The Clock Is Ticking

Assalamualaikum and hi semua. Thanks admin andai confession ini disiarkan. Aku just nak share thoughts aku since lately aku alami insomnia due to this Covid-19 season. Macam² persoalan melayang-layang dalam kepala aku.

Dengan overwhelmed info dari media massa, media sosial, dan semua media yang ada atas muka bumi ini, baik dari dalam dan luar negara. Dengan kes yang semakin meningkat dari hari ke hari. Dan aku sekadar insan kerdil yang cuba untuk memahami dan redha dengan ujian ini.

Aku tak pasti ini ujian atau rahmat dari Allah buat kita semua penduduk bumi. Tapi perlunya kita bersangka baik dengan Sang Maha Pencipta, kan?

Yang pasti current situation berjaya membuat semua orang hidup dalam ketidaktentuan (uncertainty) which is takde sorang pun dalam muka bumi ni yang selesa untuk hidup macam ni. Sudahlah zaman millenium dan kemodenan ni kita disajikan dengan gaya hidup moden dan materialistik.

Dunia akhir zaman menuntut kita hidup berlumba-lumba mengejar kemewahan dan keduniaan. Dengan isu pengangguran, peningkatan kadar manusia depresi, politik dan kerajaan yang tidak stabil, ekonomi yang semakin lembab, ditambah pula dengan ujian wabak ini, sangatlah susah aku rasa untuk survive zaman ini.

Sifat individualistik yang semakin menebal dalam kalangan masyarakat zaman ini terutamanya generasi millenial ini mengatasi nilai-nilai hidup semangat kekitaan yang diajar oleh nenek moyang kita zaman dahulu.

Dulu kita diajar dengan nilai tolong menolong, berkasih sayang, perpaduan dan muafakat. Tengok orang susah dahulukan orang susah dahulu.

Tapi melihat situasi panik hari ini yang hanya bermula dengan sejenis makhluk kecil bernama Covid-19, habis semua nilai diri manusia hilang. Semua duk kalut macam orang hilang kewarasan.

Bermula dengan panik Covid-19, panik buying, panik kawalan pergerakan. Semua kita nak panik. Lupakah kita punya Sang Pencipta untuk tempat kita bergantung harap. Hati kecil aku berkata ‘Oh takut mati juga ya semuanya.’

Maka sedarlah kita semua yang sudah lama hidup selesa, leka dan alpa dengan nikmat dunia. Mungkin rahmat di sebalik ujian ini, maka sudah tiba masanya kita kembali kepada mengejar bekalan akhirat. Dekatkanlah diri dengan yang Maha Pencipta. Kuatkan emosi, rohani, mental dan fizikal kita.

Mungkin dah tiba masa kita buang sifat individualistik kita dan kembalikan semula semangat hidup kekitaan kita. Hidupkan kembali semangat kemasyarakatan kita. Bantu-membantu, tolong-menolong ,berkasih sayang, hormat-menghormati sesama kita.

Ayuhlah Malaysia.

Bermula dengan small step. Kuatkan kembali ikatan persaudaraan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Hormat -menghormati sesama kaum dan agama. Hidupkan semula suasana hidup harmoni yang telah dibina nenek moyang kita dahulu.

Tingkatkan kembali nilai empati dalam diri kita. Jika ingin membuat sebarang keputusan, mohon pertimbangkan secara rasional berbanding mengikut emosional. Fikirkan impaknya secara holistik bukan hanya keuntungan individualistik semata.

Bagi umat Islam kuatkan kembali pegangan, Tauhid dan kepercayaan kita pada Allah tuhan yang satu. Maafkan semua yang pernah bermusuh dan menyakitkan hati kita. Kurangkan merungut dan play blaming-game in this situation.

Buatlah kebaikan walau sebesar zarah dengan sesiapa tak kira di mana pada bila-bila masa. Mungkin asbab kebaikan itu yang mendorong jalan kita ke syurga.

Sedarlah semua.

Because the clock is ticking. Esok lusa mungkin kau. Mungkin aku. Kita semua akan dijemput Tuhan. Sedarlah semua. Dan berdoalah pada Allah semoga selamat Malaysia kita. Semoga ada sinar untuk hari esok.

Buat frontliner,

Jutaan terima kasih kerana berjuang menentang virus ini dengan menjadi perisai masyarakat di barisan paling hadapan. Terima kasih kerana cekal, sabar dan tabah melayan kerenah para pesakit sejak hari pertama virus ini menghantui kehidupan kita semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

P/s: Maaf andai penulisanku bercelaru.

Sekadar meluahkan kecelaruan mindaku juga.

Ikhlas dari aku,

Insan kerdil yang lemah.

– Insan Kerdil yang Lemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *