Assalamualaikum, hello everyone. okay aku straight to the point je, aku nak tegur pasangan yang ada criteria kat bawah.
apa trend kawen muda sekarang yg buat aku meluat?
1) trend gila post gambar sweet kat laman sosial, menayang pasangan dengan pose2 yang bagi engko takpe orang lain tengok, kan dah halal. gambar paling bodoh aku pernah tertengok setakat ni yang atas katil. itu retis sendu, korang pun tau kot sebab pernah viral. kalau video “sweet” pulak, pasangan berpurdah berkopiah main dukung2 sampai terjatuh terhimpap. aku tengok sampai situ je, tak sanggup teruskan. tak termotivasi pun nengok video ghuper itu. dan aku tertanya siapa yang hati kering tolong recordkan.
2) trend gila update pasal marriage life korang setiap hari, setiap masa, setiap saat. semalam masak mee goreng. harini shuben belikan hadiah magnet peti sejuk. esok dating kat pasar malam. tulat zauji jadi imam subuh baca surah al ikhlas, alhamdulillaaaahhhhhhhh.
3) trend gila buat video kelakar (masalahnyer kelakar ke?) dengan pasangan. isteri buat suara manja, buat muka comel nak menjiwai watak kononnyer. suami sendiri yg upload bagi satu dunia tengok, share, komen. yer, dia isteri engko sorang. tapi semua dah dengar suara merengek dia, semua dah tengok muka comel dia merajuk, yang sepatutnya hak exclusive engko sorang yang bayar maskawen dia, tanggung dosa dia. tak ker rugi yeop?
4) trend gila bersembang mesra kat ruang komen @ whatsapp group. eh engko kalau cakap berdua je dengan dia, nak bahasakan diri teddy bear ke, pola bear ke, panda ke, bobo ke, baby ke, fetus ke, embryo ke, memang engko rasa sweet. tapi kalau kat komen, muntah hijau orang baca. dalam group whatsapp yg ada manusia lain tu, tak payahlah engko nak menjiwang, mesej terus kat dia, itu pun nak kena ajar ke?
5) trend gila upload conversation. dah mesej privately dah elok dah, tak puas hati jugak tu nak jugak orang lain nengok kebahagiaan dia. screenshot berkeping2 pastu post.. lihatlah dunia!
aku pun kawen muda, aku pun baru merasa keluar dating dengan suami, dan aku mengakulah aku jakun. aku pun ada laman sosial, suami aku pun romantik nak mampos dengan aku, conversation kitorang pun sweet gila bersemut dalam phone. banyak jer benda best2 aku buat untuk dia, banyak jer surprise dia buat untuk aku. berlambak gambar berpeluk kitorang dalam phone, gambar pergi travel sana-sini dengan suami. bersepah video aku record untuk kenangan aku dengan dia. aku pun macam korang, pengkawen muda yang tengah menikmati seronoknya kawen. tapi please, jangan buat sekeliling menyampah dengan over excited tu.
aku tak cakap jangan post langsung anything related to your marriage life, boleh silakan. tapi berpadalah. pilihlah gambar yang sesuai. waktu yang sesuai. kekerapan yang sesuai. contohnya nak buat appreciation untuk pasangan sebab anniversary. kalau engko setakat rindu kat dia pegi outstation, toksah guna fb nak meluah perasaan.
bagi aku satu je, trend ni semua jadi sebab dah takde rasa segan dalam diri. pasangan (terutama suami) tak main peranan, sepatutnya engko simpan isteri, tapi engko pulak yang galak mendedahkan isteri.
sebagai perempuan, dan seorang isteri, aku nasihatkan korang jangan selalu post selfie, buat mimik muka comel, menggoda, kang kena edit letak dildo macam miro felzoh tu baru tau padan muka. mahalkan sikit diri tu, kalau dah tahu dalam friendlist ada lelaki, post gambar tu semenggah lah sikit. tapi trend sekarang orang memang tak reti manggakan laman sosial ek? jadi sepelosok dunia boleh tengok free of charge. yang suami pun, tak rasa pape ke bila lelaki lain komen gambar isteri engko? boleh stalk hak engko? paling menakutkan boleh save gambar duckface bini engko untuk tengok tiap malam sebelum tido? serrreeemmm
korang kena ingat satu benda, aurat bukan dari segi pakaian je. tapi posing meliuk lentok, selfie cium pipi, walaupun suami isteri, aurat jugak. yang bujang2 ni nengok kemesraan korang tu, terseksa jiwa batin, siapa nak nanggung?
aku rasa aku layak tegur, sebab aku pun pengkawen muda macam korang. yelah, kalau tak wear your shoes, nanti cakap aku tak faham situasi so tak boleh bagi pendapat. sudoh lah nunjuk sangat cerita dalam kain yang best tu, esok lusa bercerai, pasangan curang, mula lah dinding fb tu penuh dengan post2 sedih, delete gambar sawit-sawit yang beribu keping tu, tukar status relationship sekali. terselaklah aib sendiri, conversation gaduh2 pun nak upload. sebab apa? sebab dah biasa share pasal marriage life. please lah, jangan sampai jadi tahap ni. nauzubillahimindzalik. kalau bercerai sekalipun toksah lah bukak aib pasangan. toksah terbuka sangat pasal hal peribadi ni wahai pengkawen muda.
yang manis kita nikmati berdua, yang pahit pun kita telan berdua. lebih indah, selamat dan terhindar dari fitnah. tak gitu??
– wei tak faham (WTF)
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Ini baekkk (Y)
#mudahterhibur dengan no. 4.
Padu! . Video yg kau meluat dukung sampai jatuh tu pun aku ada tengok
Nyesal tak tengok? ????
Hahaha kannnn, nyesal aku tgk jugak. WHAT IS WRONG WITH ME sampai sanggup tgk vid tu eeee bahahaha ????????
Rasa macam nk mintak pulangkan kuota internet je ?
Lol! Sampai habis kot tengok ??
Bahahaha pastu buang berapa minit pulak tu dok ngadap video tu je hahah. Stress hakakkk ???
Video budk 15thun lamar tu eh? Kah
Aku tak tgk lagi sbb tau akan habiskan data. Tapi bila mcm hot je kisah ni jenuh laa aku nk cari balik post video tu. Mohon tag ?
Setujuk..dahlama perasan….
Hawa Aidy
Nur Shahira Azmi finally someone has said it. Haha
Padu
#padu!
Ini osem! Thorbaek.
yeah
Baby ke,fetus ke,embryo ke,,hahaha
Saya rasa tak salah la benda tu….bialah itu kebahagian dia…nothing wrong with that. Walaupun sy single sy tak rasa benda tu meluat sy rasa itu just life sharing hahaha
kdg nk tegur tp rse mcm x layak sbb blom kawin
Sy rase scene anak menyuap mak makan lg sweet… K bye
#masalahhati
Farhan Borhan .. ni yg kau ckp tu
Video acah2 sweet. Erkkkkkk
Sometimes, mereka yg pose begitu sebenarnya as an escapism dr masalah sendiri.
Ade yg mak mertua tak suka, gaduh ngn ipar duai, org dok tanya bila nak dapat anak, and so on.
Nama pun kawen muda, semua masalah tu asam garam. Lama2 elok rasi la.
#my2
Betuuul! Setuju 1000 peratus! Aku ingat aku sorg je rasa mcm ni. Bezanya tak kawen lagi. Hahhaha. Muntah hijau kuning biru
Sejak bila aktif komen sini ni?
Nk share kang kate x layak lak sbb x kawen lg.
BRAVO !!!!!!!
Nur Erma Azuwin
Terbaik la. Huhu
Jeles ar tu hahaah
Baik punya
Izyan Nazihah Syafiqah Alia Syahir Zaini Hafizuddin Sa’adan Atiqah Mokhtar Amirullah Anuar
kalau rasa geli, xyah tengok.. hihihi
Kalau menyampah, jgn komen. Takot ade perkataan yg x sepatutnya kua dr mulut nanti. Kalau x suka tu, diam dan simpan dalam hati.
Life memasing lain2, hormati life org. Kalau dieorg nak share, biarlah. Lgpon dieorg pon x ganggu kita kan? Takot nanti in future kita pon terikut skali ; takot air kt dulang terpercik kt muka sendiri.
#reflection
??????
Yg ni win
Sis kahwin awal..tp sis sokong ur words.
Teguran tu jaga sikit bahasa. Jgn smpai menghina. Aku pon tak setuju org yg dk post gmbr sweet public ni. Nnti kau akan diuji dgn bnda ni
Tuless panjang2 sape nak bace…lukes la . Hahaha
Jelly.
Assalamualaikum
Mahir Hassan
Tak sedap baca jns tulisan gini
Bhs kasar. Ambik input je hk mana molek
Ahmad Fawwaz Othman
Bila orang tegur, perkara pertama yang perlu diteliti tu content dia bukan bahasa. Nak ditegur baik2 tak semua mampu sampaikan dalam keadaan baik. Buka minda lapangkan dada terima teguran kan lebih elok?
So fking true
Finally..lega ada orang tulis isi hatiku..nak buat sendiri tak mampu sebab tak nikah lagi..kang kena kecam payah pulak :’)
Hana Nana Siti Nurnazira Ishak Jasmeen Jomoin ngehh ngehh sapetu2??lol
we know who she is & i bet ‘she’ also know she is the one hahahha..
Takpelah, hiburan di petang-petang yg panas dan bosan. Haahahahaha pedas nyaa Hana Nana
Nabila Azlan Farhana Hasbollah Alya Atiqah Abdul Halim Nashihin Zamree
GOALS. (to not be these ppl haha)
Tegur menegur lah kita kalau termelebih mana mana
Yg confessor ni pun kawen mude pastu ckp laki dia romantik. Hmm motip sgt. Kah.
Setuju.. nampak pendedahan exclusive di situ. Huhu.
Jeles ckp jelah jeles kan. Senang. Nway, tu sebenarnya dia list down ape yg dia jeles. ?
Siti Khadijah Sazali
Nur Liyana Rashid embryo ke fetus ke. #162
Hahahahah
Tak kira la kita ni kahwin ka dak lagi.
Tak perlu laa kerap sgt cerita hal pribadi kt lmn sosial.
Bukan psgn suami istri ja kena malu.
Yg single pon sama…
Nak upload, nak menayang, biarlah berpada2. Asalnya niat saja2, lama2 riak pulak.
Kan ustz ada ckp ,
Muslimah ni, bila ada org komen, cantiknya .. comelnya .. baiknya..
Bukan dia reply dengan ucapan terima kasih , tapi dia segera padam gambar tu . Tu baru muslimah sejati..
Aku tegur ja, dulu penah buat . Dh makin dewasa, ada life sendiri. Tak perlu dh poyo sgt .
Kbye.
Brutal la sister ni. Hahahaha (y) (y)
Fahmi Fitri Roslan . Bce ni
Ayat dah bagus tapi kadang2 ternampak perasaan jeles/hasad dengki from your side. If kita tak xde hasad dengki, takkan terfikir perasaan ni
Pokok pangkal hati. Tanya hati kalau dh start ada perasaan annoying melainkan psangan trbabit mmg mgannoyingkn ?
Kannn betol tu. Huhu jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dlm point dia mmg ade yg betol, tp stengah yg sikit je lari. Hehe.
Tp dgn adanya makhluk gini,ada kebaikan nya pda saya.dia buat saya uninstall satu laman sosial sbb meluat baca moment dia.kena bterima kasih juga ke dia nnt.haha
Nursyafiqah Adila Binti Zainal
Kan? Liyana Suhaimi Nabila Dibit
Hahahah jap sblm i nk komen i tgk blk i ada post sweet2 pasal husband tak kang kena batang idong sndiri ?
Hahaha…kannnnn. Nsb single mingle
Hah nsb baik takde post dah sedar awal kahkahkah
Hahahah