Narcissitic Personality Disorder (NPD)

Assalamualaikum. Aku Mimy and aku pernah buat confession kat IIUM Confession ni dulu. Tajuk cerita aku masa tu ialah “Selalu Percaya Gerak Hati Itu Tanda “Red-Flagged” Allah Nak Bagi” (https://iiumc.com/selalu-percaya-pada-gerak-hati-itu-tanda-red-flagged-allah-nak-bagi/).

Thank you so much korang yang comment and doa perkara2 positif. Aku okay dah sebenarnya. Aku fokus pada hidup aku je sekarang. Just rasa terpanggil nak share apa yang aku pernah alami. Supaya kebodohan aku tak diulangi oleh mana mana wanita yang baik baik kat luar sana tu.

Okay antara comment yang buat aku tersentak and memberi impak ialah tentang NPD (Narcissitic Personality Disorder). Berdasarkan cerita aku tu ada commentor cakap pasal NPD traits sepanjang cerita aku. Aku pun google and search baca dalam dalam tentang NPD ni. Betul betul buka minda aku.

NPD ni adalah satu penyakit mental yang dialami oleh manusia yang kebanyakannya adalah lelaki berbanding wanita. Ciri ciri ex tunang aku pun banyak betul menunjukkan yang dia tengah suffer NPD. Aku share apa yang aku baca kalau ada mana mana pakar yang lebih arif mohon betulkan ye di ruangan komen kalau ada kesilapan.

Antara ciri ciri pesakit NPD ni ialah dia kena selalu rasa superior atas orang lain, kalau tak nanti dia rasa lemah atau broken. Nilai diri dia berdasarkan kaca mata orang lain bukan diri dia sendiri. So ex aku ni selalu risau apa orang pandang & apa orang kata.

Contohnya, dia tak suka amik gambar dengan aku sebab dia kata dia malu semua orang tengok dia padahal takde sape pun hirau pasal kau. Kau je perasan orang tengok. Pastu dia terlalu nak menjaga air muka dia sebab dia risau apa orang pandang dia. Sampai sebab nak putus pun cakap kat aku, “I tak suka orang nampak i tumpang senang isteri”. Erkkk.

Tak tahulah kalau tu semua rekaan sebab nak putus dengan aku sebab dia memang tak suka aku ke apa. Tak kisahlah. Yang penting memang dia daripada 4 tahun aku kenal luar dalam suka pikir apa orang kata. Itu cerminan kehidupan dia.

Mentalnya hidup daripada luar kotak ke dalam. Orang normal dia betulkan kehidupan dalaman terpancar ke luar. Apa kita lakukan, apa kita rasa, bagaimana peribadi kita itulah diri kita. Orang accept ke tidak, bukan masalah kita. Yang penting kita buat benda betul. Kan?

Next, dia ada self-importance yang melampau sampai kurang rasa emphati pada orang lain. Kalau tengok peribadi ex aku ni yang alim2 kucing ni memang tak perasan. Dengan sifat gentleman and protective dia tu. Kau akan cair. Tapi lepas kau kenal dia dalam keadaan yang menyebabkan dia keluarkan sifat sebenar dia, kau akan perasan dia kejam.

Dia jenis anti-social, tak pikir perasaan orang and ada sikap “territory”. Sifat “territory” ni adalah sifat haiwan macam singa dia nak geng singa je. Kalau kawasan tu kawasan dia kau tak boleh masuk walaupun kau susah ke miskin ke apa. Lacking of emphaty. Nampak alim tapi hati manusia kita tak nampak kan.

Dia bukan jenis yang nak tolong orang tak memasal lah. Even dengan adik beradik dia pun berkira. Dengan abah dia apatah lagi. Phewwww syukur aku tak jadi kahwin dengan dia.

Tapi katanya dia dengan tunang baru ni dilayannya macam tuan puteri. Aku harap sampailah ke anak cucu dilayan begitu. Janganlah tetiba kau bertukar kejam plak kat bini kau nanti. Kesian dia. Aku doakan yang bebaik la untuk bakal isteri kau.

Then, dia perlukan orang admire dia atau berikan perhatian kat dia yang berterusan. Sebab orang cemni jenis low self esteem. Orang yang tinggi self esteem tak macam tuh. Ada kau kisah orang tak puji aku? Yang penting aku buat yang terbaik. Kepuasan diri aku lebih penting daripada pujian orang. Kan?

Dia tak ye. Sebab tu bila aku busy cari duit nak tolong kumpul duit hantaran yang dia nak bahagi dua tu, dia terus agaknya cari perempuan lain sebab aku tak boleh fulfill keperluan hidup dia tu. Perhatian & pujian daripada dia?

Memang takde la nak. Dia memang dibesarkan tak pernah dipuji & dihargai oleh parents dia. Yela dlu takde ilmu parenting. Sebab tu dia tak reti puji orang. Hargai orang. Orang yang tak pernah rasa dipuji & dihargai takkan tahu nak memberi benda tuh oada orang lain.

Pasti pesakit NPD ni akan jadi hamakkk perhatian & pujian untuk kekal gembira. Kesian kan? Aku tahu liku cara dia membesar. At the same time, aku kesian kat dia. Juga diri aku jadi mangsa pesakit NPD ni.

Pastu, pesakit NPD ni suka merendah-rendahkan orang lain untuk dia rasa diri dia hebat. Patutlah dia dlu belittle setiap kejayaan aku. Aku pun pelik. Dia mcm tak suka apa aku ada. Peliklah. Rupanya dia ni memang ada masalah mental NPD ni. Masalah hati. Sendiri low self esteem pastu rendahkan orang lain. Pastu buat orang jadi mangsa keadaan.

Buat orang bersalah sedangkan kau buat benda betul weh. Kau akan start salahkan diri kau. Padahal kau capai kejayaan tau. Hahahahaha. Kelakar ingat balik. Aku pun dlu jadi mental confuse sebab aku berpikir mcm orang normal berlawan pulak otak dia yang NPD tuh ha. Haish. Giler otak aku masa tu. Mental torture drp pesakit NPD.

Apa akan jadi bila mereka tak dapat apa mereka perlukan? Macam perhatian, admiration, superiority, and pujian mcm “atas-atas” gitu. Walaupun hakikatnya mereka hebat, tapi sebab masalah NPD ni dia tetiba low self esteem rasa diri rendah bila tengok orang lain capai kejayaan sikit je. Walhal dia lagi better. Haaa ni yang akan berlaku ye.

1- Dia akan jadi pemarah & bengis. Patutlah suka tengking aku dulu.

2- Cepat terasa walaupun dengan gurauan. Dia ni super sensitive aku kata letih layan drama.

3- Dia berdendam & akan cepat merendah2kan orang lain buat orang tu rasa down mcm dia rasa.

4- Dia ada masalah confusion personality & emosi dia.

5- Cepat rasa insecure, rasa malu & rasa tah apa2 sedangkan takde apa pun berlaku.

6- Depress and stress.

7- Tak boleh cope stress dengan baik jadi dia akan lempiaskan pada orang lain.

Lepas baca benda ni kat sumber yang qualified research nya, aku tersedar semua sifat2 tuh aku pernah jumpa sepanjang 4 tahun dengan dia. Lagi obvious selepas bertunang. Huhuhuhuhu. Orang macam ni very manipulative and pandai baca pemikiran orang. Dia akan act mcm mne dia nak orang anggap dia. Sampai satu situasi dia tak boleh control, segalanya akan tersembur keluar.

Aku ni pulak jenis tetap pendirian, confidence, optimis capai apa aku nak, mental aku agak kuat la. Itu yang lagi sakit hati dia tu sebab tak boleh nak control aku. Hmm bukan ke kita hidup berpasangan kena jadi satu team? Make a teamwork.

Mana aku kurang, kau cover aku. Mana kau kurang, aku cover kau. Kau tetap imam. Kau tetap ketua keluarga. Takde sape lost respect pada kau bila kau berlembut dan berbincang. Tak nampak lemah pun. Tapi orang start tak boleh hormat kau sbb kau tak pernah beri penghormatan pada wanita.

Ikut kepala kau je semua benda. Kalau betul takpe. Ni pakai waze tak tahu, aku tunjukkan jalan kena belok ke kiri ikut waze tu, aku cakap lembut2 supaya tak tercalar ego kau, kau still keras kepala nak straight jugak. Dah salah jalan pastu salahkan aku bising bagi dia alert plak. Kahkahkah. Ego betul kan kau. Tapi yela aku tak sangka kau sakit sebenarnya. Hahahaha.

Patutlah Allah tak kasi aku kahwin dengan kau. Teruk naye aku jawabnya nak melayan drama kau hari hari. Fuhhh. Dengan kalau ada masalah kewangan atau anak2. Kau tu stress sikit pun tak boleh. Hmmm parok lah aku gamaknya. Alhamdulillah syukur.

Apa apa pun kau tetap orang yang pernah buat baik kat aku dulu. Banyak juga benda kau tolong aku. Walaupun kau kadang2 mental je aku tengok. Dah terbukti pun kau punya ciri2 tu. Aku doakan yang bebaik lah untuk kau ye dan pasangan. Aku syak memang pasangan kau tu jela boleh hadap & layan kau. Bukan aku lah orangnya.

So, ada commentor cakap orang low self esteem memang cepat cari pengganti sebab dia tak boleh orang pandang dia loser. Itu yang berganti-ganti tanpa henti. Pastu mereka jenis banyak drama.

Aduihhh betul la gaiss. Drama lebih & sensitif yakmat. Aduhai letih aku layan orang cemni. Siap ada commentor kata kalau jumpa orang cemni cecepat la lari angkat kaki. Huhuhuhu. Lesson learned gaiss.

Thank you so much tau korang yang respons and juga naikkan semangat aku. Ada yang nasihat. Buka mata aku lebih luas. Alhamdulillah untuk kali ni.

Doakan yang baik baik ye untuk aku. Terima kasih sudi baca. Kalau ada input yang salah, mohon pakar betulkan ye.

Assalamualaikum.

– Mimy  (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *