Salam. Aku xpasti samada post ini akan disiarkan mahupun tidak. Namun aku harap hati ini lega selepas mencoretkan segalanya.
Aku dahulu ketika zaman study di uia, memang berniat, nak kahwin awal. Terutamanya jika ayah aku berkahwin lain (mak aku meninggal dunia sebelum aku masuk uia). Sejak masuk uia, aku bukan seperti di zaman sekolah. Aku jarang berhubung dgn lelaki. Jika ada kerja berkumpulan, barulah aku bercakap dgn lelaki. Nak berbual tak tentu hala, agak jarang aku lakukan. Kata org, kalau join kelab atau usrah, akan dapat jumpa bakal suami. Disebabkan masalah kesihatan, aku jarang menyertai aktiviti2 di uia. Maka lagi jaranglah aku berjumpa dgn lelaki. Akhirnya ayah aku berkahwin lain ketika aku di tahun ketiga. Masa tu, rasa down, dan terpikir untuk cari pasangan hidup. Namun, ayah dan akak aku berdegil mahukan aku habiskan pengajian. Maka, aku balut kesedihan ini dgn study.
Zaman pekerjaan aku, aku jumpa lebih ramai perempuan. Lelaki? Kebanyakan lelaki bujang kebanyakannya telah berpunya. Kalau tak berpunya, pasti tak berminat dgn aku ini. Maka, aku sibukkan diri dengan kerja, keluarga.
Kini aku berumur 30an. Masih belim berumah tangga. Ada yg ingin berkahwin dgn aku, tapi dia xpunya pekerjaan tetap. Malahan aku pula terpaksa meminjamkannya duit. Lelaki inikah yg aku ingin kahwini?
Hari demi hari aku lihatkan banyak rakan2 yg mengalami masalah perkahwinan. Ramai yg tergopoh-gapah berkahwin krn lihat rakan2 lain telah berkahwin. Bagi aku, perkahwinan itu seharusnya dijalankan tatkala kau telah bersedia menerima tanggungjwb. Aku telah bersedia, namun mungkin Allah ingin memberikan yg terbaik buat aku. Aku redha.
Tetapi harini, seorang rakan sekerja aku telah mengguriskan hati ini. Geram betul. Dia baru berumur 23 tahun, bertudung labuh. Aku hanya menyatakan yg ayah aku ni, ketika adik aku nyatakan hasrat utk berkahwin tatkala umurnya sebaya dengan rakan sekerja aku ini..ayah aku membantah atas alasan masih muda. Tapi akhirnya adik aku berkahwin juga.
Jawab rakan sekerja itu, “Cakap kat ayah akak, kalau tak bagi adik tu kahwin, nie lah jadinya” sambil menuding jarinya ke arah aku. Aku diamkan diri. Berkali2 diulangnya ayat yg sama. Lalu aku pergi ke toilet, sebab sakit hati sangat. Dan tak mahu bergaduh.
Wahai perempuan2 yang telah berkahwin di awal 20an. Janganlah dihina atau diperli kami ini. Bukan beerti aku ni memilih hingga kini tak berjodoh. Namun inilah dugaan aku. Nak bergurau, biarlah kena pada tempatnya. Mulut tu jagalah sikit. Kalau aku tak maafkan, di akhirat nanti carilah.. tapi aku maafkan. Org muda mulut macam minah ni, mmg ramai yg tergila2 kan utk dijadikan isteri.
Ok. Bye.
– Cik 30an
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Its better late than end up with a wrong person. But then how do u know that person can be consider as a wrong person? Tepuk dada tanya iman. Perkawinan ini satu perjudian yang kita tidak tahu bagaimana kisahnya. Take your time. Serahkan diri 100% kepada Allah. Biar Allah tunjukkan jalan. Ignore gurauan atau sindiran orang kat luar. Be strong ok sis
Saya takmo main judi. T.T :P
Alasan datang dengan pelbgai hiasan..ckp je x laku lg
Apa yg saya cakapkan ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku. Kalau tak setuju, saya pohon supaya awak jangan bersifat judgmental sangat. You are not in this confessor shoes, so stop judging and assume negative. Dan lagi satu, jodoh ini urusan Allah. DIA yang menentukan cepat atau lambat. So now adakah secara tersiratnya awak menafikan serta menyalahkan ketentuan Allah berkaitan cepat atau lambatnya jodoh ni? Hm..
suka hati betul cakap orang tak laku, jodoh maut ajal semua dalam genggaman Allah. Kita manusia berusaha dan jua merancang namun Allah sebaik-baik perancang. Apa yg kita lalui dalam hidup kita semuanya proses utk mengenal erti kehidupan dan mencari natijah/hasil dari pencarian menuju kepada kehidupan yg kekal abadi nanti. Allah tak nilai manusia berdasarkan laku ke tak laku, hot ke tak hot kita ni atas dunia. Cukup kita jadi hambaNya yg beriman, beramal dgn kebaikan, berpesan kpd kebenaran dan…. jaga mulut especially
kalau tak laku pada pandangan manusia, biarlah laku pada pandangan Allah SWT
Apa masalahnya klu memilih pon…ko hidup untuk diri sendiri bukan untuk approval orang lain
Amboi. Mulut dia.. Cili nanti baru tau.. Terus kena pakai niqab sebab mulut bengkak
Nasib baik kite bukan jenis yg suka doakan orang cepat cerai. Koh koh koh koh.
Amboiii org kawen lambat ja pon..bukan dok p tumpang mkn nasik umah dia
kan..kan
Haha. Win
Hahahahaha kalau I I maki balik minah tudung labuh tersebut
Haha berani uuu Marissa Sophea
Hahahaha yela I pantang gile org yg keje jaga tepi kain org
Abaikan je mulut pedas mcm tu. Jgn igt dia kawen muda akn kekal sampai abis hayat. Kita xtahu pengakhiran kita mcm mn. Lain manusia lain dugaannya. Mudah2an confessor ni dipertemukan jodoh baik dan kekal hingga ke jannah. In shaa Allah. Aamiin.
Xkacau hidup org pon. Adehh
abaikan je sis org yg mcm tu..biarkan dia.. kalau dah ada jodoh x kemana sis.. serahkan pd Allah 100%..inshaallah jodoh akn dtng tepat pd masanya…sy pun sejak dh hbs bljar slalu gak kne mcm ni.tp ignore je.. yang ptng hidup kne enjoy..
Pedulikan cakap2 manusia yg x reti jaga mulut tu. Bukan mintak duit dgn depa pun sabar berdoa jodoh akan sampai juga
Kawen ni kalau ikut islam sunat je, ikut sunnah nabi. Tak wajib pun sbnarnya tapi yang menjadikan kawen tu wajib pada mereka yang berkemampuan dan tak mampu kawal nafsu yg boleh terjerumus ke dlm maksiat Kalau sis boleh kawal nafsu sis so its okay takde masalah pun. Mentality melayu kan mmg mcmtu dont worry laa sis.
Mmm cik.. Sikit pun pandangan Allah pd cik takkan berkurang jika belum sampai jodoh. Ujian itu lain2.. Yg berkahwin juga diuji dengan bermcm2 ujian sehingga kita sendiri xdpt nak jangka. Selalu yg dipertontonkan adalah kisah2 manis disebalik gambar di fb tp susah payah mereka kita taktau.
Kenyataan spt itu amatlah tidak matang, dan usahla cik simpan dlm hati. Bahagiakan diri, dan please kan Allah. Yes, lebih baik lambat dari tersilap.
Siapa dia nak jugde kan? Kitorg ade ramai ni nak backup. Baru setaun jagung.. Bwk sini sekejap. Ops tergarang pulak. Hewhew. Nway, chill n cheer up ok :)
Betul… semua org nk tnjuk apa yg dia mahu tnjukkan pd umum, yg dia tak tnjukkan tu masih byk lg.. kahwin awal tak semestinya kekal smpai akhir hayat. Ramai je kenalan yg kawen awal, ramai juga pn yg bercerai awal.
Btul.. Yg sy mampu ckp ujian itu diberikan kpd mereka yg mampu. Perkahwinan itu memerlukan usaha yg tinggi dr kedua2 pihak. Ia satu permulaan.. Bukan pengakhiran atau goal kita dlm hidup. Tujuan hidup kita apa? Yezzz.. Utk beribadah kpd Allah bukan.
Soal kahwin muda dn penceraian.. Itu bg sy juga ujian. Kahwin lmbt juga ada kes. Baitul muslim juga ada. Berbalik kpd individu itu sendiri sebenarnya.. Ada ramai juga kenalan yg bahagia. Kita mendoakan yg baik2.. Moga kita juga pengakhirannya adalah yg baik2..
Habis sudah peringatan ringkas ttg perkahwinan. Boleh bersurai. Hihi.
Kisah kita xsame dengan kisah org. Mcm tu jugak soal jodoh. Tak sepatutnye si tudung labuh tu perli sis mcm tu tp sis anggap ajelah die bercakap dengan xde ilmu sbnrnye. Moga sis kuat. Mtk dengan Allah. InsyaAllah diberi jodoh yg baik.
Org x matang sis, abaikan je. Ulang lg, eloklah tegur.
mcm sy ada sorg mak cik yg sgt2 sibuk risau sy xkwen siap ckp ngaji la tinggi mna pun keen tetap…dia xphm yg sy tgh diberi ujian oleh nya…sy lantak ja apa org nk ckp n sy xkcau org…satu lg ada2 wife yg susah hati ng org lambt temu jodoh mcm kita nie,tkot kita kebas laki dia,sy jgak bdoa agar sy tdk mgambil hak org…dekat kan diri ng tuhan..
Saper tak kawen kan
Assalamualaikum, Sabag anak menakan.
Assalamulaikum, saper yg tak mahu kawen… Jodoh itu kan rahsia Allah
Pak njang dah 4 taun menduda tak kisah pun.pedulikan apa orang nak kata, di sebalik kesabaran itu ada hikmah yg allah janjikan pada kita.
Amek gunting and gunting tudung dia. And then kau amek kain tu and letak kt mulut die smbil ckp “i think you should learn covering your mouth first”
Yg kawen muda tu xyh la kompiden sgt kekal smpai ke akhir hayat..jaga mlut tu..jaga suami kamu sudahla takut nnti jatuh cinta dgn kami yg x kwen lg ni
Kan? I agree with u..
Assalamualaikum…..salah ke kahwin lmbt….
Senyum je la
Dont worry.. Sy kahwin umur 28, but smpai skrg (34thn) blm ada zuriat. Esok lusa klu Allah bg rezeki kang, drg tukar soalan lain plk. They will never stop asking. Just let them be. Biar drg dok kalut tolong fikirkn utk kita, while kita enjoy every single moment yg kita ada.
Setuju!!! :) they will never stop asking stupid question,hahaa..
biarkn je dorang kalut,srabut,ribut fikir utk kita,sibuk hal kita gitu la gini la,sbb kt mata org mcm ni memg dia pndg kita ni smua xbtul la snang crita…serba serbi xkna kt mata hidung kpla dorang…xpe,anggap je makhluk Allah yg spesis “bajet perfect” ni sbgai “penambah cerita” dlm hidup kita…buat apa kita “mental” fikir apa yg org mngata psl kita ni…sgt2 buang masa lyn org yg pertikai ktentuan Allah ni..
To be honest, sbnrnya ramai yg jeles dgn kita (single or blm ada ank). Sbb kita lbh free utk ke mana sj yg kita nk pada bila2 ms.
Xbaik fikir orang jeles ? kalau kita sangka tak baik gak kt orang lain..kita tarik orang lain utk sangka buruk gak kat kita. Biar org fikir buruk kt kita..jgn kita buat benda sama walau kita terasa hati.
Erm..sedang menasihati diri juga ni.??
Hehe.. Lavendar Rhea Hana sy ckp mcm tu sbb mmg ada 3 org kwn yg ckp dgn sy drg jeles sbb drg x blh nk brjalan2. Sbb ramai ‘handbag’.
Amboihhhh mulut dia.. bukan nk ckp apa la kan..org yg pemakaian cmtu mmg lancang ja mulut dorg. Cpt ja judge org. Xfikir perasaan org. Molek dh pakaian sopan..tp kalau mulut cmtu. Hmm. Once org terguris dgn kata2.. blum tentu maaf tu dpt. Wlupun dia ckp maafkan..dlm hati dia? Ttp terasa.
Ujian masing2 x sama.b,sgka baik dgn Allah. Allah pilih kita sbb Dia tahu kita mampu. Allah nk bg yg t,baik utk kita. Moga Allah mudahkan urusan jodoh kita semua. Aamin
Setiap org ada time zone masing2. So chill lah. Persetankan je mulut2 longkang
Pnh kna dgn sorang ni.. ‘xnk lah jd cam kak aini x kawen2 lagi’ n byk lg tp yg ni paling menusuk…haha
Saye kahwin umur 30. Dah lali telinga dengar org ckp mcm2. Kenapa tak kahwin lagi?
Memilih la tu. – org lain pulak yg tolong jwb
Lantakkan. Bukan org tu sara hidup kita pun
Zamn skrang bukan cm zaman dlu da…skrng dh x kesah pn pompuan kwin lmbt ke awal..smua tu dh jdi pkra biase…yg jnis typical minded je yg rasa bnda tu x ok….ajal maut jodoh smua tu kan Allah yg tentukan…its not a big deal la…
Kawin tu seronok so try get it
mulut org mengutuk mmg mcm mkn gula2 je…sblm saya kawin pun org da kutuk mcm2…ni skrg org dok kutuk x dpt lg baby pulak…sikit pun perasaan kite org x jaga
I’m 41 and still single..I use to be sensitive when come to my marital status! It’s normal to have this feeling, it’s shows that u are normal. But now I don’t give a damn coz this is my life and my path. I don’t owe anybody any reason! The Almighty is there for us ins sha Allah.
All the best akak.. menempuhi dugaan hidup..typical melayu mmg cmtu..Heh..macam comel je kalau reply “kau nak bermadu ngn aku tak ?” Atau “ke kau nak aku kawen ngn lakii kau?” Kalau dia asyik ulang ayat y sama.. mulut orang ni mmg susah nak tutup..
Biarkan je suara2 sumbang tu..bukan kita susahkan hidup diorg..saya ni pun dah 42thn masih belom berumahtangga..so pekakkan telinga je.
Stay strong sister!
Mulut dia tu mmg nk kena cili. Hadoila
masuk engin tgk, x terasa terus nak kawen awal
Kalau kite, xckp byk. Penampo je tros
Kne ingt,X s’mstinye org yg kte kwin tu jdoh kte. .
Bila rasa diri dh cukup sempurna just say Alhamdulillah & keep it to urself if we don’t have anything good to say just keep quiet Make dua for each other goodness Setiap orang ada jalan hidup masing2 & siapa kita nak tentukan or pertikaikan.. Masalah hati tu if dalaman elok InshaAllah yg akan keluar semua yg elok2 je..Sabar & stay away from this negative people