Assalamualaikum semua.
Sempena musim konvokesyen ni, saya selaku senior kepada adik-adik yang baru tamat pengajian ijazah sarjana muda menyeru agar adik-adik sekalian elakkan dari menyambung pengajian.
Dalam keadaan pasaran kerja yang agak tenat, mempunyai master/Phd bukan lagi kelebihan, tapi menjadi beban buat adik-adik nanti.
Katakanlah, Si A adalah calon interview yang tiada pengalaman dan mempunyai sarjana muda. Si B juga tiada pengalaman dan mempunyai master. Syarikat akan memilih calon yang lebih murah, logiknya calon sarjana muda lebih murah berbanding master.
Cuba sehabisnya untuk mencari pekerjaan terlebih dahulu. Jangan mudah putus asa, 6 bulan ke setahun mengganggur tu kira biasa je zaman sekarang ni. Doktor perubatan pun setahun menganggur.
Isi masa menganggur kita tu dengan menambahkan kemahiran-kemahiran yang ada. Banyak kemahiran yang kita boleh belajar di rumah contohnya kemahiran buat Apps atau belajar bahasa asing. Ada duit lebih sikit boleh pergi kelas-kelas berbayar.
Sepanjang saya mencari pekerjaan, saya rasa kemahiran yang memberi kita kelebihan adalah bahasa. Selalunya yang pandai bahasa Jepun, Korea, Mandarin, senang dapat kerja dan gajinya lebih tinggi.
Contoh kawan saya, gajinya RM2 ribu lebih tinggi dari orang jawatan yang sama sebab dia boleh berbahasa Jepun dan dia pun suka-suka hati je boleh tukar kerja sebab syarikat Jepun banyak di Malaysia ni.
Nasihat terakhir saya, berhati-hati dengan tawaran pensyarah nak ambil penolong penyelidik. Ini adalah perangkap terbesar bagi penganggur-penganggur noob. Sebab jawatan ni mewajibkan kita daftar sebagai pelajar master/phd.
Saya bukan nak memburukkan pensyarah ye, tapi mereka perlu mencari pelajar untuk mengisi grant-grant mereka dan mencapai KPI mereka.
Kalau dibandingkan pengalaman kerja setahun sebagai RA dengan kerja setahun dengan syarikat, ibarat langit dengan bumi. Syarikat tak pandang pun pengalaman ko sebagai RA tu.
Kalau betul-betul berminat nak sambung, sambunglah lepas dah kerja 1-2 tahun. Waktu tu barulah kau dipandang sebagai aset kepada syarikat.
Sekian…
– Muhammad FI, Doktor Falsampah dalam Menganggur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit