Sekarang, ramai buat bisnes online. Aku perhati students pun ramai. Kiri kanan depan belakang semua bisnes.
Baguslah. Aku pun suka. Tak payah susah2 nak pergi kedai. Nak beli apa semua click je, lepas tu tunggu abang posmen. Takpun lagi best boleh COD kat mahallah.
Tapi part yang tak best. Bila peniaga2 ni duk sedap2 mulut menganjing orang makan gaji. Makan gaji tak boleh kayalah makan gaji tu kena jadi kulilah.
Wei kau ni. Kau tahu tak bukan semua student universiti mak bapak kaya macam kau , lahir2 mak bapak kerja elok, sampai kat universiti boleh kumpul duit belanja mak bapak bagi buat modal bisnes sebab dah pernah rasa bapak kerja makan gaji memanglah keperluan cukup tapi tak mewah. Ada student universiti ni yg emak bapaknya menoreh getah, nelayan. Jadi emak bapak diorang pasang harapan nak tengok anak dia masuk universiti, graduate, kerja normal- tak kiralah doktor, engineer, cikgu, pegawai lembaga getah ke. Satu, bukan semua orang nak meniaga. Dua, bukan semua orang nak meniaga dan berjaya capai hasrat nak meniaga tu. Banyak halangan. Hati emak bapak nak kena jaga, modal tak ada sebab bukan orang kaya. Nak kena tunggu kerja makan gaji dulu setahun 2 kumpul modal. Lagipun kebercukupan setiap manusia ni tak sama. Ada orang rasa kerja makan gaji dah cukup, hujung bulan dapat gaji sekian2 RM jumlahnya. Ada (ramai) macam kaulah. Susah nak rasa cukup. Dapat banyak ni, nak banyak lagi dan lagi. Duk menganjing orang sana sini suruh jadi downline (jenis bisnes mlm), jadi dropshipper atau ejen atau stokis dia ( jenis bisnes hijabers atau kosmetik beli krim pukal bungkus masuk bekas). Borderline, tamak. Ayat cliche – student pun boleh menjana pendapatan 18 juta angka sebulan. lepas tu student terpengaruh join bisnes dengan kau, pelajaran terabai, kelas ponteng, assignment tak buat, pensyarah sakit hati, ilmu tak berkat. Last2 grad pun lulus bersyarat. Siapa yang berduka? Emak bapak dan keluarga mereka. Upline/ founder yang duk hasut2 suruh kurangkan fokus kepada pelajaran, tingkatkan fokus kepada perniagaan terkangkang kekenyangan. Sambil mencari mangsa baru.
Kalau kau nak berniaga waktu belajar berpadalah. Kalau rasa2 takleh bawak, takleh bahagikan masa, ingatlah priority. Tengok muka emak bapak tu. Tanya diri kalau aku gagal apa perasaan emak bapak aku?
Satu lagi, cikgu kau, dekat sekolah dulu, pensyarah kau dekat universiti, semua tu kerja makan gaji tau. Tanpa diorang kau tak sampai tahap sekarang. Apa perasaan diorang bila kau kutuk2 orang makan gaji? Agak2 berkat tak ilmu korang bila cikgu dan lecturer kecik hati?
Fikir2kanlah.
Sekian.- ex uia kuantan)
– Basirahir
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Ada je orang makan gaji dan kaya – sebab gaji dia 20k sebulan – mmg 9/10 rezeki tu dari meniaga – tapi 1/10 ni lah duk beli barang dari korang – jgn nak skolah orang sangat – kang lingkup bisness ko – ko kata takde orang sapot gomen tak sapot – all the yadda yadda
Wakai Eja kita penah ckp pasal mnda ni