Assalamualaikum. Saya ingin menceritakan tentang seorang lelaki yang saya kenali. Dia lelaki biasa, berperwatakan islamik, hensem ala2 hero cerita islamik. Pendek kata dia sangat sempurna di mata saya.
Waktu bertemu dengannya, saya baru saja putus tunang. Kerana saya bertunang atas pilihan keluarga dan sikit pun saya tak punya perasaan padanya.
Maka selepas pertunangan itu diputuskan dengan kehendak saya, saya berasa lega. Terasa seolah2 bebas dari satu perasan yang terbeban. Saya tak pernah cinta pada bekas tunang saya.
Namun pertemuan dengan lelaki islamik ni benar2 buatkan saya jatuh cinta. Dari segi penulisannya beliau sangat matang. Kami bertemu di facebook. Jadi tidak pernah bersua muka. Sekadar menatap gambar.
Pertemuan pertama kami, apabila dia membeli barang jualan saya (saya peniaga online). Dia telah datang pick up di rumah, dan pertama kali berdepan dengan dia, jantung saya berdenyut laju.
Saya tahu saya benar2 sukakannya. Cara dia bercakap sungguh beradap dan saya sendiri nampak tangannya seakan terketar2 apabila mahu membayar kepada saya. Saya tersenyum dalam hati.
Setelah saling bertukar mesej di fb, ternyata dia juga sedang mencari calon isteri. Pertama kali lihat gambarnya di fb saya terus jatuh cinta. ini ciri2 lelaki yang saya cari selama ini.
Tidak disangka dia juga mempunyai perasaan pada saya. Dan hubungan kami hanya setakat di facebook saja, bertukar2 cerita, pendapat. Cuma dia tidak pernah meluahkan perasaan pada saya.
Namun satu ketika dia telah bertanya status saya dan berkata mahu mengenali saya dengan lebih dalam. Saya sungguh terkejut namun berasa sangat bahagia. Cinta saya rupanya tidak bertepuk sebelah tangan.
Saya tidak memberi jawapan kerana mahu berhati2 dalam membuat keputusan namun dia meminta saya bertemu dengan ibu bapanya. Dengan alasan membeli barang jualan saya dan meminta saya cod di rumahnya. Saya bersetuju memandangkan saya memang penjual online.
Saya telah pergi ke rumahnya menghantar barang yang dipesannya dan rupa2nya itu taktiknya supaya ibu bapanya dapat mengenali saya terlebih dahulu. Sedangkan waktu itu dia tiada dirumah kerana bekerja. Dia cuma mahu memperkenalkan saya kepada orang tuanya.
Dengan caranya itu saya tahu dia anak yang tdak membelakangkan orang tua dan setelah pertemuan itu, dia memberitahu ibu bapanya sangat berkenan dengan saya.
Maka setelah itu, dia pula membuat kunjungan balas, kali ini dia bertemu dengan ayah saya, dengan saya juga tiada di rumah (bekerja). Dia pergi tanpa pengetahuan saya, saya cuma tahu apabila ayah menelefon saya dan memberitahu dia sedang berada di rumah saya.
Saya mulanya tak percaya, sebab rasanya masih terlalu awal hubungan kami, waktu itu baru dalam 5 atau 6 bulan mengenalinya, tetapi tindakannya sangat pantas. Dia datang dengan tujuan mahu menjadikan saya isterinya.
Hanya Tuhan yang tahu betapa terharunya saya kerana dia sangat berani bertindak dan serius dalam perhubungan ini.
Ayah saya juga merestui hubungan kami walaupun dia waktu itu baru mula bekerja kerana baru habis belajar. Saya tidak tahu apa yang meyakinkan ayah saya untuk menerimanya, tapi kata ayah dia seorang yang matang dan pandai bergaul dengan orang tua. Rezeki akan datang kemudian.
Fast forward, kami mula merancang urusan pertunangan dan pernikahan. Segalanya kelihatan begitu mudah untuk kami.
Segala urusan hanya melalui fb, dan saya cuba menjaga perhubugan kami supaya tidak terlalu lalai dan sentiasa dalam redha Allah. Kerana saya yakin jika kita melakukan perkara yang tidak disukai Allah, maka hilanglah keberkatan sesuatu hubungan itu.
Sepanjang tempoh berkenalan dan kemudian bertunang, kami jarang bercakap telefon. Jika ada hanya untuk perkara penting saja.
Banyaknya urusan kami melalui mesej fb. Dia juga sama dengan cara saya, tidak mahu terlalu lalai. Dia sangat baik dan menghormati pendirian saya. Berjumpa jauh sekali dan dia pun tidak pernah ajak saya berjumpa. Kami bersetuju untuk bercinta selepas kahwin.
Pernah beberapa kali berjumpa untuk urusan perkahwinan tapi dengan ditemani kakak atau adik saya. Saya sangat strict tentang ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan).
Saya senang dengannya kerana walaupun kami tengah dibuai cinta, tapi dia menghormati pendirian saya dan tak pernah memanggil sayang, kerana saya sungguh tak gemar jika bersayang2 sebelum nikah. Pada saya itu salah kerana kami belum pun halal lg.
Seterusnya, alhamdulillah, kami pun bernikah. Sayalah manusia paling bahagia waktu itu. Belum lagi saya bayangkan bagaimana kehidupan setelah kahwin.
Maka setahun dua tahun berlalu. Dia mula berubah. Dia mula sibuk. Tapi anehnya dia sibuk dengan aktiviti agama, seperti ke masjid, ke kelas agama, selain sibuk bekerja.
Oh ya dia bekerja di bidang profesional dan menjadi sangat sibuk. Waktu itu kami mula punya anak. Dan saya mula tertekan dengan kesibukannya.
Dia lebih mengutamakan urusannya dari saya dan anak. Walaubagaimanapun dia tetap memberi saya nafkah dan belanja rumah. Dia banyak pergi ke masjid dari menolong saya di rumah.
Inilah bermulanya konflik antara kami. Rupanya setiap perkahwinan itu akan diuji. Rumahtagga kami kerap bergoyang namun satu yang saya kagum padanya, apa jua masalah yang melanda, dia akan kembali kepada Tuhan. Inilah lelaki yang saya kenali, walaupun ada kekhilafan dia kembali mencari Tuhan.
Ya. Dia bukan ustaz. Tapi setiap malam dia wajib ke masjid. Jika tak pergi itu suatu perkara salah padanya. Satu hari tak pernah berlalu tanpa dia membaca al-quran. Dan setiap hari dia menyuruh saya membacanya juga. Dalam diam saya mengagumi dirinya.
Sedarlah saya, tiada manusia sempurna. Inilah suami saya. Yang buruknya itu mungkin ujian buat saya. Waktu diuji saya pernah sangat kecewa namun inilah ujian rumahtangga. Bukan semuanya akan terjadi seperti yang kita bayangkan.
Kini sudah hampir 8 tahun rumahtangg kami, dengan 3 orang anak. Sudah melebihi fasa 5 tahun pertama yang sangat2 mencabar. Bercinta selepas kahwin sangat mencabar kerana kami baru mula mahu mengenali antara satu sama lain. Dan banyak keburukan mula terserlah.
Setelah 8 tahun berlalu. Setelah ada fasa membenci dan mahu berpisah dan lain2 drama, kini saya lebih matang. Terima kasih Tuhan kerana masih menjaga rumahtangga kami.
Kerana baru sekarang saya mula memahami dirinya yang sebenar. Tahu apa yang disukainya, apa yang tidak disukainya. Jika 5 tahun pertama penuh dengan tsunami kini kami mula bertenang.
Dan jujur saya seperti jatuh cinta kembali. Setelah kesukaran ada kesenangan. Saya bersyukur diberi kesabaran dan dia juga diberi kesabaran dengan saya. Jika tidak mungkin kami tidak dapat merasa kebahagiaan ini sekarang dan mungkin juga berpisah seperti pasangan muda lain. Nauzubillah.
Semoga Allah pelihara kami selalu. Pentignya sebuah kesabaran dalam rumahtangga.
Inilah kisah cinta islamik saya. Yang indah dan yang duka. Sebab kami ini manusia biasa, tiada manusia sempurna jadi belajarlah menerima kekurangan. Setelah berlapang dada, insya Allah Allah menunjukkan jalan keluar dari setiap masalah.
Waktu diuji, kami pernah rasa kosong. Rasa tidak mahu lagi teruskan. Namun suami sangat teguh pada agama. Dia kembali kepada Tuhan. Meminta petunjuk. Saya rasa ini salah satu sebab rumah tangga kami masih bertahan. Kerana suami sangat baik amalan agamanya.
Kami tidaklah sesenang mana dari segi kewangan, namun sentiasa cukup. Sebelum kahwin, saya sangat menekankan untuk cari lelaki beragama, alhamdulillah inilah jodoh terbaik buat saya. Doakan kami terus bahagia dan kuat dengan segala ujiannya.
Binalah masjid dengan keberkatan dengan niat mencari redha Allah, jangan buat apa yang islam larang dan jagalah keberkatan dalam perkahwinan. Perjalanan kami masih panjang, belum tahu ujian apa yang akan datang selepas ini namun apa jua masalah, kuncinya kembalilah pada Tuhan.
Inilah kepentingan mencari lelaki yang beragama. Tidak semestinya ustaz tetapi mengamalkan agamanya. Jika tidak ditemui, biarlah kita yang menjadi manusia yang beragama itu. Supaya hidup sentiasa dalam redha Allah. Sebab Allah yang menguji maka Allah juga punya jalan penyelesainnya.
– Wardah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit