Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya sudi kongsi kisah aku ini. Aku ingin berkongsi kisah ini agar dijadikan pengajaran kepada lelaki di luar sana, samada yang belom atau pun yang sudah berkahwin. Aku juga harap pembaca dapat memberi pandangan dan nasihat yang membina. Mungkin kisah aku ini dianggap kecil, tetapi bagi aku ia sangat merunsingkan.
Aku dan isteri bercinta sejak di universiti lagi, satu fakulti tetapi berlainan kursus. Dia cantik waktu itu, tak puas mata memandang. Selepas tamat belajar, isteri terus berkhidmat dengan jabatan kerajaan di selatan tanah air, manakala rezeki aku di ibu kota bersama syarikat bumiputra yang kecil.
Selepas empat tahun, dia naik pangkat dan aku masih ditempat kerja yang sama, struggle dengan gaji yang tidak seberapa, tetapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya masih ada kerja. Setahun selepas isteri mendapat kenaikan pangkat tersebut, aku mengajak isteri bertunang. Tak sanggup biar dia tunggu lebih lama lagi.
Maklumlah, dia ibarat pisang panas waktu itu, dengan lelaki bujang yang tak putus-putus mencuba, dengan lelaki berusia yang ingin jadikan dia sebagai isteri ke dua, malah ada yang sanggup berikan kereta baru untuk dia, padahal kereta isteri aku pada waktu itu bukan calang-calang juga. Mujur isteri aku bukan mata duitan. Kalau tak, takkan dia jadu isteri aku sekarang.
Selepas hampir 5 tahun berkahwin, kami dikurniakan 2 orang anak. Memang aku akui penampilan dia tidak la menarik seperti dulu, tetapi aku tidak kisah sebab waktu ini hati dia yang aku pandang. Memang aku bersyukur dapat isteri sebaik dia. Banyak tolong aku dari segi kewangan.
Apabila anak kedua kami berumur tiga tahun, aku mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan jabatan kerajaan, tetapi perlu berhijrah ke negeri lain, tetapi masih berdekatan dengan tempat isteri berkhidmat. Waktu ini gaji aku boleh la tahan, isteri aku pula jangan cakap la, gaji dia hampir tiga kali ganda dari gaji aku sekarang. So dari segi kewangan agak senang juga la.
Mungkin kerana sedikit kesenangan yang aku kecapi, aku mula menjadi seperti lelaki bujang yang tidak mempunyai iman. Aku rasa seronok dan bebas. Aku tak pasti kenapa keseronokan yang haram yang aku cari. Tetapi, Allah itu maha adil, perbuatan jahat kita akan dibalas, samada cepat atau lambat, samada didunia atau diakhirat. Untuk aku, didunia dah dapat balasan. Sikit-sikit Allah bagi balasan yang aku sendiri tak perasan pada mulanya.
Di tempat kerja, aku dikelilingi manusia yang bermuka-muka dan tikam menikam dari belakang. Malang bertimpa-timpa apabila aku difitnah oleh ketua jabatan sendiri sehingga maruah aku dipijak-pijak oleh rakan sejawat yang lain. Lagi banyak tekanan di tempat kerja yang aku hadap, lagi banyak hiburan luar yang aku cari.
Sembahyang? depan isteri sahaja aku sembahyang, itupun sebab dia sembahyang. kalau aku dapat isteri yang agama nya ke laut, dengan aku sekali dah lemas dengan dunia. Aku masih tak berubah walaupun banyak masalah di tempat kerja menimpa-nimpa, sehingga lah isteri dapat tahu kegiatan aku. Terkantoi melalui wechat. Isteri aku jarang cek tekefon aku, tapi mungkin Allah nak tunjuk pada dia.
Disinilah aku tinggalakan segala kegiatan buruk aku. Mulanya dia kecewa, menangis, mengasingkan diri hampir sebulan. Selama sebulan itu juga la puas aku merayu. Aku pun tak tahu kenapa aku tak mampu nak lepaskan dia waktu itu. Serius memang aku tak tahu kenapa aku tak nak ceraikan dia, padahal aku tahu dia layak dapat lelaki yang lebih baik dari aku. Akhirnya, dia kata dia memaafkan aku. Kami pun hidup macam biasa.
Tapi nasihat aku, jangan sesekali mencari keseronokan luar, sebab sekali sekala pasti akan teriingat. Ini fakta yang tidak boleh disangkal. Nasihat aku pada mereka yang pernah mengalami seperti aku, banyakkan istigfar bila teringat semula benda-benda yang haram tu. Ingat Allah akan balas perbuatan kita.
Hidup kita akan ditimpa musibah yang berterusan kalau kita mengkhianati isteri kita yang taat dan setia. Lagi pulak kalau dia dekat dengan Allah, kau ingat kau boleh sembunyi perbuatan jahat kau, kalau boleh sembunyi pun, Allah tetap akan balas dengan cara lain, samada kau perasan atau tak je. Tapi kalau hati dh gelap macam aku dulu, memang tak perasan la. Tunggu musibah yang kau rasa hidup kau akan hancur, musnah, hina dan gagal baru ko akan perasan.
Tetapi selepas hampir dua tahun kejadian ni berlalu, dua bulan lepas aku terbuka journal isteri aku dalam laptop dia. Pada mulanya aku hanya ingin pinjam laptop dia untuk siapkan laporan audit di temat kerja aku. Waktu itu dia sudah tidur bersama anak-anak. Dia terlupa tutup file yang mengandungi journal2 dia. Aku sangat terperanjat bila membaca journal yang agak baru juga dia tulis.
Aku ringkaskan, dia masih sedih dalam diam atas kejadian dua tahun lepas dan dia benci aku dalam diam. Tapi masalahnya, aku tak faham definisi sedih dan benci dia. Kenapa kalau sedih, aku perhatikan dia biasa sahaja? kenapa kalau benci dia layan aku macam biasa? kenapa kalau benci dia teruskan juga perkahwinan kami. Aku jadi keliru dengan isteri aku selepas baca semua journal dia.
Pada mula nya aku syak dia ada lelaki lain, sebab selepas isteri kejadian tersebut, penampilan dia agak berlainan, semakin cantik seperti sebelum kawin pulak. Manalah tahu dia ingin membalas dendam pada aku dengan cara yang sama. Tetapi apabila aku periksa telefon, email atau social media isteri, tiada pula yang mencurigakan.
Sehingga sampai satu tahap aku sengaja ambil cuti untuk ke office dia secara mengejut, hanya untuk duduk di office dia dan teman dia buat kerja, dalam masa yang sama apabila dia ke toilet, aku selongkar laci meja dia kalau-kalau dia ada simpan telefon kedua. Tetapi tiada pula. Begitu juga komputer biliknya, tiada yang mencurigakan. Lagi membuatkan aku termenung panjang bila pikir semula journal2 isteri aku.
Kemudian aku ceritakan pada kawan aku yang tahu kisah aku dulu. Dia ada bagi tahu, perhatikan perbezaan isteri aku bila dia berada dengan aku dan bila dia berada dengan mak ayah, adik beradik-adik dia atau kawan2 dia. Kawan aku kata dr situ kita tahu, dia betul-betul bahagia dan gembira bersama kita atau lebih bahagia dan gembira bersama orang lain.
Dan sini lah baru aku sedar yang isteri memang berlainan bila berada di kampung dia. Lagi-lagi kalau ada adik beradik dia sekali, mulut dia, ya Allah, tak berhenti bercakap, senyum tak berhenti, ketawa setiap masa, mata dia tu mmg lain la, teringat masa kami bercinta dulu.
Sejak dari tu, baru aku perasan, kalau di rumah dengan aku, tak banyak dia akan borak, mata tengok tv pastu senyum sorang2. Kalau borak pun sekejap2 jer itupun pasal cerita kt tv tu, itupun aku yang tanya, kalau aku tak tanya dia memang diam je.
Dia tak pernah cerita waktu dia kat office macam mana, buat apa, makan apa. Diam dia tu aku anggap biasa je sebenarnya, malah aku rasa aman je rumah, malah bersyukur sebab mempunyai seorang isteri yang tidak membebel. Tetapi lepas saya terbaca journal isteri aku dan perasan perbezaan dia bila dengan aku dan bila dengan family dia, aku pulak yang jadi runsing.
Aku tak pasti apa yang aku perlu buat. Aku pernah berbincang dari hati ke hati, berterus terang sekiranya ada perkara yang tidak puas hati atau perkara-erkara yang ingin diluahkan. Tapi isteri kata, tiada apa yang tak puas hati pun. Aku pernah bertanya kepada dia, kenapa diam je?
Dengan selamba dia jawab, tak ada apa nak cerita pun, kalau abang ada benda nak cerita, cerita je la. Terdiam terus aku masa situ. Kalau aku beterus terang dengan dia, pasti dia akan lagi benci aku sebab curi baca journal dia. Tapi kalau aku terus diam sahaja, sampai bila aku harus runsing macam ni.
Harap ada yang dapat bantu aku dengan masalah aku ni.
– Hamba yang runsing dan keliru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit