Reply confession mak2 sendu

As salam….anak2 yg selalu kecik hati dengan mak sendiri.

Aku pun sama macam korang. Selalu kecik hati dengan mak sendiri sampai aku pernah benci mak aku masa zaman remaja. Selepas sambung belajar dan duduk jauh daripada family barulah aku matang sikit dan faham situasi mak aku. Waktu itu, aku remaja yang perlukan perhatian seorang mak dan time tu pulak mak aku tengah menapous. Dua-dua ada ganguan hormon so berperang dingin lah kami berdua. Aku sampai ada malasah depression, tekanan jiwa, masa sekolah rendah, malam2..doa mintak mati. Sekarang kalau mak aku cakap apa apa pun, aku dah tak ambik hati. Faham orang tua tua sensitive.

Aku nak bagi tau kenapa mak boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Sebab? Mak boleh marak, pukul anak, utk didik anak tu. Ada tak anak yg tak pernah kecik hati dengan mak? Tapi anak tak boleh sakitkan hati mak kan.

Kadang2 memang mak akan lebihkan anak lain sebab mungkin masa nak beranak kat kau tu dulu susah. Adik kau senang je mak kau beranak, tak banyak ragam. Aku dulu kulit sensitive, banyak ragam, sebab itu gamaknya aku tersisih sikit. Nak buat macam mana memang salah aku susahkan mak aku.

Apa apa pun, aku nak cakap yang, buruk buruk mak kau pun, itu tetap mak kau yang tahan sakit nak beranak kat kau. Selepas aku baca confession pasal mak kat sini, aku bersyukur ada mak aku. Mak aku tak sekejam mak lain, cuma kami berdua nie mangsa keadaan, hormon tak stabil gitu.

Beringatlah kawan kawan, saat kau rasa mak kau pilih kasih, ada mak lain yang sanggup jadikan anak dia hamba abdi, saat kau jadi hamba abdi,ada lagi mak lain yg sanggup jual anak kat orang lain. Saat kau jadi anak lelong, ada lagi mak lain yang buang anak dalam jamban. Even ada mak yang bunuh anak yang belum ada roh. Jadi bersyukurlah dengan mak masing2. Kita mugkin tak mampu ubah mak kita, tapi kita mampu ubah diri kita jadi mak yang baik.
Saya sayang sangat mak saya.

– bongsu

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *