Assalamualaikum, maaf kalau confession ni agak panjang. saya nak cakap sikit mengenai pakaian Ummul Mukminin dan Sahabiah RA iaitu purdah/niqab/jilbab etc. saya bukanlah pelajar UIA, saya hanya pelajar madrasah, sudah khatam (graduate) dan kini mengajar di madrasah juga. walaupun baru berumur 23 tahun yg mana org kata umur 23 ni belum kenal semua benda. tak boleh judge org, banyak benda kene baiki dulu, tapi bab purdah mmg saya arif. kerana arwah ibu saya memakai purdah dari tahun 1996/97 gitu. balik dari mekah tunaikan haji, arwah ibu terus pakai purdah.. kemudian kami pula dihantar ke madrasah yg mana uniform kami adalah jubah hitam, tudung labuh hitam, purdah hitam, stokin hitam. (jgn salah sangka ye, ni bukan sekolah ajaran sesat) senang kata semua hitam lah, kawan2 kt madrasah semua dtg sekolah pakai purdah. sampai sekarang anak murid saya pakai purdah walaupun kt rumah x pakai. uniform kan? kene patuh lah..hehe… knp hitam? kerana ianya pakaian dan warna pakaian ummul mukminin dan sahabiah RA. pakaian tawadhuk. pakaian taqwa, pakaian modest, rendah diri, tidak menonjol dan malu. alhamdulillah kini kami semua 7 beradik perempuan berpurdah. jd mmg dah biasa sgt dgn suasana berpurdah sejak dulu lg sbb dikelilingi org2 berpurdah..mmg saya perasan perubahan era benci purdah kpd ramai berpurdah. dulu waktu saya kecik2, masa ibu mula2 pakai purdah, saya selalu nampak yang org malaysia ni tak suka tengok org pakai purdah. bukan org awam, bahkan keluarga kami sendiri mengejek2 dan memperlekehkan pakaian sunnah ini. pernah sekali ibu nak beli air untuk kami yg ramai ni, mak cik yg jual air tu simbah air kat ibu. ibu juga selalu diejek hantu, ninja, perompak dan sebagainya. mcm2 tohmahan tapi ibu tetap sabar dan senyum. walaupun berpurdah, ibu tetap jaga penampilan. baju yg longgar, tudung labuh dan pakai yg berwarna, tetapi warna yg tidak terlalu cerah atau menarik perhatian seperti coklat muda, kelabu, hijau tua, biru tua dll. tak pakai pun warna hot pink, merah, oren dsb. kerana ibu tau niat sebenar berpurdah. *ibu sabar di dunia yg sementara, skrg ibu sudah tenang di sana. T_T*
kini, alhamdulillah telah ramai orang yg berpurdah dan ramai juga yg boleh terima pakaian sunnah ini. jarang kita nampak ejekan dan tohmahan untuk wanita berpurdah. sbg wanita, kita sukakan warna yg cerah2, hiasan, pujian dan sesuatu yg cantik kan? siapa kata wanita berpurdah tidak boleh berhias? boleh…tp ada hadnya. ada caranya. sebaiknya berhias di rumah sahaja. apabila keluar, jadilah se'simple' yg mungkin. atau kalau nak berhias di luar, berhias lah yg sikit2. tak perlu sampai bercontact lense, ber-eye shadow, lukis kening,mascara dan sbgnya. lagi simple, lagi manis sebenarnya. percayalah. akan lagi manis jika bersulamkan akhlaq yg cantik.
sekarang ni pergilah ke mana2 shj bersepah org berpurdah. dlm facebook dan instagram lagi ramai. malu nya ya Allah bila kita lihat post2 yg mencecah ribuan likes dan shares tambah lagi dgn pujian. bayangkan ummul mukminin nampak kita yg skrg. menangis mereka..menangis!
seorang yg berpurdah tetapi tudung bidang 45, atas bahu. mascara, eye shadow, lukis kening, handbag besar yg striking, jadi model, macam2. kemudian bergambar full body sambil menyilangkan kaki hingga nampak bentuk, melenggok2 kan badan, atau pun gambar yg berlakon candid dan di'filter', gambar berpeluk sesama kawan rapat, gambar menutup muka dgn hujung tudung, atau pun hanya gambar tangan yg ber'background'kan bunga-bungaan. belum sentuh bab aksesori lagi ni. bertambah sedih apabila caption yg dicoretkan berupa ayat Al-quran atau hadith..tidak malukah dgn Allah Taala dan penghulu nabi SAW? lagi lagi lagi sedih akan gambar dgn lelaki ajnabi.
janganlah disebabkan kita, niqabis lain yg simple, rendah diri, baik akhlaqnya, manis bicaranya turut dilabel, dipandang serong dan difitnah.
muhasabah semula niat berpurdah. jgn tamakkan sgt likes atau kemasyhuran didunia. takut2 amalan berpurdah langsung tidak diterima Allah.
dan kepada org yg minat org berpurdah ni pula, tak perlulah like dan puji yg lebih2. biarkan mereka ini sikit likes dari manusia. jgn disebabkan kita yg minat2 niqabis berhias, dgn likes dan pujian dari kita, lagi ghairah untuk mereka post2 gambar yg tidak patut. jgn kerana nila setitis, rosak susu sebelanga.
ada juga yg asalnya niqabis simple tapi bertukar menjadi niqabis berhias kerana dituduh tak confident, fake account, sesat….. (sbb pakai warna gelap.. *aku tak paham betul dgn org yg benci warna gelap ni. warna je hitam, bukan ilmu hitam, pandai! selebriti seksi yg terkedek2 duk pakai hitam tu pandai plk korang kata dia elegant.* <—– sorry, ter'emo' plk)……… tak apalah org kata kita fake account ke tak confident ke, para sahabiah dulu lagi kene ejek macam2..tapi mereka tetap cekal dan kuat. biarkan org mengata, krn tiga sebab : 1) mereka jeles 2) mereka tak mampu dan 3) mereka nak jadi macam kita. org mengata ni jgn dilayan. lama2 bila mereka penat, diamlah nnt.
jadi sama2 kita baik dan islah diri ye para wanita yg berpurdah sekalian. semoga kita istiqamah untuk mengamalkannya dgn cara dan atas jalan yg betul. sebenarnya semua pesanan di atas bukan khusus untuk wanita berpurdah shj. yg tidak berpurdah pun kene muhasabah juga ya. kepada semua yang bergelar wanita :) labuhkan tudung, longgarkan baju, tutup aurat sempurna. kita usaha untuk pakai pakaian yg ada redha Allah Taala.
ye, kita wanita. kita manusia. kita nak cantik, kita nak popular, kita nak menonjol. tp kita perlu utamakan redha Allah. pijak nafsu dan teruskan langkah. percayalah, di syurga nanti kita akan cantik secantik2nya. berhiaslah sepuas2 nya..
kepada yg tidak berpurdah dan tidak suka org berpurdah pula dgn alasan : org berpurdah ni hipokrit, tunjuk baik, berlagak alim, lebih baik x berpurdah dan macam2 lagi. krn saya ada terbaca komen :
1) "aku x respect mana pun budak brniqab ni.. lagi bagus perempuan pakai tudung labuh tapi jaga maruah depe"
2) "serious.. Dulu mmg aku suka pmpn berNiqab.. Tapi skang tak dah."
…..dan banyak lagi.
jangan sesekali burukkan atau perlekehkan purdah atau niqab. itu adalah pakaian ummul mukminin, sahabiah RA. kamu tak kuat untuk pakai, kamu jangan rendahkan org yg pakai. zaman sekarang ni yg buruknya adalah individu. tak semua yg berpurdah itu buruk. hanya segelintir shj yg mungkin terlari sedikit, atau terlupa. kami juga manusia. yg mana cuba untuk memakai pakaian sunnah. kami kuatkan semangat.
kamu belum pernah jumpa insan2 yg berpurdah yg sgt2 baik, solehah, lembut dan cantik akhlaqnya, banyak amalannya, manis katanya, dan mereka ini dimuliakan. saya kenal org2 seperti ini malah saya hormat mereka. knp dunia tidak kenal mrk? kerana mereka ini tertutup, rendah diri dan tawadhuk. bila mrk ada, mereka tidak dikenali. bila mereka tiada, mereka tidak dicari. jd jangan suka merendah2kan orang lain. ramai lagi sebenarnya niqabis yg masih ada sifat malu, segan dan santun. ramai. tp tersorok.
hormatilah wanita yg menutup aurat. krn mereka ada fikir untuk tutup aurat. syukur kerana masih ada wanita yg mahu menutup aurat.
ambil yg jernih, buang yg keruh. :) :) :)
*first time tulis confession, maaf atas segala salah silap*
– Taman Syurga
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Respect
Akak confessor,mohon pm sy ye. Harap sudi. :-)
Biasa org cari yg pki purdah nk buat zaujah
bese laki mmg lg suka klo dpt istri berpurdah. untung la dpt yg pndai jga aurat.
Nice sharing :-) ,*kalau yg berpurdah itu buruk akhlaknya,yg dibuang bukan purdahnya tapi akhlak buruknya.*
Akhirnya,ada org bersuara..pkai all black sbb tu pakaian ummahatul mukminin..nak benci,benci pd perbuatan..bukan pd pemakaian..
Tak pernah dgr purdah pakaian sunnah, nabi Muhammad SAW tak pernah sebut pasal pemakaian purdah dan jubah n tudung hitam. Nak pakai jubah purdah itu terpulang hak badan masing masing. Sepertimana yg berpurdah dan bertudung berjubah hitam seperti sentiasa berkabung utk menundukkan nafsu diri sendiri dan mempertikaikan kata kata nista org yg menghukum pilihan mereka itu, ia juga terpakai kepada mereka yg tidak menutup aurat yg berpakaian kebaratan pun tidak selayaknya dihukum dgn kata kata api neraka dan sebagainya. Kerana hidayah itu milik Allah dan Allah boleh memberi dan menarik nya yg diluar jangkaan kita manusia biasa yg penuh khilaf. Allah sukakan kecantikan kerana itu Allah maha cantik, maha agung dan maha mengetahui. Allah menjadikan dunia ini penuh dgn kecantikan, dan manusia juga sukakan kecantikan. Jadi utk mengatakan pemakaian jubah tudung dan purdah hitam itu adalah pemakaian ummul mukminin itu sangat sangat tersasar dan menyalahi Islam sebagai Rahmatan lil ‘alamin..rahmat sekalian alam kerana menidakkan sifat sifat cantik dan warna warni dlm kehidupan manusia. Beserdahana itu lebih baik dan sesuai serta mudah diikuti, utk memberatkan/ ekstrem sesuatu yg bukan pd tempatnya dan mengatakan ia adalah sunnah adalah bidaah yg menyesatkan. Mahupun begitu, pemakaian adalah hak individu dan berjubah bertudung dan berpurdah hitam setiap masa seperti berkabung adalah lebih sesuai digarapkan dgn pemakaian zuhud yakni si pemakai nya ingin mensuci hatinya drpd nafsu dan nafsi, tidak mahu menjadi tontonan dan tidak ingin dilihat. Kesimpulan disini, utk menggalakkan muslimah berpakaian zuhud ini (berjubah bertudung berpurdah hitam) sangat tidak wajar di Malaysia yg beriklim panas dan lembap ini. Biarlah pemakaian zuhud ini kpd segelintir orang yg benar benar ingin zuhud yakni membuang nafsu nafsi utk mendapatkan kecintaan dan keredhaan drpd Allah azzawajalla.
Bagi sy wajar je, depends kpd org sbenarnya bukan pada iklim,klau nk ikutkn iklim,kt arab lagi panas dpd malaysia kot :-) ..Wallahua’lam
Jelas anda tak faham cuaca di arab dan Malaysia sangat berbeza..di Arab panas kering, ada ribut pasir manakala di Malaysia pula panas dan lembap. Apabila berpakaian jubah dan berpurdah di Arab Saudi, tidak berpeluh melekit kerana di sana cuaca panas kering berbeza di Malaysia, jalan bawah panas terik dah berpeluh dan lenjun baju dengan peluh.
takpe lah org nak pakai hitam. tak ada masalah. jgn jd kan cuaca sebagai alasan. dan hitam tidak khusus untuk berkabung shj. lagi satu sila faham kan yg sunnah itu adalah cara hidup ye. jadi pakaian sunnah adalah memberi maksud pakaian yg mengikut cara Ummul Mukminin. jgn mudah melabel org bidaah dan sebagainya. warna warni kehidupan dan cantik wanita tidak perlu ditunjuk. Hormati pendapat org lain juga. :)
Sebenarnya tak lah panas mana kalau pakai tudung labuh dan jubah hitam kt Malaysia ni. org yg pakai tahulah.
Hak masing masing utk berpakaian jubah berpurdah hitam, tiada masalah. Tapi utk mengatakan ia merupakan pakaian sunnah dan cara ummul mukminin sgt bidaah dan ekstremis. Sunnah adalah cara hidup yg diamalkan Rasulullah, sejak bila nabi Muhammad pakai jubah berpurdah hitam ye? Sebab itu tegas saya mengatakan nabi Muhammad SAW tidak pernah berkata atau menyuruh isteri isteri atau anak perempuan baginda berpakaian jubah berpurah hitam. Nak berpakaian itu hak masing masing tapi tolong jangan kelirukan budaya Arab dgn ajaran agama Islam.
confessor kata sunnah Ummul Mukminin. bukan sunnah Nabi ?
kemudian banyak riwayat mengatakan hitam adalah warna umum pakaian sahabiah. mmg mungkin mereka memakai pakaian berwarna juga. Tetapi kebanyakannya hitam. melambangkan tawadhuk. tak ekstremis lah. ?
Simple je.. klau brpakaian hitam,berpurdah tu dianggap ekstremis, yg brpakaian seksi,ikut barat x ekstremis ke? Sunnah ke?. Rasanya bleh rujuk org yg pakar ttg purdah dpd bagi pendapat sendiri mmbuta tuli, rujuk balik pndapat 4 mazhab ttg purdah, jelas ulama2 mengatakan ianya sunnah ummul mukminin dan sis mengatakan ianya bidaah dan ekstremis. Mungkin sis lebih mengetahui. Maaf klau trkasar bahasa. Wallahua’lam
Athiah Aqilah Zahar
Sebagaimana pakaian Islam itu menjadikan si pemakainya memikul amanah untuk menonjolkan Islam, sedemikian juga pakaian zahir yang kita sarungkan.
Suka tgk org berpurdah…sejuk mata m
Suka tgk org berpurdah…sejuk mata tgk diorg…tapiii kbnyakan yg sy prnah knl indah kbr drpd rupa..maaf ckp…hope mereka lbh sensitif perangai biar selari dgn pemakaian…:)