Assalamualaikum semua.
Ini kisah benar. Aku terpanggil untuk cerita bila mana aku lihat banyak betul kisah-kisah macam aku. Dan sayangnya tak semua berakhir bahagia. Semoga dapat pengajaran sikit dan aku pun lega sikit dapat meluah.
” Kalau seseorang itu sayang awak. Macam mana pun dia akan dapatkan awak”
Twas the sweetest lie that I’ve ever heard. Kalau dia sayang pun tapi dia dah berpunya, tak guna juga.
Aku dan dia bermula sebagai kawan. Dan lelaki . Tipikal lah kalau dia tak canang status dia. Selagi boleh diam , dia diam. Dia selalu anggap dia bujang. Berlainan dengan perempuan. Marriage is like everything kan :) Bak kata Islam elok digembar-gemburkan.
Lelaki ni suka bergurau tahap kayangan sampai satu saat kau tak sedar benda dia cakap tu satu gurauan. Contohnya dia bahasakan aku ni bini dia. Dia panggil aku bini depan orang.
Aku pernah cakap terang-terang yang aku takkan berkawan dengan laki orang. Dan semua kawan aku tahu prinsip aku termasuklah dia. Plus famili besar aku takde yang ada kes poligami lagi. Ada sekali tu aku syak dia dah kahwin. Sebab dia selalu bergurau pasal bini with his friends. Tapi tak lah rasa nak stalk ke apa. Sebab bagi aku. Who cares. Bukan aku ada feeling pun.
Dengan aku, dia rasa dia bujang. Cara cakap persis orang muda. Tapi dengan orang lain dia jadi dewasa, bercakap pasal pasangan and etc. Aku hairan. Tapi aku diam.
One day dia cakap dia macam suka aku.
Aku pun macam oh okay then. Aku anggap bergurau je. Sampailah dia cakap : Saya betul-betul cintakan awak.
Aku macam hmm . Because seriously I don’t have feeling. Oleh sebab aku pun tak pernah bercouple aku jadi akward. Sebab aku rasa jadi kawan biasa. Aku jenis susah jatuh cinta. Tapi dia sweet talker. Sebagai orang tak pernah bercinta or couple ni. Jujur aku cakap yang aku kalah. Sis kalah akhirnya
Kami jadi rapat. Sebab kami serasi. Satu kepala. Sweet talker. Ideal lover. Bagi aku dapat kawan yang gila-gila plus a good lover. Memang bonus lah. Tak pernah gaduh atau apa.
One day aku tahu yang aku dah totally fall in love with him.
Aku memang dah suka. Dan aku pun nekad nak background lebih-lebih. Cuba-cuba bual dengan member dia. Yelah before ni tak suka jadi malas nak tahu. I stalk his profile. Ada gambar perempuan. Tapi dia player kan. So I thought hmm it must be gambar awek lama. Plus semua jarang update. Aku assume mungkin tak guna stalk kot profile. Entahlah.
Ada sehari tu entah macam mana tuhan nak tunjuk. Aku like satu page graphic ni yang dia pernah like jugak. Then tetiba masa kumbah gallery ternampak muka sebijik dia. Tapi aku fikir ohh mungkin dia ni pakai costume ke apa. Teater kot. Until i scrolled down. Saw a woman. Baju sedondon dia. Diri sebelah dia.
Allah. . Menggigil aku baca caption. Reception of blablabla. Yep itu gambar resepsi dia.
Aku menangis je. Nangis tak henti. Berhari-hari. Aku tak tahu nak buat apa. Aku tak marah dia. Aku tak maki dia. Aku tak hubung dia. Aku nangis je. And yes. Gambar beberapa tahun lepas dekat profile dia bukan gambar awek lama. Tapi gambar isteri sebenar. And i ask his bestfriend . Baru dia pecah tembelang. Yes he’s married.
Jadi kalau selama ini dia cakap pasal bini. Aku ingat dia cakap pasal aku. Tapi sayang. Isteri yang dimaksudkan bukan aku. Yang paling sedih. That isteri yg selalu dia guraukan is not me. Dia betul-betul ada isteri sebenar.
Nasib belum bercouple . Baru jatuh je. Haih bayangkan kalau dah cinta gila2? Aku tak tahu nak marah dia atau nak marah diri sendiri sebab bodoh taknak ambil tahu. Aku punya down tu sampai aku decide takmau buat apa-apa. Mungkin sbb aku taknak amik tahu pasal background dia awal-awal. Sebab fikir aku takde feeling. Plus aku percayakan dia sangat. So no need for me to know .
Aku dah berangan dia lah yang aku nak kongsi hidup bersama. Kalau boleh habis master je aku kerja. Kumpul duit dan hidup sama-sama. Takmau la kapel bagai. Nikah je terus. Tapi semua tu takkan berlaku dah. Sebab apa? Sebab aku tersalah cinta. Tersalah cinta suami orang. Aku amik keputusan untuk blah macam tu je. I dont need explanation pun. Sebab kalau dia nak explain pun. Hes still a married man. Dan selamanya aku takkan dapat dia.
Allahu. Sakit.
Aku berhenti berhubung dengan dia lama. Lepastu dia cari aku. Contact kawan-kawan aku. Nak carik aku. Sampai satu hari aku dah cool down. So i had short conversation with him. Sebab aku kesian dia merayu berbulan-bulan. Again. Dia cakap dia masih sukakan aku.
Aku tak layan. Berbulan pastu dia cari aku lagi. Dia cakap kalini dia nak kawan je.
Aku balas : Tapi awak dah kahwin kan (Masa tu separuh nak mati aku kawal mata jangan nangis)
Dia diam. Terkedu mungkin.
Dia : Sorry . Sy tak sampai hati nak menipu apa tah (aku lupa ayat dia)
Aku : Awak dah kahwin bla bla (aku cuba ungkit pasal isteri dia )
Dia : Hmm tapi saya memang dah jatuh dengan awak . Awak ni lain.
Dia cuba mengelak topik dia dah kahwin. Dia cuba elak topik isteri dia.
Aku : So ? Nak buat apa ni ?
Dia : Boleh tak kita terus berhubung. Jadi kawan ?
Aku : Tak mahu lah kawan dengan laki orang (senyum kelat)
Dia : Tapi sy nak berkawan je
Aku diam jee. Cuba nak hadam
Aku : Kata nak kawan. Tapi cakap cinta tu semua
Dia : Entahlah , Dah memang cinta. Tak dapat nak menipu diri. Serius awak lain.
Aku cuba psiko cakap , so kalau kite berkawan ni nanti jadi apa. Dia bijak. Pandai memesong sana sini. Dia taknak sakitkan hati aku. Dan taknak sakitkan hati bini pun. Dia cakap aku perempuan yang paling serasi dan kenapalah dia jumpa aku lambat?
Aku provoke : Ouh sy serasi. So bini awak tak serasi la ni ?
Dia : Tapi saya sayang awak. Kalau saya ni belum kahwin awak nak kahwin dengan saya tak ?
Aku : Nak
Dia : Awak perempuan baik. Untung siapa dapat awak . Harap dia jaga awak
Sweet lie terakhir :’)
Aku menangis. Kalau lah dia tahu. Aku taknak orang lain. Aku nak dia. Aku tak kisah pun dia takde kereta ke . Tak ada sijil ke. Sumpah tak kesah. Aku nak dia.
Aku tanya lagi .
Aku : Macam mana lelaki boleh mencintai dua orang dalam satu masa? Serius sy tak boleh.
Dia ubah topik. Sepanjang perbualan dia tak kutuk pun isteri dia apa ke. Dari situ aku tahu yang dia tak ada masalah rumah tangga. Dia masih sayang isteri. Aku rasa cuma dia bosan bila isteri kat kampung. Or dah tidur. Dia perlukan teman . Dan aku sebagai alat permainan dia. Dia cakap dia try la berkawan ngan perempuan lain. Tapi tak ada yang segila aku. Konon.
Aku pernah provoke lagi . Kalau kita bercinta lagi, apa jadi nanti? Dia diam je. Dia alih topik. Aku nak jugak tengok dia cakap apa ke. Dari situ aku tahu dah. Kalau betul dia sayang. Dia mungkin cakap jom kahwin ke apa ke. Tapi dia tak cakap. Yup he’s a nice guy sebab tak burukkan isteri dia. Tapi yang sedihnya. Yang sedihnya aku ni umpama takde maruah selama ni. Aku ni cuma teman je kan ? Kesian baru sedar. Dia masih cakap dia cinta and tak boleh lupa aku bla bla. Tapi aku nekad blah. Lepastu lama aku bawa diri. Tak bercampur orang. Dengan belajar ke mana. Agama ke mana. Serius terpukul.
My first love. . . Macam ni pengakhirannya. Takpelah tuhan nak menegur agaknya. Tetapkan hati ke Dia. Dia cinta pertama manusia sesungguhnya. Jumpa yang perfect pun kalau takde rezeki tak kemana. Dan kalau dah rezeki tu. Terlepas mulut orang pun tetap jatuh ke tangan juga.
Nasihat kepada perempuan :
Point kat sini. Bukan nak burukkan laki orang. Bukan juga nak cakap perampas tu baik. Tapi kadang-kadang ada benda tak dirancang. Biasanya laki orang yang selalu mulakan. Bila bermain dengan perasaan ni. Jadi salah seorang kena bijak kawal perasaaan. Kalau laki orang tak pandai kawal perasaan. Perempuan yang kena main peranan. Tolak. Tolak dan tolak. Sakit memang sakit. Even aku pun tak mampu. Tapi lagi sakit hati bini dia kalau tahu pasal ni. Awak perempuan. Dan awak kena selam hati perempuan. Kaum sendiri.
Kalau laki orang memang nak memainkan . Tinggalkan jelah. Tak kemana.
Macam kes aku. Aku cuba tolak. Tapi lelaki yang cari banyak kali. Kalau aku bagitahu bini dia kang benda jadi parah. Tak sampai hati. Elok dia bahagia terus dia remuk hati tahu yang laki dia curang. So aku pun guna tech jelah. Blok semua social media. Block number. Jauhkan diri dari tempat yang akan bertemu dia. n etc. Acah cakap aku dah tunang and so on. Upload gambar acah taken. Ubah status in relationship. Pandai2 nak hidup la kan. Sakitnya tuhan aje yang tahu. Bila kau kena berpura-pura kau happy ada pasangan. Pdahal tak ada pun. Dia bahagia. Tapi kau sorang-sorang. Sedih kan ?
Tapi takpe aku cakap dalam hati. Harini aku tak kacau hubungan orang. Mungkin in future orang tak kacau hubungan aku. Masih nak sedapkan hati. Sobs
On more,
Contoh la ada suami cakap isteri tak bagus ke apa. Awak sebagai perempuan jangan cepat melatah. Jangan perasan. Mesti awak fikir lagi bagus dr bini dia sebab tu dia cari awak. Fikir balik. Kalau bini tak bagus dah lama dia ceraikan. Kenapa dia pilih bini dia? Sebab dia masih sayang. Dan dia tak sayang awak pun. Kalu dia sayang. Dia dah halalkan hubungan dengan awak ni. Sadis kan ?
Saja nak cakap. Hubungan dengan laki orang takkan kemana. Melainkan si isteri redha berpoligami. Itu pun sejauh mana ikhlas nya ? Fikirlah. Awak sebagai perempuan pun tak rela didua. Ini pulak isteri dia. Selagi ada laki lain yang bujang carilah. Kalau betul lelaki bujang dah pupus di dunia. Ha barulah cari laki orang. Gembira atas air mata orang lain? Selamanya takkan tenteram. Nak nak perkahwinan yang tak bermasalah tapi kita hancurkan.
Walhal bukan kita yang mulakan cinta ni. Lelaki yang cari kita. Tapi still at the end of the day. Perempuan dipersalahkan. Punca segalanya. Walau baik mana pun. Kalau ambil laki orang secara haram, Inshaa Allah 7 keturunan dikecam. Sebab ini bukan negara mesra poligami . Dingin sikit sambutan :)
Lama nak sembuh dari semua ni. Makan tahun lamanya.
Tapi takdelah nak kata benci lelaki.Aku cuba sadokan hati. Cuma aku susah dah nak pandang lelaki. Kalau aku nampak kat jalan ada pasangan suami isteri muda kan. Aku tak pernah angkat pandangan tgk dorang. Aku tak sanggup tengok laki orang. Nanti aku terbayang bukan-bukan. Macam tu sekali. And after years. aku masih macam ni. Tak bercinta dengan sesiapa. Entahlah. Antara serik atau pudar. Aku serah je kat Allah.
Lepastu baru aku muhasabah yang oh ada sebab tuhan tak bagi aku kapel or berpasangan sebelum ni. Sebab inilah. Belum apa-apa aku dah down gila. Bayangkan kalau kahwin nanti and aku ada masalah.Mesti gelabah. Tuhan nak menegur agaknya supaya jangan belakangkan dia walau apa pun masalah.
Sebab before ni pun aku memang tak mencari kekasih .Ini pulak nak crush. Kalau datang, datanglah. Tak datang tak apa. Bila jadi macam ni. Hmm lagilah redha. Sorry confession panjang dan maaf kalau yang terasa. Tak berniat apa-apa.
– sury
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Bgusla tindakan sis. Kipidappp dongibabb. U cantekk nk heran ape. Tk sempat nk petik jari dh bersusun2 tggu nk add fb. Ahahaha
perghhhh gaya mcm owner orang cantik ja
Sekali baca ayat dia pon tau dahh dia lawa. Ahah2
i kata kat u ler.. hahah
Noor Fazira Husin
malas aa bace. hewhew
Haha bacalaaaaaaa
malas doe. criterkan kat aku.
Cessss. Nntilaa
Ngantok. Tidurlah. Nunggu Bob.? Haha
Nice action.
Laki tetap laki.
Usahlah beri harapan kalau tahu tak mampu memiliki. Hargailah perasaan isteri.
I don’t know what to say.. Seriously, I just want to hug u. Sis sgt kuat. Nak move on dr benda ni bukan senang.. Moga diberikan yg terbaik :)
Emm ramai lelaki bertitle suami org berperangai mcm ni. Permainan yg x menarik langsung. Bagi lelaki yg spesies mcm ni, enough is enough. Permainan hati mampu menjejaskan kehidupan seorang wanita and vise versa. Life is too short, janganlah jd dayus.
Dunkin Donutss
Sebijik mcm kes aku. Ntah2 org sama. HAHAHAHA
Farah Hassuna
Nur Syahidah
Hm sebiji kes aku. Dia first and last and after that mmg aku x couple lgsg. mmg aku bersyukur kenal laki mcm dia. Allah bagi complete package the badass. Hahaha. Alhamdulillah. Anyway. You mmg kuat, i tabik. and dont be worry bout that. Cs someday Allah tetap tunjukkan kehebatan Dia dlm smua ni. So beware lah laki yg x berapa nak beriman. Lel.
ShaSha Mizie
friendzone is too stronk
Nak tanya kenapa ulamak2/ustaz fb tak bising pun kalau lelaki yg dah berkahwin tetapi mengaku bujang? Bukan ke islam menyuruh umat menggembarkan dirinya andai sudah berkahwin?Bukan ke menipu itu satu dosa besar? Sudahlah menipu isteri pulak ada perempuan lain. Bukan ke berdosa menyakiti perasaan isteri? Dan bukan ke berdosa menyakiti dan menipu orang ketiga itu? Tak faham kenapa “ulamak2” or ustaz fb tak memperjuangkan hak wanita yg ini. Sangat tak adil. Korang anggap benda ni remeh. Sedangkan it is very important. Disebabkan si suami mengaku bujang lah orang ketiga menyimpan perasaan! Disebabkan si suami mengaku bujang lah suami curang pada isteri. Curang berdosa besar ye dalam rumah tangga wahai rakan rakan sekalian. Jangan dok pandang dosa perempuan je, dosa dan salah awak tu pandang juga.
Actually ramai je ustaz yg selalu pesan kat lelaki supaya jgn mengaku bujang sebab boleh jatuh talak. Huhu. Tapi agaknya suami2 ni yg tak kisah. Wallahuaklam.
Saya tak maksudkan ulamak yg sebenar pun. Saya maksudkan yg konon2 ulamak ni. Pandai nak jatuhkan dosa perempuan, tapi dia sendiri buat dosa can easily get away with it. Siap dpt perempuan lagi. And saya mmg setuju ckp awak si suami tak dgr pun nasihat ulamak kalau perihal mengaku diri sudah berkahwin.
Salute lah! Sgt-sgt matang even though it’s your first love story. Sy doakan sis jodoh dgn seorang lelaki yg terbaik seperti mana sis. Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik & begitulah sebaliknya.. InsyaAllah, bab jodoh ni jgn kalut nt terjun gaung. Relax je Berkawan. Tp, amik tahu jgk background dia melalui kwn2 etc. InsyaAllah.. Nt sampai. Sy nk peluk sis ni erat-erat nak ckp what a strong woman you are. May Allah protect & preserve you for someone better.
Aku tak boleh hadam how can he fall in love dengan org lain selain isteri. Even lepas kawen pun jaga la ikhtilat. Kalau fall in love pun it’s our fault la sebab tak jaga. Mungkin diorang fikir kuota masih berbaki 3. Sedangkan bagi isteri, suami tu la satu-satunya. Remuknya hati isteri dia kalau tau.
perasaan tu semua dr allah ..
Sajaratul Salehah
terima kasih sebab confess kat sini..
sweet talker, sy pun pernah kena penangannya..memang rasa melayang2 kan.. lg pula sy dgn dia sgt serasi, boleh bercakap pasal apa sekalipun. Dia bijak dan slh sorg org yg blh patahkan hujah saya bila bercakap apa2 topik. Dan sy tahu sy pun ada efek yg sama bg dia.
sama macam sis, sy pun cuba nak elak couple.. walau melayang2 kaki x jejak bumi pun, sy x nak layan perasaan tu..
tp bila dah syg sakit tetap sakit kan.. sebab tu Allah suruh jg ikhtilat, bukan setakat elak couple..
so skrg sy terima je la sakit ni sbgai kafarah dosa..(oh ye, dia belum kahwin tp bakal kahwin lps bln puasa ni) Kenapa sy ckp mcm ni? sbb sy pernah kawan dgn lelaki yg jaga ikhtilat (niat kawan utk kawen, contact bila perlu, jumpa sekali je setakat pas brg dpn kwn2). bila putus, sakit tu mmg kurang. Banding dgn dia, sy dgn dia boleh kata bercakap kat telefon tiap2 malam smpai ke pg. Msg setiap hari. Walau cuma cerita biasa, tp ttp langgar ikhtilat kan.
Sis kuat. Memang kuat sbb tak benarkan diri hanyut dlm hubungan yg akhirnya tak kan ke mana walau sayang sama syg. Tahniah sis.
Sofia Izzati
Afidayu Aziz ade point kes hang.
hahaha.. terima kasih una, syg hg taw.. Kak Lang Husna