang macam tu layak diliwat." Apa perasaan kau??? Perempuan, kita sekarang ni hidup dalam society yang mengajar wanita elakkan dirogol, tetapi tak mengajar lelaki untuk meng-control (maaf rojak teruk) nafsu mereka. Malulah kepada pengomen mengecam wanita itu.

Okay, second yg cerita pasal mak taknak puji, mak tak suka, itu aku taknak cakap apa apa sebab aku tak pernah ada dalam situasi tu, and orang sekeliling aku pun tak pernah lagi jadi macam tu. Tapi, satu nak cakap, ujian Allah semua tu.

Okay masuk cerita aku, aku nak mintak tolong kepada financial manager bagi tips kat aku cara nak increase saving. FYI, saving aku zero. Kepada MLM sila jangan komen sebab aku benci penipu. Sebab orang join MLM semua kaki penipu.

Info, gaji aku 2100, tolak epf 1869. Aku bayar sewa rm150, ptptn 200, topup 60, bil 40, mak ayah adik 300, insuran 150. Sewa rumah aku akan meningkat jadi 300 sebab roommate nak keluar. Jangan nak suruh aku share bilik dengan stranger ek. Yg roommate aku ni sekarang memang kawan aku. Aku hutang abang kakak aku time study total 800 yg aku belum bayar sesen pun lagi.
Aku ni tak de la beli baju ke kasut ke. Tapi aku kuat makan. Tapi aku boleh masak. Cuma malas.
Aku ada online bisnes tapi tu la, baru start x banyak customer lagi. Baru dapat rm13 profit. Biasala dropship je.

So, bagi pengurus financial kat luar sana, tak financial pun boleh, ce korang bagi idea kat aku, macam mana nak uruskan kewangan aku and kalau boleh aku nak saving semaksima mungkin. Jangan komen suruh pm ek. Jangan nak kedekut ilmu sangat. Share dengan semua orang.

Admin kalau tak approve ni, conform kau ni salah seorang peserta MLM penipu tu.

Salam

– Miss KK

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

22 Comments

  1. Follow sume sifu financial n property. Dorg bg tips secara percuma. Tp biasa keadaan mcm ni, dorg akn nasihat kn crik side income. Hahaha

  2. kejap..gaji lepas tolak sume : 1869, total expense dalam 300 (sewa) + 200 (ptptn) + 60 (top up) + 40 (bil) + 300 (family) + 150 (insurans) = 1050..supposed ada 1869-1050 = 819 baki..ok kalo makan biasa mybe dlam 400 sebulan..so dlm 419 baki..mana pegi? duit transport confessor x ckp, so saya xtau nk bajet cmne…cuba tgok artikel ni dan amalkan benda2 yg ditulis dlm tu..seperti menyimpan sebelum berbelanja..buat kerja lain, mcm saya hjung minggu ajar tuisyen..jgn lupa sedekah seikhlas hati stp kali dapat gaji tnda syukur..i.Allah dimurahkan rezeki..https://hanasuva.com/?p=11123

  3. sewa je la bilik dengan stranger…tak semua stranger tu jahat..aku penah dapat roomate yg aku x kenal lgsg skali baik gila,jaga agama and friendly gila..ko mula2 knl dengan mmbe ko yg ex rumate tu as a stranger gak..
    zaman ni dik,ssh ko nak choosy itu ini..kalau ko nk choosy gaji 2100 ,ko balik kg la…
    macam ko da tahu kuat makan tapi cakap malas masak,masak je la,hendak seribu tak hendak seribu dalih..aku keje hsbc,ada kat sini gaji 4,5 k pun bawak bekal g keje hari2 ape cite…kalau ikut nafsu makan ko mmg susah ler…

  4. Axia Global Venture / Kongsimakan Berhad Bukan MLM sbb sya pn benci MLM..
    Comp 100% manage by Malay. Semua Tops Management Melayu.
    Bonus tiap2 bulan selama setahun RM841.
    Modal sekali seumur hidup RM1700.
    Nak tau lanjut..blh view my FB. My lifestyle. My expenses. Syukran.

  5. .
    balance ade rm969
    ———
    buat auto potong masuk tabung haji – rm200
    masuk gaji simpan terus dlm bank lain – rm200, max rm2000 (bila lebih masukkan dlm tabung haji)
    simpan kecemasan (dalam bank lain) – rm100, max RM600-1000 (lebih je masukkan dlm tabung haji)

    x letak asb sbb tabung haji lg mudah. keluar duit tak perlu fikir zakat dh.

    yg lebih tu buat belanja makan/minyak/dll

    dah kalau reti masak tu rajin2kan la masak.

    kurangkan joli…kurangkan (atau xperlu langsung) makan stail hipster/fastfood.

    buat spreadsheet belanja bulan2. letak target utk minimumkan belanja bulan semasa banding bulan sebelumnya.

    kawal impuls buying. beli benda perlu je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *