Aku dilahirkan tidak bijak seperti mereka yg lain, tetapi dek kerana usaha dan berkat doa ibu bapa serta pertolongan allah s.w.t aku kini sedang menyambung pelajaran peringkat tertinggi di sebuah ipta di lembah klang.
Diantara adik beradik, aku dikategorikan anak yang 'sederhana' dari segi akadamik berbanding dengan kakak dan adik2 aku yang lain. Sejak dari kecil lagi, sudah nampak yang proses penerimaan pembelajaran aku agak 'lambat'. Disini lah bermula cacian ayah aku, perkataan 'bodoh' sering diungkapkan kepada aku. Masih terngiang2 diingatan aku. Disekolah rendah pula, aku pernah di tampar oleh guru bahasa inggeris kerana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Aku biasa diherdik dan dimalukan di hadapan kelas terutamanya semasa kelas bahasa inggeris dan bahasa arab dan banyak lagi. Aku pendam semua ni dan jadikan pembakar semangat aku untuk berjaya sampai skrg. Ramai yang tanya kenapa aku sambung pelajaran dari sijil sehingga phd sehingga kini, jawabnya satu kerana allah taala., dua kerana aku ingin buktikan pada mereka yang pernah mencaci, mengherdik, memaki aku dahulu yang aku pun boleh berjaya seperti anak2 yg lain.
Dek kerana mereka ni, aku berada di tahap ini. Tapi saya tak pernah lupa apa yg mereka ungkapkan atau buat kat aku dahulu. Aku pendam je perasaan ini sehingga hari ini. Sebenarnya ia memberi tekanan emosi dan pada waktu yang sama memberi semangat pada aku untuk berjaya.Jika semangat aku tidak kuat. Sudah pasti sudah hanyut dengan budak2 liar di luar sana.
Oleh itu, wahai para ibu bapa dan pendidik, jangan pandang apa yg anak2 anda ada pada hari ni, pandanglah mereka dengan mata hati anda untuk 20 30 tahun akan datang. Mungkin sekarang mereka la yang anda benci atau abaikan, tetapi kita tidak tahu esok lusa mereka la yang membantu kita atau mendoakan kesejahteraan kita. Mungkin senang untuk mencaci, memaki atau memukul anak2 anda,tapi aku yakin sedikit sebanyak boleh beri tekanan emosi terhadap mereka. Tolong jangan abaikan anak atau pelajar yang lemah, bimbing mereka dan tolong jaga tutur kata dan tingkah laku di hadapan mereka. Jika aku jadi ayah atau pendidik satu hari nanti, aku berjanji tidak akan lakukan apa yang mereka telah lakukan pada aku. Itu janjiku kerana ianye sangat pedih..
– Teruna_biasa
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Congrats confessor ;)
Sebab dimaki la anda berjaya sambung blajar smp phd. Jgn berdendam, tp anggaplah sbg salah satu sbb anda berjaya. Anda x tau ms cikgu anda lempang tu apa niat dlm hati dia. Mn la tau krn allah jg spy anda berusaha lbh keras
Yes please u are what the society needs. U chose to be different. Thanks.
Salute…..
Semoga berjaya. Allah yuftah alaika. :-)
Ashraf Press
I feel u too..even sampai skarang still struggle tuk buktikan yg sy juga boleh berjaya mcm rakan2 yg lain..