Kenangan Berkurung Di Negara Orang

Assalamualaikum semua. Perintah kawalan pergerakan (restriction of movement) yang kerajaan umumkan malam tadi buat aku terkenang2 pengalaman berkurung (curfew) sewaktu kekacauan politik di Mesir.

Selasa 25 Januari tu hari terakhir exam musim sejuk. Minggu depan, 4 Feb aku akan berlepas pulang ke Malaysia. Aku bukan anak orang senang. Duduk sana tiga tahun tak balik, rezeki kali ni dapat balik sebab perlu buat urusan bank dan tajaan.

Terdengar orang arab berbual serius macam ada acara penting dalam negara. Rupanya hari itu sebaik tamat waktu bekerja, rakyat Mesir membanjiri Tahrir mulakan demonstrasi desak presiden turun. Tahrir ni level Dataran Merdeka gitu.. Kawasan penting di tengah ibu kota.

Adat perantau balik kampung, aku sibuk fikir buah tangan nak dibawa pulang. Kampus di Iskandariah tapi aku fly balik dari airport Kaherah. So aku pergi Kaherah lepak seminggu di asrama Malaysia. Aku putuskan hari Jumaat 28 Januari akan pergi shopping di Khan el-Khalili, bazaar terkenal sebelah Masjid Al-Azhar. Solat Jumaat dulu baru shopping.

Suasana tenang je masa aku sampai sebelum Jumaat. Lepas Jumaat tiba2 bising di luar masjid. Orang perempuan semua duduk dalam tunggu crowd pergi. Aku tanya sorang jemaah perempuan, ada apa kat luar tu? Mereka kata demo dah start. Ok.. Bila suasana dah tenang, aku bergerak ke bazaar dan mula operasi scanning kedai nak cari harga termurah.

Tengah khusyuk tu tiba2 peniaga pakat tarik meja masuk dalam, tutup pintu kedai. Muncul suara-suara memekik dan pemuda2 berlari menyelinap. Aku ditarik berlindung dek sorang arab. Semua pengunjung bazaar berdiri kaku ke tepi tengok suasana macam drama. Gas pemedih mata yang disembur ke arah pemuda2 tadi terbang ke arah kami. Merasa la aku.

Diorang tu sebenarnya peserta demo yang lari dari tangkapan polis. Tapi sebab tak paham apa berlaku, aku pun rileks je sambung shopping lepas tu. Cari kedai yang masih buka. Haha. Tak banyak benda dapat dibeli so aku decide lain kali datang semula..

Dalam perjalanan balik ke asrama Malaysia di Madinah Nasr, aku nampak suasana masih normal dengan kesibukan. Rupanya, hari itu meletus gelombang kedua demonstrasi lebih besar.

Malamnya kerajaan isytihar perintah berkurung dari jam 6petang ke 7pagi. Talian internet ditutup. Komunikasi dilumpuhkan seketika. Kerajaan hantar tentera kawal demonstrasi. Kereta kebal, kereta perisai bergerak masuk ke bandar.

Masa tu pelajar Malaysia di Mesir bertebaran. Kebanyakan kampus kami di bandar kecil. Jadi tak rasa sangat bahang demonstrasi kecuali nampak jiran2 arab yang cemas di sekitar asrama.

Segelintir pelajar Malaysia yang menyewa sekitar Tahrir, mereka terima kesan agak buruk. Tak berani keluar rumah kerana bimbang terkena tembakan rambang. Ya, demo mereka ganas dan berlaku kematian. Takat demo Bersih tak adalah havoc mana..

Ada pula pelajar Malaysia yang nak terbang bercuti ke Eropah. Maklumlah cuti musim sejuk dah mula mestiah orang nak berjalan. Bila berlaku revolusi dan curfew, mereka stranded di airport tak boleh ke mana2. Nak terbang tak boleh, nak keluar dari airport pun tak boleh. Flight schedule lintang-pukang.

Beberapa kompeni terus batalkan penerbangan. Cemas la kawan. Ada yang sempat hubungi keluarga di Malaysia ceritakan apa yang berlaku. Family tak tahu apa-apa terus meraung minta kerajaan ‘selamatkan’ anak-anak mereka..

Nampak cemas kan.. Bagi aku sendiri tak adalah cemas mana sebenarnya.. Sebab demonya di Tahrir. Mereka demo marah Mubarak, bukan marah orang Malaysia. Kereta kebal masuk untuk takutkan pendemo, bukan tembak rakyat tak berkenaan.

Mereka tak kacau sesiapa di luar kawasan demo. Tak pecah masuk rumah bunuh penduduk pun.. Duduk rumah diam2 sudah. Hairan jugaklah dengar uproar dari tanahair melebihi kami di tempat kejadian. Kami kat sana majoritinya baik-baik saja jalani perintah berkurung.

Ya, curfew atau perintah berkurung sebenarnya taklah teruk mana. Just pastikan bekalan cukup, lepas tu duduklah di rumah rileks2 tak payah berjalan..

Masa tu dah dengar ura-ura kerajaan akan bawa balik, so kami tak beli stok makanan. Masing2 keluarkan stok simpanan untuk dihabiskan. Segala sardin, rempah, kicap yang sebelum ni tersembunyi di ceruk almari semuanya keluar. Eh jadi mewah pulak makanan instead of kebulur. Haha.

Malam dalam tempoh berkurung, amatlah sunyi. Mesir terkenal dengan rakyatnya yang tak tidur. Cuaca panas menyebabkan diorang suka melepak waktu malam dan tidur menjelang pagi. Tapi bila diperintah berkurung, takde siapa keluar hingga jalan senyap-sunyi dan berlaku pecah rumah.

Sejak tu penduduk ambil inisiatif mengawal kejiranan sebab polis2 dah takde. Semua sibuk kawal demonstrasi. Dari tingkap bilik, aku intai jiran berkumpul depan unggun api mengawal kedai runcit.

Berapa hari lepas tu dengar cerita penjara pecah, banduan terlepas lari. Penduduk berkawal pula di jalan-jalan raya dan inspect kenderaan yang lalu-lalang kot ada banduan dalam tu. Ok masa ni memang cemas sikit sebab nampak orang awam sangat serius berkawal dengan kayu.

Rutin harian berjalan macam biasa, orang pergi kerja, shopping. Tapi kesiagaan di tahap tertinggi. Askar dan kereta kebal pun dah masuk berkawal di bandar kecil kami. Waktu berkurung asalnya jam 6 petang diawalkan jadi 4 petang. Semua urusan diselesaikan segera dan pukul 4 dah tak boleh ada di luar.

Teringat satu petang aku beli sayur dekat2 pukul 4, makcik arab yang kalut suruh aku cepat masuk. Dalam krisis tu aku nampak banyak sisi baik arab Mesir. Yang muslim atau tidak, semua saling menjaga. Aku ‘nikmati’ pengalaman tu yang bagi aku sangat mahal dah tiada di Malaysia.

Satu masa, aku terima panggilan dari Jabatan Penuntut Malaysia. Rupanya parents aku pun sama kecoh2 call kedutaan minta mereka cari aku dan pastikan aku balik ikut kerajaan. Siap bagi nombor telefon aku di Mesir. Haha..aku ketawa dalam bengang je jawab call tu. Family dah tau aku akan balik minggu tu, masih nak buat kalut call kedutaan. Haih.

Sehari sebelum balik, aku gagahkan jugaklah pergi shopping walaupun tahu kedai banyak tutup. Kat bazaar tu aku capai je lah apa yang ada, lepas tu cepat2 ambil teksi balik hostel. Jalan jem pulak, semua berebut balik sebelum curfew. Tersangkut sampai dekat2 waktu berkurung.

Driver aku menyelit keluar dari jalan utama kononnya cari short-cut. Sampailah kami ke satu jalan lengang selengang-lengangnya, lengang yang buat aku seram apesal lengang sangat ni? Rupanya kat hujung jalan tu FRU dah beratur belakang perisai weh! Terkulat2 kami satu kereta je kat situ depan polis2 semua. Haha!

Dalam masa seminggu je keadaan berubah drastik. Lepas didesak2, Kerajaan Malaysia putuskan bawa balik semua orang Malaysia. 3 Feb flight pertama berlepas dari Mesir. Asalnya aku yang excited nak balik Malaysia. Tiba2 aku yang sedih tengok member semua balik free ramai2, aku balik sorang2. Hahaha. Boleh je aku nak join Ops Piramid tapi rugilah burn tiket flight kan.

Masa ni tahulah sikit proses evakuasi..betapa rumitnya prosedur kerajaan kena mohon izin daratkan pesawat tentera. Apa yang aku dengar..pesawat tentera tak boleh mendarat sewenang2nya di sesebuah negara. Ni pulak nak daratkan waktu kerajaan tengah kacau, lagilah… Kos bawa balik beribu orang tu, siapa tanggung? Macam mana pula hubungan diplomatik Malaysia dan Mesir?

Generasi pelajar Malaysia tahun 70’an semua cool hensem siap tolong Mesir perang lawan Israel. Tapi pelajar Malaysia 2011 (termasuk aku) merengek minta dijemput pulang.. Jangan kata kerajaan, aku sebagai rakyat pun malu nak hadap orang arab yang selama ni menyanjung Malaysia dan anggap kita macam saudara.

Pengajaran: Jangan suka2 desak kerajaan macam kita tahu sangat urusan negara. Aku perati lepas Ops Piramid tu, kjaan Malaysia lebih berhati2 dalam hal nak bawa balik rakyat.

Isu Covid-19 ni pun kerajaan lambat2 bawa balik rakyat dari Itali. Sebab implikasinya bukan hanya pada rakyat terlibat. Bahkan hubungan dua negara. Ok.. Atuk nenek kita ajar di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bila kau decide nak jadi perantau maka kentalkan hati dan bersedialah terima apa yang berlaku.

4 Feb, waktu penerbangan aku pukul 10 malam. Tapi sebab curfew start pukul 4, dan nak elak jem, aku keluar rumah pukul 12 tengahari. Masa ni kawan2 ramai dah terbang dulu ikut Ops Piramid. Aku sorang terhegeh2 gi airport takde siapa hantar. Sobs..

Dekat airport, aku jumpa beberapa lagi pelajar Malaysia yang akan balik dengan flight sendiri. Diorang pun terbang malam. Bergelandangan la kami kat lantai airport beberapa jam tunggu waktu check-in masing-masing.

Sorang atuk arab tanya aku, Malizi (orang Malaysia) ramai2 nak pergi mana? Kenapa kamu nak lari? Mesir aman! Benda ni akan berakhir dan semua akan pulih macam biasa, buat apa kamu balik?! Er…aku senyum kelat je.

Waktu take-off, aku pilu pandang Mesir di bawah. Tak sangka, dalam seminggu je semua ni berlaku. Dari aku habis exam tiba2 demo, tiba2 curfew, tiba2 semua kena balik. Sedih aku tinggalkan Mesir tengah sakit.

Kalau boleh, aku nak stay dan saksikan revolusi sampai habis. Bukan sebab politik. Tapi solidariti. Bagi aku rakyat Mesir tunjukkan persaudaraan yang erat di waktu krisis. Aku orang luar ni pun terasa hangatnya persaudaraan mereka.

Lepas sebulan cuti, aku kembali ke Mesir ikut tarikh return. Tiada pelajar Malaysia di sana. Yang pulang dengan Ops Piramid semua belum return. Hanya beberapa pegawai stay sana jaga aset kerajaan. Aku call pegawai asrama Malaysia nak tumpang bermalam kat situ. Pegawai reject aku. Dia kata taknak ambik risiko sebab aku datang sendiri sebelum kerajaan benarkan.

Duh… memang tarikh tiket aku gitu nak buat macam mana. Aku pun balik sendiri ke rumah sewa di Iskandariah. Jarak dengan Cairo macam KL-Penang. Blok aku semua dihuni pelajar Malaysia. Dekat seminggu aku tidur sorang2 dalam bangunan tu sampailah trip pertama pelajar kembali ke Mesir.

Bila kampus buka bulan Mac, masih ramai pelajar Malaysia belum return. Aku dan dua-tiga keratlah pelajar Malaysia yang ada pergi kuliah. Panas telinga kami diperli dek student arab. Kenapa korang sume balik? Negara korang tsunami ke? Hahaha. Masakkk…

Habis throwback. Apa yang aku nak relate dengan situasi semasa ialah:

1. Solidariti. Dalam krisis macam ni patut kita eratkan solidariti sesama rakyat. Beza politik ke apa tolak tepi. Bantu jaga anak orang lain yang tetap kena berkerja, macam kakitangan hospital dan bank. Shopping jangan selfish. Beli barang ikut keperluan, ingat orang lain pun nak makan..

2. Maksimumkan teknologi untuk tambah ilmu. Dengar istilah baru, study sikit di Google jangan terus gelabah percaya cakap orang. Dengar lockdown korang dah bayangkan polis berkawal luar rumah siap gari nak tangkap orang. Dah bayangkan kebuluran.

Lockdown dengan curfew dengan sekatan bergerak semua bantai satu makna. Ayat2 netizen ni buat aku terkenang budak Msia yang takut nampak tank dia ingat Mesir nak perang. Huhu. Keep calm let’s read.

3. Penyakit panik & anxiety rakyat Malaysia memang 1st class. Belajar bertenang, yakin pada Allah dan pihak berkuasa.

Pada pemerhatian aku, baik Ops Piramid mahupun banjir 2014 hingga Covid-19, kerajaan Malaysia dah buat yang terbaik untuk rakyat. Apa yang kita rasa lembab dan delay tu sebenarnya banyak proses belakang tabir kita tak tahu. Tapi mereka berjalan. Ya, kita boleh concern dan bersuara. Tapi berpadalah..

Thanks admin sudi berkongsi..

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *