Syukur Apa Yang Ada

Assalamualaikum semua. Awal bicara aku nak ucapkan terima kasih kepada admin IIUMC kalau cerita ni tersiar. Nama aku R. Penjawat awam berusia 30 tahun dan ibu kepada 2 orang anak. Tahun ni masuk tahun ke-8 aku mendirikan rumah tangga bersama suami aku namakan sebagai A.

Sebelum tu aku nak petik sikit dari confession, https://iiumc.com/arwah-ummi-beri-isteriku-terima/. Dalam confession ni, penulis ada menyebut berkenaan ruqyah mahabbah. Aku pun dengan penuh semangat terus google ayat ni.

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran:Ayat 31)

Masyaallah! Rupanya Ayat ni aku selalu amalkan setiap kali lepas habis solat. Aku dah lama amalkan baca ayat ni tapi tak ingat dari surah mana. Terima kasih buat brother aiman athirah.

Orang yang mengamalkan ayat ini akan dikasihi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, anak-anak, sanak saudara, dan jiran-jiran tetangga.

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh. Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Baca sebanyak yang boleh. InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua di tempat kerja aku bukanlah sejenis yang ada ramai kawan rapat sebab aku bukan sejenis yang banyak cakap. Tapi aku tak bermusuhan dengan orang. Aku kawan je dengan semua orang tapi yang betul-betul rapat tak ada.

Cuma ada sorang je kawan aku yang paling rapat dari kecik sampai la sekarang. Biarlah tak ada ramai kawan rapat yang penting tak ada musuh kan. Aku tak pernah share masalah aku kat orang lain sebab aku jenis tak mudah percaya orang, dengan suami je la aku nak story segala masalah.

Alhamdulillah Allah kurniakan aku suami yang penyayang dan keluarga yang sempurna. Sepanjang perkahwinan kami macam-macam onak duri kami tempuhi.

Suami aku, A juga merupakan seorang penjawat awam sama macam aku tapi lain jabatan. Kami suami isteri berkerja syif. Jadi kami akan bergilir jaga anak2.

Jadual kerja aku 2 hari on duty, 2 hari offday. Jadi sepanjang aku on duty aku akan stay di tempat kerja selama 2 hari (sambung kerja hakiki dan overtime). Ada la sikit untuk aku saving dan buat topup2 bila gaji dah paras2 hidung.

Selama dua hari aku kat tempat kerja, A la yang akan uruskan anak2. Sebelum pergi kerja aku akan pastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas, makanan siap dimasak. Tinggal A jaga anak2 dan bagi makan je.

Sungguh pun A pun ada kerja hakiki tapi A rajin buat kerja part time jadi rider B*ngkus*t. Duit upah semua A serahkan kepada aku untuk disimpan dalam ASB aku. Bila anak2 pergi sekolah dan aku offday, aku akan sama2 ikut A jadi rider. Bila aku ikut baru aku tau betapa susahnya kerja ni.

Sepanjang A jadi rider B*ngkus*t dah berapa kali dah accident. Tapi A tak pernah mengeluh malah tetap cekal hati buat kerja tu. Aku berkali2 suruh A berhenti tapi A tak nak. Bila dah kerap berpanas bawak motor kulit tangan nye jadi hitam legam.

Sungguh, tangan ni la yang bersusah payah cari rezeki halal buat kami sekeluarga dan tangan ni la yang akan jadi saksi dihadapan Allah nanti.

Walaupun hidup kami sekeluarga tak semewah mana tapi Allah bagi cukup semuanya. Alhamdulillah Allah kurniakan kami anak2 yang bijak dan sihat, rezeki yang tak pernah putus, Ipar duai yang baik.

Bagi aku semua ni dah cukup. Aku tak minta beg2 yang mahal, kasut2 bertukar ganti, beli baju baru tiap2 bulan. Apa yang Allah bagi cukup semuanya. Tinggal lagi bersyukur je.

Kat sini aku nak share sikit amalan2 harian kebiasaan yang aku buat.

– Masak.

Setiap kali masak aku akan mulakan dengan Bismillah dan niat masak kerana Allah. Sepanjang proses memasak tu aku akan sentiasa berselawat dan berzikir.

Sambil tu aku berdoa “Ya Allah, pecahkanlah batil (kejahatan) yang ada pada diriku, anak2ku dan suamiku. Dan jauhkanlah batil (kejahatan) yang ada disekelilingku, anak2ku dan suamiku.”

“Wahai Allah yang maha mengarahkan hati, arahkanlah hati kami untuk taat kepadaMu. Wahai zat yang maha membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu.”

Masa basuh beras tu aku baca, “Ya Allah, sepertimana Dikau melembutkan beras ini menjadi nasi, Dikau lembutkan hati kami.” ” Ya Latif, lembutkanlah dan terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu.”

– Baca Quran.

Setiap hari aku akan ambil masa 10-20 minit untuk baca Quran setiap kali selesai solat. A ada belikan aku Quran Humaira yang saiz kecil tu jadi mudah untuk aku bawak Quran ni ke mana-mana. Aku memang target nak khatam Quran setiap bulan.

Aku memang sarankan pembaca semua untuk beli Quran ni sebab Quran ni bagus. Siap ada terjemahan dan hukum tajwid. Warna pun cantik sangat.

Sungguh aku amat bersyukur pada Allah kerana kurniakan aku pekerjaan yang tidak terlampau sibuk dimana aku berpeluang untuk beribadah dengan tenang dan membaca Quran setiap kali selesai habis solat.

– Zikir.

Setiap kali lepas habis solat aku akan amalkan zikir fatimiyyah. 33 x Subhanallah, 33 x Alhamdulillah, 34 x Allahuakbar.

– Solat sunat Dhuha.

Macam yang kita tahu, solat sunat Dhuha tersangatlah bagus untuk kita amalkan. Setiap hari tak kira kat rumah atau kat tempat kerja aku akan buat solat sunat Dhuha.

Niat aku bukan semata-mata nak murah rezeki je tapi aku mohon supaya Allah beri keberkatan atas rezeki yang kami usahakan dan mohon Allah ampunkan dosa-dosa yang terdahulu.

Semoga penulisan aku bermanfaat buat semua yang membaca. Mana yang kurang jangan kecam ye. Hehehe.

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit