Keputusan terbaik? Si A atau B?

Salam. First, terima kasih admin sebab share kan cerita aku. Aku nak mintak pandangan dari korang. Aku seorang wanita. Aku sudah mempunyai kekasih dan aku namakannya A. Si A ni sangatlah baik. Hubungan aku dengannya sudah lama dan juga pernah merancang untuk berkahwin. Sebelum ni memang aku sayang dan cintakan dia dan hidup aku dan dia bahagia. Sepanjang dengannya, tak pernah ada seorang lelaki pun yang boleh tawan hati aku. Kisah nya bermula apabila aku diterima berkerja di satu tempat dan aku berkawan dengan seorang lelaki, B. Mula2 memang aku hanya berkawan tetapi lama2 bila dah selalu jumpa dan whatsapp, perasaan tu dah bercambah menjadi suka dan sayang serta cinta. Bila dah situasi macam ni, perasaan aku pada A dah semakin berkurang malah perasaan aku pada B semakin bertambah. Si B tahu aku sudah mempunyai kekasih. Tapi kami masih berhubungan dalam diam. Selalu keluar bersama tanpa pengetahuan si A. Dengan si A, rasa nak berjumpa dia tu dah takde apatah lagi nak keluar bersama. Lama2, si B bagitahu aku yang dia selalu terfikir pasal hubungan kami dan rasa bersalah terhadap si B dan juga takutkan akan karma yang akan terjadi padanya akan datang. Apabila selalu fikirkan hal tersebut, rasa cinta nya padaku berkurang. Dia meminta untuk pergi dari aku tapi berharap yang masih boleh berkawan. Tetapi bagi aku, kalau dia pergi, tiada lagi istilah berkawan dan jangan pernah muncul depan aku lagi. Selepas itu, dia tidak jadi meninggalkan aku dan kami meneruskan hubungan seperti biasa. Manakala aku dengan A pula masih berhubung seperti biasa dan aku melayannya biasa. Sampai satu tahap, aku berterus terang pada A yang perasaan aku padanya dah berkurang. Aku ingin berkawan dengannya dan serahkan pada jodoh jika ada jodoh bersama. Dia menerima keputusan aku dengan hati terbuka dan masih melayan aku seperti biasa sampai sekarang. Selepas si B ingin pergi, aku mengamalkan doa seleps solat. Doa itu seperti ini. "Jika si dia bukan untukku, maka jauhkanlah". Baru2 ini, si B berbunyi lagi tentang ingin pergi dari aku dan dia bagitahu cintanya padaku sudah tiada tapi sayang tu masih ada. Aku tidak sanggup untuk kehilangannya dan menyuruh dia stay dengan aku sehingga nanti aku betul2 kuat dan aku yang akan pergi darinya. Sekarang, aku selalu fikir bahawa adakah ini balasan untuk aku? Adakah dengan keinginan si B untuk pergi itu petanda bahawa Allah menjawab doaku? Perlukan aku meneruskan dengan si A sedangkan rasa tu dah takde untuknya. Aku hanya kasihan padanya dan tak sampai hati sebab dia terlalu baik. Tapi hati aku pada B. Aku cuba untuk kuat untuk melepaskan si B dan aku tengah mengumpulkan kekuatan tu. Dalam masa yang sama, aku jugak amalkan potongan ayat al quran supaya perasaan B akan ada balik untuk aku. Aku penat. Sangat penat. Sampai satu tahap, aku terfikir untuk melepaskan keduanya dan hidup seorang diri sehingga betul2 jodohku yang sebenar sampai. Aku taknak ada komitmen pada sesiapa. Bantulah aku. ???

– Wanita keliru

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *