Persediaan Ekonomi Musim Wabak

Assalamualaikum wbt. Apa yang saya lihat sepanjang musim wabak ini, manusia yang sepatutnya bersatu kuat ketika ini saling caci maki antara satu sama lain.

Orang itu salah dan b0doh, kenapa entah nak buat panic buying. Orang sebelah sana pulak kata, “eh kaulah b0doh, aku ada banyak tanggunganlah kat rumah. Kau ingat senang nak bagi makan budak-budak ramai kat rumah tu? Toksah duk perlekeh orang”.

Samalah situasinya isu himpunan tabligh, himpunan hindu, perkumpulan manusia di balai polis, budak IPT kat TBS, semua pun nak b0doh-memb0dohkan orang lain.

Cukup.

Memang ada dari mereka yang salah. Tapi bukanlah salah mereka tu jadi tiket untuk kita mencaci. Betul, kita memang kena panik, tapi panik yang dimaksudkan tu cuma kekal diam di rumah (dan media sosial).

Kalau kau matilah sebab virus ni, tulisan terakhir kau kat FB banyaknya memb0dohkan orang lain, kau rasa kau akan mati baik ke macam tu?

Serius cakap. Cukup.

Musim wabak ini akan berakhir. Cepat atau lambat, survive atau tak, semua persoalan itu akan dijawab Tuhan nanti. Kita ikut je aturan yang telah diaturkan.

Apa yang aku nak cakap kat sini, bagi manusia yang masih menginginkan ‘survive’ setelah tamatnya musim wabak ini, kita juga mesti berganding bahu memastikan ekonomi kita tidak terlalu teruk terjejas.

Kita kena sentiasa ingat, kita kena selamatkan ekonomi kita untuk kesenangan kita dan generasi seterusnya. Oleh itu, berdasarkan pemikiran saya, antara benda yang kita boleh lakukan adalah (ini tips untuk mereka yang masih diberi gaji):

1) Tanya keluarga dan sahabat kita adakah mereka memerlukan wang. Terutamanya orang yang tidak bergaji dan mempunyai tangungan. Hadiahkan mereka wang jika perlu.

Sebagaimana kita marah orang menyimpan makanan lebih pada waktu ini, konsekuensi yang kurang lebih boleh berlaku jika kita banyak menyimpan wang (menurut Keynes).

2) Teruskan pembelian dengan syarikat-syarikat kecil, tak kisahlah nak beli buku ke, baju raya ke, blaus ke.. ikutlah. Yang penting jangan kita benarkan syarikat-syarikat ini terkubur.

Berilah toleransi dengan memberi ruang pada mereka supaya mereka menangguhkan postage sehingga tamat kawalan pergerakan ini.

3) Kepada syarikat-syarikat kecil, galakkan pemasaran. Ketika ini anda tak perlu fikir banyak pasal pembungkusan barang untuk postage, inilah masanya anda boleh fokus pada pemasaran. Get ur audience first then after all this war ended, ACT!

4) Yang mampu untuk membayar hutang bank, bayarlah. Jangan disimpan wang tu taknak bayar memandangkan bank bagi alternatif untuk tangguhkan bayaran.

Kalau institusi bank jatuh, entah-entah nak dapat wang tunai kat ATM pun dah tak boleh sebab bank kekurangan duit (ni namanya dalam ekonomi Bank Panic)

Pokoknya, bisnes cuba cari alternatif untuk kekalkan penjualan, pembeli perlu memberi toleransi pada syarikat itu, penerima gaji pula tak perlu menyimpan wang dengan banyak.

Kita kena pastikan kita boleh meningkatkan ‘velocity of money” / pergerakan wang, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi kita.

Satu lagi, saya rasa lebih baik orang yang dah ambil stok makanan banyak-banyak tu untuk serahkan pada yang perlu. Makan dengan kadar sedikit.

Walaupun PM kata dia janji dia akan pastikan makanan cukup, kita kena ingat, indeks keselamatan makanan Malaysia dari dulu berada pada paras rendah. Jadi janganlah banyak stok makanan kat rumah, kita pun nak melantak tanpa fikir akibatnya pada orang lain.

Kita perlukan masyarakat yang bersatu, bukan masyarakat yang berpecah.

– Cik bh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *