Kawan Yang Delusional

Hi. Harap admin boleh publish cerita aku sebab aku penat simpan sorang2. Aku nak cerita pasal salah satu member aku dekat tempat kerja aku. Aku bekerja sebagai seorang executive dekat syarikat marketing. Dah 3 tahun kat sini. Rezeki aku kot, lepas grad je aku terus dapat keje ni.

Honestly aku suka keje dekat sini sebab environment dia best, bos memahami, jarak 5 km je dari rumah aku, paling best sebab ada colleagues yang kaki gelak sama2 dengan aku and we treat each other macam kawan baik instead of just colleagues.

Tapi dalam banyak2 colleagues yang best tu, ada satu yang agak “unik”. Aku namakan dia A. Waktu aku mula2 masuk keje situ ada sorang akak tu penah cakap kat aku, dia jealous (bukan iri hati ye) tengok A ni. Duit gaji dia cuma guna untuk belanja dia je sebab family dia kaya. Aku pun iyekan aje sebab aku tak kenal dia sangat masa tu.

Ok sikit intro pasal A, dia punya appearance biasa2 je. Bertudung, berisi, pakaian pun biasa2 je. Takde menunjukkan dia ni someone kaya or kuat berparty. Bukan kat tempat keje je, kat luar pun sama. Berapa lama aku kenal si A ni, aku perasan dia selalu update whatsapp story pergi melancong sana sini over the weekend. Kira macam short getaway lah.

Tapi dia punya getaway ni bukan biasa2 tau. Pegi singapore, indonesia, sabah, pegi balik macam tiket harga 10 ringgit je. And dia selalu flex pasal harta yang dia ada. Ayah dia pakai kereta bmw sekali dengan driver, rumah dia ada orang gaji, makan tempat high class, macam2 lagi lah. Semua ni dia cerita melalui whatsapp story dia.

Dan ada jugak dia post dia pegi concert kat luar negara and penah post video pegi clubbing jugak. And yang paling penting, dia selalu post gambar boyfriend dia tapi dia tutup muka boyfriend dia pakai sticker hahaha. And dalam semua story dia tu, takde satu pun yang menunjukkan dia ada dekat situ.

Sebabkan A ni takde lesen, aku selalu je kena hantar dia balik walaupun tak sehala dengan rumah aku bila family dia takboleh ambik dia.Rumah dia teres biasa je. Berapa puluh kali aku hantar dia sampai rumah (tanpa upah sebab dia takde common sense haha) tak pernah sekali pun aku nampak BMW ayah dia tu.

Aku sebenarnya hairan, kenapa driver dia tu tak penah ambik dia. And kalau dia kaaaya gila macam yang dia claim, kenapa dia tak grab aje? Rumah dia bukan jauh pun? Takat nak hantar sekali dua takpe jugak. Ini mcm rutin pulak nak hantar dia balik rumah.

Nak dijadikan cerita, pada satu public holiday yang panjang, dia post story pegi negara jiran dengan boyfriend dia. Macam biasa, takde pun gambar dia. Cuma ada gambar boyfriend dia yang ditutup dengan sticker. And dia ada attend satu concert international dan ada 4 artist yang berbeza. Artist tu semua aku kenal walaupun tak famous and aku suka lagu mereka.

Masa tu aku agak excited nak tanya experience dia sebab aku memang peminat 4 artist tu. Tapiii. Aku tergerak hati nak pegi instagram artist2 tu. Yang buat aku shocked ialah, 4 orang tu takde pun dekat negara yang dia pegi tu. And semua ada dekat negara yang berbeza. Something was definitely fishy.

So aku search lagi persamaan 4 artist tu. Rupanya diorang penah perform dekat satu event space dekat negara tu. Tapi, tarikh performance diorang berbeza2. And yang lagi pelik, 4 tarikh yang berbeza tu, 4 artist tu semua pakai baju yang sama dengan video yang A post tu. Bingo. Sah dia menipu.

Ini satu titik permulaan aku jadi penyiasat terhebat. Setelah aku kaji, rupanya semua gambar dan video yang dia post, 90% dia ambik dari insta orang lain. Segala percutian dia, semua adalah penipuan semata2. And dia ada tunjuk yang dia ada sebijik rumah yang sebesar banglo kat kawasan elit.

Pernah dia sakit, masuk hospital pun dia post dia pegi hospital private yang banyak artis malaysia pegi sebab nak menunjuk diri tu kaya. Tapi itu semua pun dia ambik dari insta orang lain. And yang lagi hebat, boyfriend dia yang katanya kaya, mixed blood, pakai kereta tukar2, selalu bawak dia pegi melancong tu pun tak wujud. Hahaha.

Tapi dia selalu post screenshot conversation dengan boyfriend dia. Sanggup fake kan conversation sebab nak menipu punya pasal. Apa yang dia gain dari situ pun aku tak sure.

Kalau korang nak tahu, bila kami colleagues sembang waktu lunch, dia boleh cerita macam2 dengan muka yang convincing. Pengalaman dia bercuti, cerita pasal boyfriend dia, semua macam real. Padahal tak wujud pun semua tu. And sekarang dah nak masuk 2 tahun aku tahu semua ni tapi aku tak penah bagi tau siapa2.

Aku tak boleh bayangkan macam mana reaction dia kalau dia tahu yang aku dah tahu. So aku diam jelah. Aku ada jugak bagi dia hint supaya dia stop, tapi mungkin dia terlalu syok menipu or dia still nak yakinkan aku and colleagues lain or she is just plain stupid to get my hints.

Kesimpulannya kat sini, tak perlu nak bagi tau semua orang yang kau tu kaya. Kalau kau betul2 kaya, orang tengok pun dah tahu. Dengan menipu, kau takkan dapat apa selain malu yang besar kalau kantoi.

Personally A ni baik je. Tapi tulah, aku tak boleh brain habit menipu dia. Sampai sekarang, apa pun yang dia cerita aku takkan pernah percaya sampai bila2.

Ok guys. Sampai disini saja. Thanks baca.

– Zack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *