Buat Encik Lutfi,

Admin mohon post, aku dah lama pendam, aku tak sanggup nak simpan. Untuk Encik Lutfi, sesetengah manusia ni memang bodohkan. Ada yang baik tapi masih nak mencari yang terbaik? Tapi, bagi aku, kau pun apa kurangnya bodoh dalam memperbodohkan diri sendiri untuk mengatasi masalah kekecewaan hati kau. Aku tahu, sakitnya hati bila cinta kita dikhianati. Bukan setakat hati terluka, kita pun boleh "lost" diri sendiri.

Aku alami benda tu tapi aku belum sebodoh kau melepaskan geram, amarah kau buat benda kotor dan tempiasnya orang lain. Aku pun bodoh, dan masih bodoh agaknya. Lelaki yang aku anggap mampu bimbing aku, ternyata seorang yang bertopeng disebalik gelaran ustaz macam dalam confession yang sebelum ni "ustaz kasanova." Macam kau, dengan keluarga lain wataknya, dibelakang sadisnya sikap kau.Disebabkan kecewa, aku meroyan, kecewa, sedih, rasa malu, jijik, mual bila ingat balik segala lakonan dia. Kau tahu apa yang perit? Dia ajak aku jumpa family, cakap pasal kahwin tapi dalam diam ada perempuan lain hahahaha. Dan pada hari tu juga, dia rampas harga diri aku. Aku mula berubah sejak dia berani sentuh aku. Aku jadi tak tentu arah, sebab aku bodoh, aku sedar dia hanya nak merasa aku. Yang paling teruk, aku mangsa dia sebab dia pernah kecewa dengan bekas kekasih dia. Kau tahu tak apa kesan benda tu kat aku? Aku malu. Rasa terhina dengan diri sendiri. Aku hilang keyakinan diri. Lelaki macam kaulah Encik Lutfi, penghancur hidup perempuan. Lepaskan perasaan kecewa dekat orang lain. Aku tak tahu apa dosa aku dengan bekas kekasih aku. Dulu aku jaga hubungan, batas pergaulan, sebab dia ustaz. Aku hormat. Tapi dia salah faham, siap tuduh aku curang. Siap tengking, hina aku tanpa aku tahu apa puncanya. Rupa rupanya tu alasan dia nak putus sebab dia yang curang. Masa putus, aku fikir aku yang salah sebab tak melayan dia, terlalu menjaga diri. Biasalah, akukan bodoh. Aku pujuk dia, sepanjang putus, dia cari aku pun untuk lepas marah dia. Aku diam, sebab aku fikir aku yang salah. Bodohkan? Sampai dia ajak bersama balik. Kononnya menyesal rupanya ada udang disebalik batu. Sejak tu, aku longgarkan sikit pendirian aku, aku keluar sama dengan dia, dia mula berani nak pegang. Dia bagi alasan, masa putus dengan aku dia lost. Dia berkawan dengan orang tak betul, mula pandai layan cerita lucah sebab tu dia teringin nak mencuba.Dia nak salah aku atas apa dia alami masa tempoh putus. Kalau dulu, dia beriya nak menikah. Lepas dia sentuh aku, aku suruh dia masuk meminang dan menikah. Sebab aku tak rasa aku mampu terima hakikat aku sudah disentuh. Sentiasa ada alasan, rupanya ada hati lain dia perlu jaga. Yang paling menghancurkan hati aku, dia memang dah tawar hati dengan aku masa putus. Tapi kenapa dia pergi cari aku balik dan hancurkan hidup aku?! Kononnya, hati dia berbelah bagi. Siap cakap, aku dan perempuan tu sama sama baik. Tapi aku yang dia hancurkan! Selama ni aku menderita, seksanya rasa hati dilayan macam sampah. Tapi dalam diam dia bahagia dengan orang lain. Encik Lutfi. Kau tahu tak? Aku terima baik buruk dia, kekurangan dia. Dia tak pernah sedar. Tapi paling menyedihkan, aku bukan perempuan pertama dia pernah sentuh. Sakit tak hati? Hahahaha. Aku naik gila lepas dia kantoi, dia cerita semua dan ternyata selama ni aku bersama dengan si penipu. Encik Lutfi, kau rasa bahagia tak sekarang? Kau bayangkanlah hati bakal isteri kau lepas tahu apa yang kau dah buat dengan diri kau. Perempuan yang kau dah jamah, pernah kau dalami isi hati mereka, kau pernah tak terfikir kenapa mereka jadi macam tu? Masing masing ada cerita sendiri. Aku tahu kau kecewa, tapi cara kau salah. Ini bukan soal, kesan lelaki kecewa disebabkan perempuan atau sebaliknya. Tapi macam mana kau nak hadapi benda ni semua. Aku mangsa, sama macam kau. Dipergunakan. Bezanya, aku disentuh tanpa rela dan kau kotori diri kau sebab kecewa. Bodohnya. Jangan jadi macam orang yang kecewakan kita. Jujur aku cakap, disebabkan peristiwa ni, aku takut dengan lelaki, trauma, fobia. Kau gunalah separuh harta kau yang banyak, buat amal jariah, tolong orang. Bahagia. Jangan hancurkan hidup kau. Maafkan diri sendiri dan redha. Mudah dicakap, susah dilakukan. Sekarang, aku dalam proses pulihkan diri, cari semangat aku balik. Aku tak tahulah aku bodoh ke tak, untuk lelaki yang hancurkan aku tu, aku masih bagi dia peluang walaupun dia dah buang aku. Aku nak dia berubah, sama sama berubah. Tapi memaafkan, memang ambil masa. Doakan aku, inshaallah aku doakan kau. Jangan jadi bodoh. Rugi.

– Si Mangsa

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

26 Comments

  1. Ramainya yg reply kpd cik lutfi tu. Dh kata pn dia pndai, esok dlm kubur dia “pandai2” la menjawab. Ape ssh harta byk, upah budak2 tahfiz org masjid doakan utk dia.. semoga terus sukses dlm melacurkan diri.

  2. Kau tahu, masalah manusia ialah merasakan yang kita tak ada kuasa atas diri sendiri. Allah dah pinjamkan kita badan di dunia ini, tapi kita masih tak yakin dan cuba nak salahkan keadaan sekeliling dalam keburukan yang menimpa. Kadang kala masalahnya datang dari cara kita hadapi masalah yang sedia ada. Aku pernah rasa sakitnya jadi hamba pada hati yang tak mampu rasional dan orang yang kita sandarkan harapan dan hati pula ambik dan hancurkan kepercayaan kita. Tahu apa punca masalahnya? Kata orang, kalau kau bersedia untuk serahkan segalanya pada seseorang, pastikan kau bersedia untuk pulang tanpa apa-apa kecuali kegagalan. Awalnya memanglah kau tak nak fikir pun pasal gagal, pasal kau kecewa. Aku pun sama, rasa yang kita masih perlukan si dis sedangkan dah nyata dia cuma parasit pada kita. Jawab pada aku, kenapa kalau makanan itu dah kulat walaupun mahal, kau boleh buang tanpa fikir dua kali. Biar aku jawab, sebab kau tak nak diracuni. Konsepnya sama, cuma mampu tak kau masih berfikiran waras dalam keadaan itu? Bukan manusia namanya kalau kali pertama sakit, kau tak rasa apa pun. Tapi kau kena belajar. Sama macam hati, aku pernah kena lebih teruk dari kau. Tapi dalam susah payah, satu benda aku belajar. Hidup dan hati sebenarnya senang sangat konsepnya. Kalau dia menyakitkan, kau buang. Kau nak balas sekali pun, kau ingat

  3. Bukankah indah kita sama2 dapat masok ke syurga? Dengan iman turun naik ni… Dosa tiap saat… Syurga lapisan berapa layaknya kita? Hatta dapatkah mata pinjaman Allah ni melihat pintu syurga?

  4. Aku kimslm kat akk yg confess ni. Jiwa kau kental sis. Aku juga berknln dgn mnusia yg ala2 ustaz tp x dinafikan mmg dia serba boleh..sbb srba ble tu la dia standby backup. Bila aku buat slh trs je katakan tu punca aku tanpa dia sedar dia sbnrnya punca aku jd cmtu. cara dia haluss sgt so mmg xnmpkla
    .tapi xpala, biar jatuh krna mnusia tp bgkitla kerna Allah. Kifarah tu ada ..tu aku yakin. Pd en lufti, xsmua pmpuan tu jahat dan xsmua pmpuan tu ptt di layan sprti alat. Banyakkn doa. Msih ada yg terbaik utk anda cuma bkn skrg kau akn dpt. Doa k. Doa. Jgn sskli remehkan kkuatan doa.

  5. Bagus kau ni berubah ke arah lebih baik. Harap lutfi tu pun sama kelak.

    But ada satu benda kau salah.
    Bukan lelaki mcm en lutfi perosak perempuan. Tetapi org mcm ustaz kasanova tu lah.

    Lutfi tak main perasaan. Dia langgan paid hooker. No feeling just for fun for both sides.

    At least dia tak acah2 pikat hati tp curang.

    Dalam bercinta. Mungkin lelaki mcm en lutfi lah yg bagus. Setia dan berkorban.
    Tp sayang nya. Dia memakan diri sendiri.

  6. WOIIII APE NI SAYA TAK BUAT CMNI.

    saya tak pernah mengaku saya ustaz. orang panggil saya ustaz pun saya kata jangan. saya bukan ustaz. kenapa nak pakai title ustaz kasanova?? saya bukan budak IRK pun.

    memang tak ada lelaki sehebat aku, tapi yang lebih hebat, banyak…
    maka tak perlu kau susah hati
    banyak lelaki yang bisa kau pilih
    untuk kau jadikan sandaran hati

    yang benar,
    Mohamed Lutfi bin Dato’ Mohamed Nasir
    ex-KENMS, IIUM.

    cc: Faruqi Nasseri ko pecah dohhhhhh
    Rusdiey Alias AbdulRahman Kasim Ibnu Arbain Izzat Ishak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *