assalamualaikum. aku cuma musykil. apa hukum makan collagen (untuk memutihkan warna kulit)? sebab aku pernah tanya kawan aku yang ilmu agama lagi tinggi dari aku yang collagen tu sebenarnya tak boleh sebab ia menukarkan warna kulit dari yang asal Allah jadikan kepada putih. tak ke nampak macam tak bersyukur dengan anugerah yang Allah bagi pada kita? contoh. kita dilahirkan dengan warna kulit yang tak berapa putih bak susu, tapi kita cuba mengubah warna kulit itu. dan ianya kekal. bukankah mengubah ciptaan Allah itu hukumnya haram?
maaf aku masih jahil. sebab tu aku ingin dapatkan kesasihan hukum daripada orang yang berilmu. terima kasih. maaf andai mengguris hati sesiapa.
– si musykil
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Saya bkn pandai sangat. Tp ustazah sy pnh cakap ‘x kisah asalkan niat utk beri keyakinan kt diri’
Kekadang, berdalilkan niat untuk menghalalkan apa yang Allah haramkan pun, boleh rosak agama Islam yang suci ni .
Orang yang mengubah ciptaan Allah pun boleh pakai dalil ini . Oramg cukur kening yang terang-terang Nabi SAW larang, kita boleh pakai dalil “tak kisah asalkan niat beri keyakinan diri” ini untuk menghalalkan perkara yang haram .
Kalau ubah hukum menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal, boleh jadi kufur . Kufur itu salah 1 pembatal keislaman seseorang .
Umi Umi Basirah Mohd Ibrahim
Depend on niat
Jangan keluar rumah…nanti kena cahaya matahari dan kulit jadi gelap…habis ubah ciptaanNya…duduk dlm rumh diam2…
Sy pun penah tny ustazah.. dia ckp mkn collagen atau supplement yg mencerahkan wrna kulit, bukan kategori mengubah ciptaan. Mungkin awk boleh tny lebih dr sorg ahli agama. Tgk mcm mana pendapat dorg. Wallahu’alam
Rasanya boleh je. But yg jadi xleh nye kalau collagen tu collagen x ori yg boleh merosakkan tubuh badan kita pd masa akan dtg, maybr putih skrg but ada masalah in the future. Cth kidneys failure ke apa ke, sbb mmg byk dah kes camni, pada masa mudanya dorg amik mcm2 jenis collagen but suffer masa umur masuk 40 an.
rasa ny mcm penah dgr penceramah dkt tv.. isu pencuci muka atau pon krim cerah ni.. ustaz tu ckp bole puteh kn kulit ke warna asal kita.. contoh muka dgn tgn kn kena sunburn ka apa.. cuba cek kwnsn yg xterdedah.. tukar ke tone kaler tu ja.. xbole dh terlalu puteh dri kaler asal kita.. wallahualam..
Mana ada collagen yg buat kulit you putih. Beli satu kat Obama, suh dia makan, tengok dia jadi Donald Trump ke tak.
Yeaayyy win !! ???
Kalau nak dapatkan “kesahihan hukum daripada orang yang berilmu”, bukan kat sini tempatnya.. Boleh tanya ustaz trus..
At least boleh buat orang terfikir jugak kan? That’s a positive side ??
Tak semua orang yang tak bergelar ustaz itu jahil . Jangan pandang manusia lain dengan sebelah mata .
Hukum agama wajib dipelajari, diikuti, diamalkan dan disebarkan . Bukan serah bulat-bulat kepada kiyai/ustaz .
Nanti bila Allah soal kelak, nak ke anda berhujjah kat Allah, “ehh ustaz saya cakap macam ni dan macam ni” sedangkan diri sendiri sombong meremehkan orang lain .
Islam bukan milik ustaz secara total . Kembalilah perkara agama kepada al-Quran dan as-Sunnah .
Boleh je . Tiada masalah kerana tiada dalil yang melarang . Lagipun ia bukan bersifat kekal . Sama seperti rebonding rambut .
Jika sesuatu yang bersifat untuk merapikan seperti gigi maka itu tak mengapa kerana untuk mengelakkan sisa makanan tersangkut .
Hukum asal merawat diri sendiri adalah harus . Kecuali ada dalil khusus yang melarang .
Yang dilarang jika ada dalil yang melarang seperti mencukur kening ataupun mengubah sesuatu ciptaan menjadi kekal seperti mancungkan hidung .
x bole kalo nk tarik perhatian ajnabi
collagen boleh tapi tengok niat jugak dan pastikan collagen halal. ada collagen dari gelatin babi dan gelatin bovine. kalau dari gelatin babi sah sah haram, kalau gelatin bovine, kena sembelih binatang tuh mengikut syara dulu baru boleh guna. tapi kebanyakan collagen atau capsule dari gelatin bovine tak halal sebab kat eropah sapa nak sembelih.
Yg tk bole nye makan collagen tk bayar.haram