“Kakak” harapan mama dan ayah

Aku anak second last dari 6 adik beradik dan atas ku semuanya abang-abang. Abang-abang aku ke semuanya membawa haluan mereka masing-masing dan mereka juga mempunyai kisah hidup tersendiri yang Allah uji mereka di dalam kisah hidup mereka itu. Dari kecil aku berazam aku nak bahagiakan mama dan ayah aku dan tahun ni mereka sudah pun berumur 54 tahun dan 53 tahun. Ya.. tidak beberapa lama lagi sahaja aku boleh hidup bersama-sama mereka . Allah.. di dalam kekalutan aku untuk membahagiakan mama dan ayah aku dengan memberi result yang cemerlang kepada mereka aku di uji oleh kawan-kawan sekeliling aku yang ingin perhatian dari aku. Mereka mahu aku menabur sepenuh perhatian kepada mereka seperti mana emak memberi kasih sayang kepada anaknya. Aku tak mampu berbuat begitu kerana aku perlu memberi tumpuan dan fokus aku kepada pelajaran kerana aku tidaklah sepandai dan sebijak mereka. Maafkan aku sahabat, aku tidak dapat lagi menjaga dan mengambil berat tentang hati dan perasaaanmu. Aku juga sedih kerana aku di anggap oleh kamu seperti "kacang melupakan kulit" maafkan aku sahabat-sahabat kerana aku perlu pikul amanah Allah yang lebih utama dahulu. Membahagiakan mama dan ayah aku. Walaupun aku terkadang aku di layan seperti 'sampah' oleh mereka kerana tidak lagi mengambil berat tentang hati dan perasaan mereka aku redha andai ini yang terbaik bagi aku untuk mencapai result yang cemerlang. Target aku grad dengan pointer 3 even sem yang berbaki hanyalah 4 sem. Kawan2 iium confession aku mohon doa dari kalian agar aku dapat melonjakkan pointer aku dari 2.6 ke 3. Ameen.
Kepada sahabat yag dahulunya rapat kini tidak lagi, maafkan aku, aku perlu mengutamakan matlamat hidup aku terlebih dahulu. Aku sentiasa kenangmu di dalam doa aku sahabat. Perlahan-lahanlah kita saling melupakan kenangan dahulu…

– Saya

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *