Aku Cuma Nak Rasa “Belonged” II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-cuma-nak-rasa-belonged/).

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi baca story (Aku Cuma Nak Rasa “Belong”) and ramai juga doakan yang baik2. Ada juga yang bertanya tentang ayah dan adik2 aku kan. Aku continue disini.

Aku start dengan cerita ayah aku lah ye. Hmmm ayah aku seorang polis di ibu negara. Aku & adik beradik memang tak pernah jumpa ayah sampai lah umur aku 20 tahun dan adikku 17 tahun.

Yup kami memang tak pernah nampak dia sepanjang kami hidup. Tak tahu kenapa. Keluarga sebelah arwah ibu yang jaga kami ni suka cerita ayah tuh tak baik lah. Mak tiri jahatlah. Kami pun dengar je la.

Sampai kami semua dah besar gajah orang kata dah boleh kahwin lah haa, adik perempuan aku asyik bertanya tanya kat aku. Asyik mendesak aku nak tahu pasal ayah. Sebenarnya aku pun ada je terpikir. Tapi tak tahu nak pegi cari kat mana dengan family kita yang tak suka ayah lagi.

Last last, kami dapat satu idea untuk contact kat messenger page fb PDRM. Kami beri no badan polis ayah. Terus dapat detect. Esoknya ayah call hp aku. Wahhhhhhhh bukan main girang ye hati anak ni tak pernah panggil sesape ayah sepanjang hidup dia. Tetiba insan bergelar ayah kandung ni call. Aku ingat lagi perasaan aku masa tu.

Namun, respons yang aku dapat bukanlah seperti yang aku jangkakan. Ayah seolah olah rasa terganggu bila aku contact PDRM untuk dapatkan contact dan lokasi ayah. Siap tanya aku ada apa aku call dia. Fuhhhhhhhhhhhhh masa tu berderau darah aku terkejut. Sedih pun ada. Tapi aku tetap santuni ayah aku.

Aku cuma cakap nak tahu tentang ayah sebab adik2 asyik tanya dan aku tak tahu nak jawab apa. Aku cakap aku tak nak kacau hidup ayah pun, cuma nak tanya khabar. Aku takde terpikir pun nak minta duit ke apa ke. Takde. Hati anak ni cuma nak tahu tentang ayah yang selama ni dimomokkan tu sahaja.

Lepas end call tu, tetiba mak tiri aku pulak call. Call dalam nada marah marah. Macam nak tengking aku. Aku kan macam rasa sangat tak welcoming. Aku tak expect pulak macam tu kan.

Yela budak remaja yang ketagih nak kupas tentang kisah hidup asal usul dia. Macam tu la aku masa tu dengan adik aku. Lepas cakap2, mak tiri aku macam okay je. Pastu tetiba mak tiri aku ni nak datang rumah lawat kitorang. Aduihh ni lagi satu masalah.

Aku tak expect benda ni jadi besar macam ni. Kami cuma nak bertanya khabar tetiba mak tiri aku ni amik actions yang sangat drastic. Aku bukan tak suka. Aku excited sangat dapat jalinkan silaturrahim balik dengan ayah kandung yang dah terpisah 17tahun.

Tapi keadaan keluarga yang jaga kami ni which is keluarga arwah ibu ni tak suka ayah. Especially atuk aku. The head of family ni. Susah la kami. Mesti kami kena marah punye. Kena herdik. Kena perli. Haish.

Hasil perbincangan dengan mak tiri akhirnya setuju untuk tak teruskan niat dia. Biar aku yang pergi sana. Aku selalu je turun KL. Sebab sahabat2 aku majoriti daripada Klang Valley area. Aku dah biasa dah. Even lokasi rumah ayah tu pun aku tahu kat mana. Aku pun turun naik bas sampai TBS, lalu ayah pun amik aku kat TBS.

Kau bayangkan first time aku jumpa ayah aku kat TBS tu. First time dalam hidup aku, aku dapat salam cium tangan dia. Aku nak menangis masa tu. Tapi aku tahan je. Aku senyum tengok ayah. Tapi pandangan mata ayah pada aku macam aku satu masalah je.

Aku berdiam diri. Aku masuk kete dan ada adik beradik tiri aku 4 orang. Comel2 semuanya. Aku gembira. Aku rasa seperti kembali ke tempat asal aku yang sepatutnya aku berada. Rasa “belonged” tu kuat sangat masa tu. Tak pernah aku rasa seumur hidup aku.

Sampai rumah ayah, mak tiri aku sambut. Dia gempal2 badannya putih gebu. Dia jamu aku makan. Dia ramah dan baik. Ayah pun mula bercerita kisah ibu meninggal semua dulu.

Ayah cerita tentang kenapa dia tak datang jenguk aku. Macam mana relationship dia dengan atuk. Apa keluarga yang jaga aku ni buat kat ayah masa ayah dulu datang nak amik kami. Kalau aku nak kupas tentang tu aku rasa kena continue di episod akan datang. Sebab agak panjang & complicated.

Setelah berjumpa & stay kat rumah tu 3 hari, aku happy la. Wahhhhh seolah olah aku dapat family baru tau. Macam aku cakap dalam cerita yang lepas, aku memang takde mak ayah tapi kehidupan aku lengkap je yang lain2.

Means aku bukanlah orang susah yang terlalu susah. Aku golongan sederhana sahaja. Jadi aku boleh buat comparison antara rumah makcik aku dan rumah ayah masa tu.

Di rumah mak cik aku ada bilik sendiri, rumah ayah kecil je. Yela berek polis kan. Sempit. Sidai baju pun kat koridor je. Sedangkan rumah mak cik aku besar gadang dengan laman yang luas. Yela rumah kampung.

Tetiba aku rasa syukur mak cik jaga aku. Lepas tu, mak tiri aku ni jenis tak pentingkan akademik walaupun duduk di KL, aku rasa sgt moden dah. Tapi tak sangka ada golongan yang tak pentingkan pendidikan ni.

Sedangkan aku duduk kampung, macam nak m4ti keluarga aku suruh aku belajar. Tuisyen mana je aku tak pernah pegi. Buku rujukan apa aku tak pernah ada. Semua ada. Sekolah agama tu sampai hantar Darjah Khas tau and alhamdulillah aku skor terbaik.

Hmm kat situ aku dah nampak, kenapa atuk aku buat keputusan amik kami untuk jaga. Masa tu baru aku rasa betapa aku kena bersyukur apa Allah dah tulis. Allah hikmah nya ni aku boleh nampak 17tahun kemudian weh.

Adik tiri aku agak kesian, baru darjah 4 dah disuruhnya benti sekolah agama. Katanya sebab dah pandai. Adessss. Aku tepuk dahi. Orang belajar sampai mesir nak pandai ilmu agama sebab rasa masih jahil. Ni darjah 4 dah kena benti belajar sekolah agama. Nampak tak pemikiran mak tiri aku ni cemana.

Pastu adik tiri aku ni aktif sport, memang banyak perkara dia qualified masuk sekolah sukan bukit jalil tu. Aku bagi encouragement kat dia, tapi malangnya ibu tiri aku tak suka. Dia kata nnt kalau masuk sekolah asrama, takde sape tolong dia kat rumah. Hmmm terjelepuk lagi aku.

Rasa syukur tu sangat sangat tinggi aku rasakan. Sebab walaupun mak cik aku tak pernah treat aku macam anak dia, tapi mak cik aku tak pernah bebankan aku dengan buat keje rumah macam orang gaji bila aku nak study. Mak cik aku tak pernah halang aku nak belajar kemana. Tak pernah. Malah suruh aku terbang tinggi2.

Mungkin juga sebab mak cik aku tak kisah aku nak kemana. Sebab aku bukan anak dia. Macam anak mak cik aku tu, memang kena jerat kat rumah dia aje. Yela dia dah keluar macam2 untuk anak dia, anak dia kenalah jerat kat rumah. Aku rasa la. Ntah lah.

Aku pernah duduk beberapa bulan kat rumah ayah & mak tiri. Mak tiri offer. Sementara dapat tawaran degree. Macam2 lah jadi. Mak tiri tak suka aku sangat sebab aku ni tak macam anak dia. Yela aku dah besar gajah kau nak buat aku macam anak2 kau yang sekolah rendah tu. Aduih.

Tapi aku banyak layankan jela. Santuni lah dia kan. Sebab dia sambut aku dengan baik. Dia dan ayah tak pernah solat. Aku tak pernah nampak. Dia bossy. Dia suka amalkan amik air tangkal la apa la bila sakit. Bukan pegi klinik. Pastu anak beranak dia kan tetiap minggu mesti nak berkumpul sama sama.

Aku plak rimas macam takde privacy. Yela weekdays dah keje. Weekend jela ada untuk rehat. Tapi kena serve tetamu tetiap minggu. Kalau duk bilik nanti kata sombong. Aku layan jela.

Perasan tak cerita aku ni memang cerita mak tiri je. Mana ayah aku? Haaa ni la hikmahnya. Ayah aku memang takde kat rumah. Keje shift kan. Bila ada cuti je la kat rumah. So semua keputusan urusan anak2 memang mak tiri aku yang buat.

Now aku faham kenapa ayah tak boleh bersuara dan bertindak untuk jenguk aku. Seolah olah tengkuk ayah aku ni dia pegang. Patutlah atuk aku tak percaya dulu. Now aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.

At last, ada jadi gaduh tau. Mak tiri aku ni terasa dengan aku sebab dah 2 kali raya aku tak boleh nak spend raya pertama kat rumah ayah. Hmm macam mne ek nak cakap. Aku ni kambing hitam. Aku nak jaga hati keluarga mak cik aku yang dah jaga aku selama ni at the same time aku nak jaga hati keluarga ayah juga. Haish. Tersepit dan serabut.

Pastu sepanjang aku bertemu dengan keluarga ayah ni kan bukannya smooth pun. Dengan atuk aku nak terasa aku macam lupa daratan. Yela macam aku cakap dlu. Dia kan orang tua yang tak keluar drp kepompong dia. Dia tak leh pikir macam orang lain. Dia jenis orang tua yang rasa dia sentiasa betul. Pernah tak ada jumpa orang tua macam ni? Mesti banyak kan. Haa atuk aku lah tu salah satunya.

Dengan mak cik aku ni nak terasa macam hilang aku. Masa aku dalam rumah tu takde pulak nak rasa gitu. Aku tak balik pun tak pernah kisah. Bila ayah aku muncul ni baru lah aku nampak mak cik aku tu terasa juga kehilangan aku. Macam aku citer mak cik aku tak jahat. Cuma dia tak boleh nak treat aku macam anak dia je. Yela kasih sayang mak dengan mak sedara mana sama.

Aku terima je mak cik aku seadanya. Dia banyak didik aku jadi orang. Fuhhh mencabar situasi aku. Dengan adik2 aku kena perli hamun dengan mak sedara yang jaga mereka. Semua macam tak suka ayah. Terasa ayah tu tak kenang budi, nak amik ktorang lepas besar gajah.

Masa kitaorang pakai pampers dlu tak nak tengok. Ayah pernah nak amik dlu, atuk yang tak bagi. So korang nampak tak betapa complicatednya isu aku dan adik beradik ni. Yang mangsanya sape?????? Ni kami 3 orang. Ibarat gajah bergaduh pelanduk m4ti ditengah.

So, since that aku pun jarang2 jumpa ayah dah. Aku dapat masuk degree. Ayah offer bayar duit yuran. Mungkin rasa bersalah kut sebab selama ni tak pernah bagi nafkah. Aku pun tak minta. Sebab ada duit aku dah kumpul masa keje part time. Ayah insist. Bila mak tiri aku tahu, terus tanya ada apa apa ke nak pakai duit ayah lagi?

Aku cakap tinggal yuran kolej aje. Muka dia lega. Aku syak dia tak suka ayah keluar duit untuk aku. Aku kesian kat ayah. Selalu gaduh dengan ibu sebab aku. Mungkin itu sebab ayah tak nak cari kami. Serabut kepala dia. Dia pun tersepit. Dia takde ciri2 ketua keluarga tu agaknya.

Okay la dah panjang sangat ni, aku cerita part last scene la ye. Masa aku masuk degree atuk aku merajuk dah katanya aku dah jumpa ayah kan suruh la ayah aku bagi duit belanja monthly. Ayah agree mula2. Lepas tuh ayah asyik gaduh dengan ibu sebab ayah bagi duit kat aku.

Katanya ibu tiri aku cakap, “Kenapa nak bagi duit kat aku bukannya aku nnt duduk dengan dia. Tak bawa hasil pun. Nanti aku dah keje bukan bagi duit kat ayah. Aku bagi kat mak cik aku jugak”. Aku kan kadang2 terkejut dengan ibu tiri aku ni. Statement kan macam orang takde belajar agama. Takde belajar ilmu kekeluargaan. Senang kata dia ni memang takde pendidikan la.

Arwah ibu aku dulu engineer, dia hanya orang kampung yang ayah aku peristerikan. Nampak la beza pendidikan tu. Aku tak terkejut la anak dia disuruh benti sekolah agama. Hmmm. Kesian plak kat diri sendiri and adik2 tiri aku tu termasuk lah ayah aku.

Part aku memang sedih and aku agak stress masa tu. Sekali lagi aku rasa takde sape nak buat aku “belonged”. Takde sape nakkan aku sebagai anak dorang weh. Kena campak sana sini. Takde orang nak aku. Kadang2 aku pelik. Apa kurangnya aku? Nak dibandingkan aku dengan anak2 mereka. Aku lebih segala galanya.

Aku pandai, ada personality bagus, agama pun ada, rupa paras pun ada, rezeki aku tak pernah putus nak sambung belajar mahupun dapat keje. Kalau ada lah orang tua yang nak own aku sebagai anak, sanggup spend untuk aku. Demi Allah aku akan jaga dia sampai aku m4ti. Aku akan berbudi. Aku balas budi dia.

Tapi takde sape nak commit 100% kat aku. Takde sape nak belonged aku. Hahaha. Aku kuburkan jela rasa belonged tu. Aku gelakkan diri sendiri.

Dah dah la nak menagih kasih mak ayah. Kau dah besar. Move on. Cari kehidupan sendiri. Nanti ada keluarga kau bimbing & appreciate anak kau. Jadi ibu yang memahami anaknya. Ni la pengalaman yang kau ada untuk membentuk jati diri kau. Aku cakap dengan diri aku macam tu. Redha.

Berakhirlah cerita jumpa2 ayah. Aku bagitahu kat keluarga mak cik aku. Mereka pula sedih. Aku bagitahu terus terang.

Aku dan adik2 bukan nak duduk dengan ayah. Nak amik duit ayah. Kami cuma nak kenal asal usul kami. Kami dah besar dah boleh pikir. Biarkan kami explore dan menilai. Jangan tipu kami. Jangan halang kami. Jangan kecilkan potensi kami. Tapi membimbing dan berkata benar.

Memang betul apa atuk cakap pasal ayah. Tapi jangan jadikan itu sebagai modal menghalang hubungan anak dan ayah. Dia tetap ayah kandung. Nak kahwin kena cari ayah juga. Bukankah mudah jika kita ada persefahaman dan silaturrahim untuk tujuan akan datang?

Kalau diikutkan ego dan marah. Macam ni lah jadinya. Dedua belah pihak keras kepala. Dedua belah pihak ego. Dedua belah pihak selalu rasa diri betul. Bukan ke tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah?

Itu kan yang orang tua ajar. Tapi atuk dan ayah tak buat pun. Hmmm. Kadang aku rasa kami yang budak ni lagi matang. Entahlah. Kami ni budak. Sape nak dengar apa budak cakap kan. Walaupun umur dah nak masuk 30-an pun dikatanya budak lagi. Susah.

Apa apa pun aku bersyukur aku dah temui hikmah. Aku dah clear tentang asal usul aku. Aku jelas jalan cerita hidup aku. Sungguh apa yang Allah bagi ni memang terbaik untuk aku. Aku dah keje. Aku fokus untuk berjaya dalam hidup pula. Untuk next episode, aku akan cerita tentang adik beradik aku pulak.

Thank you sudi baca. Aku okay je gaiss. Dah tua dah. Hahahaha. Doakan yang baik2 ye untuk aku.

Assalamualaikum.

– Aliya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit