Untuk awak yang free hair tu, bacalah ini dengat mata dan hati.
Allah suruh guna tudung bukan bermaksud Allah tak sayang awak. Bukannya sengaja nak suruh awak panas-panas, berpeluh-berpeluh dek kerana perlu guna tudung.
Jika anda guna atau tidak, tidak akan menjejaskan kemuliaan Allah pun namun Allah suruh kerana sayang, tiada apa lagi alasan segala suruhan Tuhan Ilahi melainkan sayang
Allah memang mengancam para wanita yang tidak bertudung, yakni free hair namun ingatlah, Allah tidak pernah menutup pintu pengampunan-Nya untuk kita.
Jika anda pernah free hair, free body, free apa apa sekalipun namun jika anda berubah setelah berjahiliah maka ketahuilah… Allah terima taubatmu dan Allah tidak kisah akan segala jahiliahmu di akhir kelak; kerana apa? Allah telah ampunkan.
Janganlah bertangguh dalam bertudung kerana kita tidak tahu bila kita akan mati so please.., abaikan trend manusia yang melekakan kita dari Allah.
Kita nak Syurga kan?
Maka abaikan negativiti manusia dan kembalilah kepada kasih dan cinta Allah azza wa jalla…
Wahai wanita yang free hair, kembalilah dan sahutlah hidayah dari Allah sebelum taubat tidak mampu lagi menjadi ubat.
– AIMAN BANNA
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Tambahan sikit: mungkin sesetengah wanita masih x fhm maksud “Allah sayang kita so Dia suruh kita pakai tudung”. Meh cerita sikit. Dalam majalah2 perempuan wanita sering (bukan selalu) ditentukan nilai mereka melalui kecantikan, paras rupa dan juga keseksian mereka. Ini menyebabkan kebanyakan manusia tengok hanya wanita2 cantik = hebat. Kadang2 juga wanita diobjeksifikasi secara seksual kerana badan mereka yang mencolok mata manusia. Hijab bertujuan untuk menghapuskan mentaliti/sikap masyarakat sebegitu. Sekiranya seseorang bukan sahaja bertudung, malah memakai pakaian longgar dan tabarruj, paras rupa mungkin tidak menjadi perkara utama mereka akan lihat. Malah, mereka akan lebih fokus terhadap sikap kita sebagai perempuan daripada paras rupa dahulu. Hijab bertujuan untuk membuat seseorang itu jatuh cinta dengan kita bukanlah kerana rupa, rambut atau bentuk badan, tetapi personaliti kita.
Hijab juga bertujuan untuk menunjuk betapa modest dan rendah dirinya kita.
Sekieanya kita tidak bertudung dan masih keberatan hati untuk memakai, jangan risau. Cubalah perlahan2. Mula2 pakailah tudung pendek, dan panjangkan sikit demi sedikit. In sha allah, akan terbiasa. Jangan terus berhenti berdoa kepada Allah agar istiqamah dalam bertudung :) Biarlah apa orang nak kata, yang penting Allah tengok usaha2 kita untuk berbuat baik.
Manusia tidak pernah terlepas daripada dosa. Bertudung tapi boleh berdosa. Jadi, hapuskanlah mentaliti “orang baik je boleh pakai tudung saya x baik :(((“. Ingatlah, hanya Rasulullah SAW dan nabi yang lain hanya sempurna. Fitrah manusia: tidak sempurna.