Terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah aku. Kisah yang aku alami ni telah pun berlalu 2 tahun yang lepas. Aku adalah seorang muslim. Akibat desakkan hidup tanpa aku sedari. Aku telah mensyirikkan tuhan aku yang satu. Allah.
Kisah ni bermula 2 tahun lepas. Kehidupan sebagai freshgrad aku tersangat tak indah. Pekerjaan yang ditawarkan adalah sangat tipis. Sedangkan aku tersepit diantara hutang belajar. Oh lupa. Aku merupakan salah seorang graduan swasta.
Secara jujur masa aku menganggur aku telah cuba pelbagai pekerjaan. Dari menjadi sales assistant di pasaraya. Menjadi guru sambilan dipusat tuisyen yang masa tu hanya RM6 sejam dan hanya sabtu ahad aku bekerja selama total 4 jam. Paling hardcore aku buat kek batik, popiah sira nestum atau coklat. Pelbagai usaha aku buat untuk cari duit.
Alhamdulillah aku dikurniakan kerja yang masa tu hanya RM1500. Boleh lah dari tak ada apa2. Tapi aku tersilap langkah. Aku menjejakkan kaki di salah satu sl1m. Sangkaan aku meleset bila masih lagi terngiang2 ditelinga aku yang aku tak dijanjikan pekerjaan sesudah latihan. Alangkah sedih dan kecewa aku rasa. Akhirnya aku memilih pekerjaan customer servis.
Boleh dikatakan hari2 aku menghadapi tekanan. Akhirnya aku tewas. Aku meletakkan jawatan disaat tak ada backup pekerjaan lain. Lama juga aku tak bekerja. Rasa dia teruk sangat. Aku graduan ijazah. Pekerjaan dah bermacam2 aku cuba tapi akhirnya tak ada satu yang sangkut.
Setelah aku bercelaru dengan pelbagai sangkaan negatif, aku dimomokkan dengan satu iklan di facebook (mencuba untuk tak menjatuhkan perniagaan tersebut). Katanya untuk disayangi. Untuk mudah mendapat pekerjaan. Untuk elak disihir. Untuk macam2 lah.
Aku yang sedia negatif kembali positif bila terpedaya dengan iklan tu. Akhirnya aku telah membeli botol dengan harga RM50. Tunggu punya tunggu. Akhirnya dalam 3 hari. Barang yang aku pesan tu sampai. Gembira tersangat2.
Bila tengok kotak bahan2 semua pelik2. Bunga harum malam, cenuai? (Masa dapat ni aku tak de terfikir nak google) tapi ada bacaan ayat2 al quran? Fikir aku tak apa lah asal menjadi. Sebab aku terlalu taksub nak ubah nasib malang aku ni yang kerap dibenci tanpa sebab & macam selalu tak ada rezeki pekerjaan.
Aku telah mencubanya. Di akhir bilasan mandi aku telah ikut arahan yang sedia ada. Selawat. Titikan dalam baldi yang ada air ikut nombor ganjil. Kadang2 ada jugak aku jadikan macam perfum. Dan sesudah mandi aku tengok diri aku dicermin. Ala biasa je.
Jadi pada hari yang sama aku telah keluar ke satu pusat membeli belah. Aku langsung tak bersiap. Tak ada mekap dan pakai biasa2. Berseluar jeans lusuh baju biasa2. Tapi masa aku berjalan boleh dikatanya hampir semua lelaki menoleh seolah2 teruja melihat aku. Aku berasa gembira. Aku masih meneruskan pemakaian ubat nya.
Aku disayangi oleh semua orang. Hal kerjaya memang tak disangkal aku akhirnya dapat 1 pekerjaan gaji yang ok lah. Aku dah mengamalkan pemakaian ubat itu hampir 6 bulan. Tanpa pengetahuan sesiapa. Akhirnya aku kecundang. Setiap kali waktu asar dan mahgrib aku akan kerap sakit pelik. Jantung aku laju tak tentu hala. Kerap juga aku asik rasa nak pitam tanpa sebab.
Kadang2 masa drive pun ada rasa tu tapi nasib baik tak ada apa2. Hampir setiap masa aku asik macam nak pitam dan paling teruk aku kerap ternampak benda2 halus. Aku masih lagi menjaga solat dan mengaji masa tu tapi dalam masa yang sama aku masih pakai ubat tu.
Yelah aku tahu tindakan aku ni memang salah patut aku berdoa pada Nya. Akibatnya terlalu memudaratkan diri aku. Aku telah dikatakan terkena deman denggi tapi setelah 5 hari di wad aku masih belum sembuh.Lagi mengejutkan doktor tak dapat kesan sakit apa. Setiap kali aku terdengar azan. Badan aku jadi sakit dan panas teramat sangat hingga aku hampir sedikit hilang ingatan.
Akhirnya aku tekad keluar hospital dan berubat cara kampung. Aku pergi ke darulsyifa. Panas badan kebah tapi masa berubat banyak sangat serpih kaca yang jatuh. Lepas je berubat tu badan aku naik miang2 dan pedih sangat. Boleh bayangkan aku pernah ke klinik untuk ambil ubat cucuk anti histamine (dos selalu bersamaan 2.5 ubat piriton) tapi aku tetap tak boleh tidur?
Masa lepas berubat tu aku tak boleh tidur hampir 4 hari dengan badan aku sakit2. Terasa seksa diri ni bila badan aku seolah2 dilibas dengan pedang tajam padahal berubat pakai daun bidara mungkin. Belakang badan aku berlelas. Macam kena bilah pedang. Takut aku tengok diri sendiri depan cermin. Jijik sangat. Selera makan aku tak ada.
Akhirnya dengan bantuan kawan mak aku pulih sepenuhnya. Aku hanya amalkan 5 bismillah dan ayat qursi. Pesanan juga dekat aku supaya jangan tinggal solat dan kerap mengaji al quran. Hijab mata aku yang sejak kecil dapat melihat benda2 halus juga dapat ditutup. Aku bersyukur sangat2.
2 tahun lalu aku kerap menyalahkan takdir dan tak berusaha mendapat keredhaanya. Aku dah bertaubat dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan lama. Pesanan aku dekat orang lain diluar sana berhati2 lah dalam memilih alternatif untuk mengharapkan sesuatu dengan cara yang senang.
Tanpa kita sedar kita dah melakukan satu dosa besar. Dan dalam kita mendapatkan apa yang kita nak sebenarnya ubat itu tu memakan diri aku. Owh lupa setelah aku pulih baru ada kesedaran untuk tahu apa itu cenuai dan apa itu cenuai. Cenuai ni minyak pengasih yer. Pembuatan cenuai ni terang2 memang sihir dan ada bantuan jin.
Tapi biasalah marketing kan. Orang berniaga ni kadang2 bukan fikir halam haram. Asal dorang dapat untung berganda. Lagi pelik tu ada lah pulak campur2 ayat al quran katanya. Jangan terpedaya. Jaga hati dan iman. Harap semua orang ambil benda ni sebagai satu pengajaran.
Kalau nak kan sesuatu berdoalah dan berharaplah kepada Allah. Allah lagi maha pengampun. Aku masih dipanjangkan umur dan ada byk doa2 aku termakbul sebab berdoa diwaktu2 mustajab berdoa. Terima kasih Allah. Sekian dari aku.
– Hamba Yang Berdosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit