Rakan Kerja

Terima kasih buat admin kalau terima cerita aku ni walaupun aku bukan pelajar.

Aku ni kerja dekat syarikat kecil, syarikat commercial vehicle, jadi aku cuma ada bos, aku, assistance aku, person incharge dekat bahagian luar dengan despatch boy. Problem aku ni dengan assistance aku ni. Aku kadang tak boleh tahan, tak boleh sabar dengan perangai kerja dia. Ya Allah, sabarkan jelah hati dengan dia ni tapi kadang-kadang rasa macam nak marah je dengan dia ni tapi kesian pulak dah lah ibu tunggal dua anak.

Kenapa aku ada problem dengan dia ni? Macam ni cerita dia, dia buat kerja selalu tak betul apa orang cakap tak senonoh buat kerja. Dah dekat 2 tahun kot kerja kat sini buat benda sama. Asyik buat silap. Aku ni sebagai orang atas dia selalu kena marah bila bab dia. Aku kadang tak puas hati dengan dia ni. Bila dia buat salah selalu dia rasa macam bukan salah dia. Selalu argue dengan aku tapi yang kena selesaikan aku jugak.

Kadang ambil cuti selalu tiba-tiba. Tahu dia dah tak ada husband tapi aku terseksa sebab bila dia cuti baru nampak benda pending yang dia belum siapkan. Time kerja selalu tengok drama macam mana nak siap kerja.

Aku selalu tanya banyak benda, minta banyak file. Memang itu kerja aku kan? Tapi di ungkitnya kata dah banyak tolong aku (sebab selalu minta barang dengan dia). Tolonglah sedar yang aku ni banyak tolong dia cover buat kerja.

Dulu aku seorang je staff syarikat bos aku ni. Time tu aku rasa macam kerja aku lagi happy. Salah ke aku rasa macam tu? Bukan aku tak boleh kerjasama tapi bila kau dapat orang perangai macam tu kau akan hilang rasa nak kerjasama tu.

– Kawan

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *