Assalamualaikum wbt, nama saya Rizal, menetap di KL, saya ada terbaca confession, (https://iiumc.com/naluri-yang-
Setiap manusia itu berlainan ujian & cabaran hidupnya. Allah sayang oleh itu Allah uji. Mungkin sebelum ni kita jauh, Allah dekatkan padanya. Moga perkongsian saya menjadi pengajaran & iktibar untuk semua pembaca.
Saya sudah setahun berkahwin, tapi dugaan yang saya hadapi dalam tempoh ni sangat berat. Alhamdulillah berkahwin dengan gadis pilihan, berkenal awal dari sekolah menengah lagi. Cuma tidak terlalu rapat & tidak pernah berhubung walaupun sekelas.
Ini adalah apa yang sedang saya hadapi, awal tempoh perkahwinan semua berjalan seperti biasa, seronok & gembira. Ia bermula sampai satu masa, saya minta untuk bersama isteri, isteri menolak permintaan saya. Isteri menjadi sangat marah, beri macam-macam alasan untuk taknak bersama, belum bersedia. Janji hanya tinggal janji.
Terdetik dalam hati, takkan 3 bulan berkahwin masih belum bersedia nak berhubungan. Bila saya tegur@nasihat isteri, isteri melenting. Saya minta dia tunaikan hak & tanggungjawab sebagai isteri. Belum pernah masak langsung, asyik beli makanan bungkus. Seolah-olah dia sentiasa mencari alasan, untuk melepaskan diri.
Makin hari makin nampak kekerasan isteri, dia makin tidak senang bila sentiasa bersama saya, asyik mengasingkan diri di dalam bilik tidur, kerap dengan handphone. Sampai abaikan tugas dia sebagai isteri. Buat hal sendiri-sendiri. Mustahil saya sebagai suami tak perasan perangai & tindak tanduknya yang semakin pelik.
Hujung minggu kerap bersama kawan rapatnya. Kerap bermalam dirumah kawannya. Pernah saya tak beri izin, saya dimarahnya. Seolah-olah dia tak peduli pun kat saya, tak pernah ambil tahu pun pasal saya. Yang saya terasa hati, isteri lebih utamakan kawan berbanding keluarga & suami.
Saya berdoa mohon petunjuk, sehingga satu hari saya terjumpa perbualan whatsapp, mesej, gambar & video dalam hp isteri. Sungguh tak sangka, apa yang tak pernah terlintas dalam pemikiran saya berlaku.
Saya baca & lihat semuanya. Perbualan manja, lucah sesama kawan perempuannya. Panggilan sayang, manja, baby. Pengakuan mereka sebagai pasangan kekasih. Tipulah saya sebagai suami tak marah. Tapi saya masih dapat kawal kemarahan & minta penjelasan.
Namun isteri bekeras taknak mengaku, walapun dah jelas gambar & video (bukan video lucah), lebih kepada pengakuan kasih sayang & janji setia. Yang lebih melukakan, apa yang dibuat itu langsung tidak pernah dilakukan pada saya. Dengan saya tiada pun kelembutan, tiada pun panggilan sayang & banyak lagi. Sempat saya snap beberapa gambar sebelum saya pulangkan hp pada isteri.
Isteri mohon untuk berpisah selepas segala halnya terbongkar. Keluarga saya & isteri masih belum tahu hal ini. Hampir 3 bulan saya mendiamkan diri, kami duduk berasingan bila jadi macam ni. Saya masih memikirkan keluarga saya. Jika hal ni diketahui keluarga isteri boleh jadi saya yang dipersalahkan.
Perwatakan isteri seorang guru agama, wajah yang baik. Mustahil boleh terjebak dengan perkara yang berlawanan ini. Saya dapat rasakan keluarga isteri tak boleh terima dakwaan saya ni. Tapi saya akan fikirkan cara dengan apa yang saya dah ada ni.
Bila saya baca kisah dalam link diatas, maka ada betulnya juga, saya bukan buat tuduhan pada isteri (les****), tapi apa yang saya nampak lebih kearah itu. Apatah lagi dalam tempoh sekarang mereka masih bersama, saya dapat rasakan yang bukan mudah untuk mereka berpisah.
Rakannya pula pun sudah lama bercerai, jangan-jangan bekas suami rakan isteri itu pun dah tahu perbuatan isterinya, bezanya saya baru sahaja tahu.
Saya nampak kesedihan waktu mereka berpisah selepas berjumpa, waktu tu saya ada bersama, saya tak syak apa-apa. Hanya anggap mereka kawan yang rapat, tapi sebenarnya bukan sekadar kawan biasa, tp kawan luar biasa. Lebih 3 tahun dah mereka berkenalan.
Rupanya selama ini saya ditipu, alasan berprogram agama & sebagainya, itu semua hanya untuk kaburi mata saya. Sedangkan mereka berpakat untuk selalu berjumpa. Bukan sekali, malah berkali-kali. Dah berkahwin masih tidur rumah kawan ? Apa guna suami kat rumah ?.
Patutlah selama ini, macam langsung tiada perasaan pada saya, macam tiada nafsu pun pada saya. Guna alasan-alasan agama untuk mengelakkan diri. Setahun berkahwin masih belum pernah bersama. Bagaimana ketahanan saya ?.
Lagi sedih bila saya rujuk pakar, dalam tekaan pakar, isteri saya ni lebih kepada lelaki & kawannya itu adalah perempuan. Golongan sejenis ni pun ada jantina juga, itu makluman yang saya dapat dari pakar. Patut juga isteri saya ni keras & susah nak dengar kata, dia nak juga bebas macam lelaki, keluar sana sini tak perlu pun nak minta izin.
Minta maaf cakap LGBT ni boleh dikata sebagai penyakit, kalau tak diubati boleh jadi lebih parah. Sebab itu pun antara perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Jangan lawan firah manusia.
Mereka ni lebih licik, mujur dikesan awal, kalau tak kita tak tahu sampai bila mereka akan berterusan macam ni. Berselindung disebalik serban yang tebal, berselindung disebalik tudung yang labuh.
Belum cerita kesungguhan saya kumpul simpanan kahwin, berjaya kumpul 25k untuk majlis, sampai saya kemalangan. Tapi usaha tu macam tak dihargai. Mudah-mudah minta berpisah. Maklumlah awal kalau belum sedia nak kahwin. Tapi itu ketentuan Allah. Saya belajar dari kesilapan.
Saya ada semua keperluan, kereta, motor, kediaman. Alhamdulillah rezeki tak putus, tapi baru sekarang saya rasa apa yang pernah dikata, ada harta pun tak berguna kalau tiada bahagia. Semua tu saya lengkapkan untuk keperluan isteri, tapi ini balasan dia pada saya.
Jadi nasihat saya juga untuk confessor tersebut & semua pembaca lelaki mahupun perempun.
Jangan berkahwin kalau masih tidak boleh berubah dengan tabiat buruk yang lama, jangan berkahwin kalau betul-betul belum bersedia, jangan berkahwin sebab nak tutup kesalahan lama sedangkan masih tak boleh nak berubah, jangan berkahwin kalau tak boleh taat suami @ hormat isteri.
Berkahwin mesti kerana Allah, berkahwin mesti ada matlamat, berkahwin mesti ada perbincangan, berkahwin mesti ada tolak ansur. Yang penting solat wajib jangan ditinggalkan & doa bereterusan.
Fikirkan lah kesan jangka masa pendek, kesan jangka masa panjang setiap keputusan yang kita nak buat. Jangan sampai kita libatkan orang yang tak bersalah. Sudahnya pasangan jadi mangsa & dizalimi.
Saya terima ini ujian saya, walaupun kadang-kadang rasa tak tertanggung. Siapa tak terasa kalau ditanya dah anak ke belum ? Nak ada anak macam mana, cuba pun belum lagi. Macam-macam lagi soalan.
Jadi yang berniat untuk terus berubah saya doakan anda terus berubah kearah lebih baik, termasuk isteri saya. Dan pembaca semua doakan juga saya. Moga apa segala keputusan saya adalah yang terbaik untuk saya. Belum tentu kenal 10 tahun dari sekolah menengah, kita dah kata kita kenal dia. Manusia boleh berubah sekelip mata.
Maaf cerita saya agak berterabur, menaip dalam keadaan sedih. Wassalam.
– Rizal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit