assalamualaikum. aku nak confess ni. aku runsing dengan perangai malas aku yg tak boleh dikawal ni. aku malas pegi class. dari sekolah rendah lagi aku memang suka ponteng. sampai masuk uni pun aku memang suka ponteng, kadang2 tanpa sebab pun. aku perempuan, kadang2 aku rasa malu pulak dengan students lelaki yg boleh pegi class tak pernah missed. yela, perempuan kan sepatutnya rajin?
aku tak pegi class bukan aku pegi melepak or outing. tapi simply sebab aku malas nak bersiap, malas nak jumpa orang, dan aku rasa nak duduk terperuk kat bilik. aku sejenis manusia yg suka memerap kat bilik dan tidur. aku rasa perangai ni terbawak2 dari kecik mak ayah aku tak pernah marah kalau aku tak pegi sekolah kot.
sem ni pun dah nak berakhir kan, dan perangai malas aku tu masih menebal. mula2 sem je konon takmo ponteng dah. rasa nak tumbuk diri sendiri. nasib aku baik kot sebab dapat lecturer yg tak strict sangat pasal attendance. kalau tak aku rasa tiap sem memang aku dah kena barred kot.
aku belajar okay la, result pun bolehla. rezeki aku kot. senang paham, senang masuk bab belajar walaupun belajar sendiri je banyaknya. assignment tak pernah la lambat hantar, kalau aku datang class aku memang focus apa lecturer ajar. aku selalu gak rasa rugi tak pegi class, tapi setan gemok malas tu selalu menang. aku takut perangai ni terbawak ke alam kerja pulak. aku dah baca doa elak malas tu, tapi selalu tewas. tak kira la kelas tu pagi ke petang ke, kalau aku takmo pegi memang aku takkan pegi. benci diri sendiri sebab benda ni.
tolong bagi tips buang malas.
– pemalas
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Penah dgr tak yang kita ni bukan malas tp takde motivasi?
Apa yg boleh motivasi sis ye?
BTW, setuju part risau alam kerjaya tu. Mgkn boleh fokus tu sbg motivasi?
Dan mathurat pagi ptg jgn lupa ya ;)
Percayalah habit malas ko akn terbawa2 sampai ko keja nanti.please.tolong berubah.
Kena bca yasin 44 mlm kat blik sis ni. Kot2 ade “bende” lain yg menumpang. Dye nak sis dukk ade memerap lam blik n temani dye. Hih3
Apa la yang awak merapu ni ? Nabi ajar istighfar 100x sehari kot . Nabi istighfar kalau hati nabi rasa malas .
Boleh tengok dalam sahih muslim .
Dalam riwayat bukhari pulak, nabi istighfar sebanyak 70x .
Bilangan istighfar yang ada dalam hadith Nabi SAW bukan sekadar batas kepada angka yang disebutkan . Boleh buat lebih as long kita rasa banyak .
Takde kene mengena dengan “benda” . Itu semua khurafat yang boleh membatalkan iman .
Bila saya malas gi kelas, satu je saya pikir, terbayang muka mak ayah dan tangunggjawab sbg seorang hamba, anak dan pelajar
Istighfar banyak-banyak . Nabi istighfar 100x sehari bila hati baginda rasa malas . Boleh lihat dalam sahih Muslim dari sahabat yang meriwayatkan ialah al-Aghar al-Muzani .
Malas eh? Keluar la. Ramai lagi yg nak kat tempat kau. Please quit. Let natural selection take its course.
Buang mindset “perempuan kena rajin”. You can’t use stigma utk paksa diri buat kerja. Find internal motivation. Mula dgn describe apa benda yg awak tak puas hati about your life, recognizing those may help you know akar mana kena cabut utk buang masalah ni. Remember, one by one, step by step, no rush.
saya hampir sama situasi dgn awak. beza nya saya msih kelas, tapi baju pegi kelas dah jadi bju seragam. bukan x basuh. just x pelbagaikan je..
sama sy baju asyik pakai hitam je
tudung baru colorful
Tengok balik niat sebenarnya nak pergi kelas tu apa, setakat nak markah sahaja ke nak ilmu? Pikir balik dan luruskanlah niat tu
setan gemok malas….hahaha aku rasa sama geng gan setan kt aku nihhhh
Dik, akak dulu masa belajar susah sangat nak ponteng dik. Sbb akak fikir adanya *keberkatan ilmu* bila kita datang kelas tu. Alhamdulillah akak grad dgn jayanya. Sekarang akak lecturer part time kat UIA pun akak selalu pesan student rajin datang kelas dan of course akak bg markah extra marks student yg x ponteng.
Confession yg ni lawak.. Kahkah!
Nur Athirah
Omg hahaha i pun camtu gak. High 5 gal ✋