Parenting: Melayu dan Bangsa Lain

Parenting: Melayu dan Bangsa Lain

Hey wassup guys. Malas ah nak intro panjang aku terus ke point sebenar je lah ye.

Aku bekerja dalam bidang yang membuatkan aku hari hari jumpa ramai orang. Tak kisah la bangsa apa pun. Bukan orang Malaysia je. Arab, Jepun, Korea dan sebagai nya lah.

Senang cerita skop kerja aku adalah customer service kat sebuah thempark. Hari hari aku kena jual tiket atau cek bag customer (tak nak ada barang2 terlarang masuk themepark) atau kadang kadang kena cek ketinggian budak sebab bawah 90cm adalah free. Aku cerita ni supaya korang paham ye.

Satu yang aku perhatikan, bab budak budak/kanak kanak. Satu je aku nak tegur, boleh tak kalau mak bapak melayu ni bertegas/garang sikit dengan anak? Jangan nak manjakan tak tentu pasal? Tak boleh ke ikut cara mak bapak kita yang dulu dulu didik kita?

Sebelum melenting meh aku list kan apa yang selalu aku nampak bangsa lain (especially cina) buat dengan anak dorang.

1) Mak bapak bangsa lain ni tegas. Kalau dia kata A, A lah. Nak ngada2 sikit melebih2 xde. Dia takkan layan.

2) Mak mak bangsa lain ada je yang main phone sama macam bangsa kita tapi dia tetap bagi perhatian kat anak dia. Nak main boleh tapi panjat lebih sikit dah kena jerit. Cuba kalau mak melayu kang, aduhai panggil ala kadar lepas tu sambung main phone.

3) Jarang nampak kanak kanak bangsa lain ni mengamuk/merampus tak tentu hala depan stranger. Selalu nya diaorang akan behave je. Bukan tak ada. Ada, tapi jarang.

3) Mak bapak melayu suka suruh orang lain especially pekerja customer service macam aku untuk layan anak dia macam anak raja. Dah anak kau yang mengamuk menangis aku pulak nak kena pujuk. Aku ke yang beranakkan anak kau? Lepas tu kau ingat customer yang lain aku tak payah layan?

4) Kalau aku cek bag anak2 bangsa lain memang selalu nya bersih wangi dan nyaman. Sangat jarang dapat beg yang busuk dan kotor. Jarang ke pun? Seingat aku memang tak pernah la kut. Cuba kalau bukak beg anak2 remaja kita.

Pergh, paling tak leh belah kasut dah pakai letak sekali dengan towel dan baju. Letak macam tu je tau. Tak ada plastik apa pun. Kotor weh. Dengan bau towel basah lagi. Again. Melayu.

5) Sehari dua ni viral kan pasal budak budak habis spm yang buat perangai. Pecahkan kerusi kat sekolah lah, buat roadblock ramai2 la kat tengah jalan(actually aku tak tau la apa yang dorang buat tengah2 jalan tu ramai2) and…semua melayu. Mana bangsa cina? Mana india? Lagi nak sangkal ape aku cakap?

Kepada kawan kawan yang baru2 nak kawin, baru2 nak ada anak 2 3 orang. Yang anak kecil2 lagi ni.. Boleh la kut belajar parenting balik.

Paling koman belajar la dengan mak bapak kita sendiri. Atau belajar la kat mana2. Sekarang senang google je. Nak lagi power ikutla cara Rasulullah kita. Ramai mak bapak sekarang jenis mak bapak Sazali. Manjakan sangat anak tu.

Alasan anak kecik lagi. Tak kan kecik2 nak marah. Beb, melentur buluh pun dari rubung. Makne kate dari kecik la. Kalau umur dia dah spm, dia bakar sekolah baru kau nak marah dia memang dah terlambat la nok.

Nanti ada lah komen komen tanya, dik dah kawin belum? Dah ada nak belum?

Well, aku bujang. Takde anak. Pastu nanti ade la yang cakap, beranak dulu dik. Baru tau susah jaga anak. Ye aku tau. Nanti aku kawin la. Tapi insya Allah la aku akan belajar cara parenting yang betul sebelum aku beranak. Nauzubillahiminzalik mintak dijauhkan dari dapat anak yang tak guna.

Lagi satu, bukan semua mak bapak melayu macam bapak nye si Sazali. Ada je yang tegas dan singa. Tahniah aku ucapkan pada yang dah jadi macam tu. Yang belum tu, bawak bawak la berubah. Done bebel.

Sekian terima kasih.

– Addin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap