Charity dan kekayaan

Lately ni ramai la aku dengar nak kaya. Seronoknya kalau ada banyak duit. Seronoknya kalau saving ada 10 ribu. Seronoknya kalau nak beli itu ini semua cash.

Dulu pun aku ada perasaan yang sama. Seronoknya kalau duit berkepuk kepuk. Dulu kecik2 aku tak la senang sangat. Tapi Alhamdulillah Allah berkati mak ayah aku, setiap hari kami makan nasi ada lauk. Even mak aku pernah cerita mak aku masak kari 2 ekor ikan sardin je. Anak lima orang time tu. Tapi aku tak pernah la pulak ingat aku pernah lapar ke apa dulu dulu. Kalau raya ayah aku mampu lagi la belikan anak anak baju raya sorang selai. Tapi nak mewah mewah takdela. Aku pernah makan kfc tu pun masa aku masuk asrama. Kakak abang aku dah kerja time tu. Pizza pun time aku dah masuk universiti baru dapat makan. Tu yang batak sikit tu asyik nak makan pizza je sampai muak.

Sampai satu masa, lepas aku habis belajar last year, aku terfikir, kenapa aku nak kaya sangat? Kaya bukan menjamin syurga pun. Hmmmm. Aku fikir lagi, kalau aku nak kaya sangat pun aku nak buat apa? Sebelum ni doa aku lepas solat,mesti nak mintak jadi kaya. Lepas tu aku fikir, betul ke doa aku ni?

Aku fikir fikir punya fikir, Allah temukan aku dengan jawapan dalam pelbagai bentuk. Ramai lagi peminta sedekah, kat luar. Nak makan pun kena tunggu belas ihsan orang. Aku ni, boleh je makan pakai gaji sendiri. Orang lain ramai lagi takde kerja, sampai terpaksa mencuri nak bagi beli susu anak bagai. Sampai ada aku terbaca orang Islam mintak belas ihsan gereja nak beli susu anak sebab nak mintak zakat banyak halangan.

Jadi aku terfikir, daripada aku nak jadi kaya sangat, baik aki fikir cara nak ubah nasib diaorang tu. Bukan la ubah, mean tolong la. Sebab aku rasa institusi keislaman bahagian zakat kita macam ada masalah. So, pandangan aku, daripada kita duk jadi pemukul tin kosong mengatakan sistem mereka salah, why not kita ambik tindakan untuk membetulkan keadaan ni.

Bagi aku, Malaysia khususnya (fokus aku dalam negara dulu) why not, kita tubuhkan satu badan yg membantu mereka2 ni, tanpa sebarang kena isi borang ke apa ke. Kalau susah sangat nak mintak zakat, why not kita yg salutkan zakat tu lat depa depa ni?

Kalau bukan zakat pun, bantuan. Bagi aku la, kita x perlu kot kumpul duit banyak2 simpan dalam bank, konon untuk masa hadapan tapi seringgit nak bagi kat orang miskin pun kita berkira. Satu benda aku nak bagitau, kiamat dah nak dekat, lepas sangkakala bunyi, duit kau saving kau rumah2 kau kereta ferrari kau tak ada yang nak tolong kau. Kiamat nak dekat. Saving untuk masa hadapan? Nonsense. Masa hadapan kau adalah akhirat. So, x guna kau saving 100ribu ke satu juta pun kengkonon nak hidup senang masa hadapan. X guna, duit tu xkan ikut kau masuk kubur.

Aku sangat2 la marah (maybe orang cakap dengki) berapa ramai jutawan kat malaysia ni vs. berapa ramai gelandangan peminta sedekah kat malaysia ni. Sedih sangat sangat.

Bagi aku, kau kaya jutawan macam mana pun kalau separuh kekayaan kau tu tak di beri pada golongan memerlukan tak guna kau kaya. Rumah kau besar macam istana pun, kalau masih lagi orang tak berumah kat bawah jambatan tu, tak guna pun kekayaan kau tu.

Aku tau cara penyampaian aku ni point2 banyak macam kucar kacir.

Sebenarnya, aku nak mintak pendapat korang, macam mana kita sebagai mahasiswa, siswazah, pemangkin masa depan negara ni nak tolong orang orang susag satu malaysia, buat diaorang terasa diaorang hidup dekat negara sendiri. Membolehkan mereka ni kerja, ada tempat tinggal, anak disekolahkan, boleh makan nasi wgich is makanan ruji malaysia setiap hari, cukup susu lampin anak.

Aku xtau xcara nak tubuhkan badan ngo kat malaysia ni, tapi kalau korang tau, bagi prosedur kat aku, lepas tu bagi idea, jangan idea merapu, cara kita nak bangkit, cara kita nak bantu rakyat kita, kalau boleh sampai x ada rakyat kita yg gelandangan tak ada rakyat kita makan sampah, x ada lagi rakyat kita ikat perut. Lepas tu kita proceed dgn negara luar pulak. Bagi cadangan kat aku. InshaAllah aku baca cadangan korang dlm diam. Kalau aku mampu inshaAllah aku slow2 realisasikan impian kita ni sama sama.

Aku bet tak ramai akan baca luahan aku ni. Sebab ramai manusia nak kumpul saving bawak masuk kubur.

Kepada yg baca thanks a lot. Semoga kita boleh seimbangkan dunia ni. Tiada istilah kaya atau miskin lagi dalam dunia ni.

Sedih kenangkan nasib gelandangan, orang susah semua tapi masih ada lagi orang boleh joli beli kereta mewah pakai baju juta juta.

– Miss Charity Idea

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

9 Comments

  1. Tetap contribute dalam sistem zakat sedia ada. Monthly, keluarkan zakat sendiri dan beri terus kepada yang memerlukan. Dua-dua kita dapat manfaat. Jangan letak angan angan tinggi nk wujudkan NGO semua, dah ramai yang buat.

    Buat dulu dalam daerah sendiri. Buat yang termampu. Sooner or later orang akan nampak effort kita dan sama-sama nak ikut buat kebaikan. Jangan pertikai harta org lain, tapi cari org yg sanggup berkongsi harta mereka :)

  2. orang miskin masuk syurga 500tahun lebih awal dr orang kaya . huhuu .
    tapi bukan lah aku kata kita patut hidup miskin , perlunya kaya dan miskin untuk Allah uji, yg miskin di uji , yg kaya pun di uji . bila kita miskin belum tentu kita bersabar , bila kita kaya belum tentu kita bersyukur .
    pokok pangkal nya Allah ada tk dlm hati ?kalau ada, kaya atau miskin tk jd masalah. Allah yg mencukupkan segala sesuatu .

    Allah tidak memang rupa dan harta kamu, tetapi hati kamu .

    ok lh . tu je kot .sesuai tk komen aku nu ? huhu . dh lama seyy tk mengomen dlm iium . busy lh kata kan~~~

  3. Skrg org kaya makan sardin. Dah mahal.

    Btw, bgs niat saudari ni. Antara lain cara nk bantu mereka, kena jd kaya la kot. Rasanya ramai dah org kaya bantu, tp masih ada yang tak tercover sbb ramai.

    Dan byk juga NGO pergi reach mereka2 ni. Malah, ada beberapa NGO mmg menyediakan khidmat bantuan kewangan. Kalau nak boleh apply. Ada yg takde liputan media pun sbb tu mgkn kita kurang aware. Ada juga yg dpt liputan media mcm bersamamu tu. Dan rasanya ada beberapa
    rancangan lagi.

    Utk apply apa semua tu, more kpd tujuan rekod. Dan supaya takde org yang boleh ambil kesempatan. Kalau tak, nanti duit tu sampai pada org yg ambil kesempatan pula instead of mereka yg lebih memerlukan.

    Tp tak salah sis nak pelbagai kan cara lagi. Saya sokong. All the best!

  4. Ni pendapat saya lah, antara cara nak tolong orang miskin ialah dengan mewujudkan ‘social business’. Tujuan utamanya ialah untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan. Social business ni berbeza dengan business yang lain yang sekadar mengejar kekayaan.

    Dulu saya fikir nak jadi kaya sebab nak tolong buat kerja amal. But then, I thought its nearly impossible in this najibun situation.

    Sekarang ni banyak NGO sudah wujud. Nak mewujudkan badan amal bukan mudah sebab kita memerlukan sumber kewangan secara berterusan. Kalau ada peluang, saudari boleh memanfaatkan waktu menyertai badan amal (NGO charity).

    Kesimpulan, saya fikir kita tak perlu jadi jutawan 2.6 billion untuk membantu orang. Langkah pertama untuk mengurangkan kemiskinan ialah membantu orang miskin disekeliling kita

  5. Lumrah hidup. Tetap ade yg kaya dan si miskin. Sbb tu ujian Allah.. Bile semua kaya tunggu la kiamat menanti bila mana semiskin org mempunyai gudang2 gandum.. Tanggungjawab kita memberi dan terus memberi

  6. Hebat2. Hm. Sya ni xpandai sgt. Tapi nk bagi pendapat jugak. Pendapat saya awak mula kecil2 dulu. Ajak kawan2, pensyarah ke. Mcm mna awak confess ni, awak cuba basuh diorg ni dan bagi kesedaran. Cari dalam 10 org ke, lantik jawatan2 yang perlu, discuss sumbangan masing2 ikut kemampuan, cari target golongan2 yang awak nk sumbang. Y ni kene buat kajian sikit. Monthly set tempat2 yang korg bole pegi, cth kawasan homeless bawah jambatan ke, bg pakaian, food dan cash. Mula kecik2 dulu, try attract attention, gain public awareness. Lama2 insyallah boleh bantu ramai org. Even student pon sbnrnya ada y struggling nk hidup bayar yuran, books dan sara diri. Kene rajin cari mereka2 ni sbb diorg ni kebanyakkan xsuka attention. Itulah dia pndapat saya walaupun xseberapa sgt. Hrp bole bg awak rough idea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *