Assalamualaikum, saya memang suka baca apa yang orang lain post dan benda yang paling saya suka tengok comment orang terhadap apa yang di post oleh seorang insan. Macam-macam ragam manusia dan pendapat yang kitaa boleh tahu daripada satu perkara yang telah di post tu sampaila bila saya ternampak orang comment dengan perkataan yang agak kasar lah bagi saya. Tapi paling saya rasa malu bila kaum hawa yang comment siap taip “bodoh” “jilake” dan lain-lain. Kadang saya tengok fbnya bila tengok, mak orang rupanya.. student rupanya.. budak lagi rupanya.. saya tak maksudkan orang tua boleh gunakannya tapi ini menunjukkan perkataan itu menjadi perkara biasa di setiap peringkat umur.
Kadang ada saya tengok comment maki hamun sebut perkataan kesat dan 18+ tengok tengok eh perempuan, Allahu malunya.. tengok lagi lawa orangnya.. tengok pulak comment dia ramai lelaki comment yelah cantik kan, dan tak kurang juga yang comment menyokong sekali.
Saya tak maksudkan lelaki sahaja yang boleh sebut kesat dan 18+ dan lain- lain kerana sebenarnya memang tak sesuai untuk kita sebagai manusia. Nabi kita seorang lelaki, tak pernah pun cakap perkataan macam tu. Tapi sekarang lelaki macam takpe cakap centu kalau perempuan takleh. Sebenarnya dua dua tak.
Saya sebagai kaum hawa juga agak kesal dan malu melihat kaum saya sendiri taip macam tu. Saya tak tahulah dari mana datangnya perkataan “jilake” saya rasa perkataan asal cilaka maaf kalau saya silap. Contohnya siapa punya asal usul yang cakap tu dan kemudiannya ramai yang ikut dan ikut, dan saya pasti perkataan tu tiada maksud yang baik. Tak rasa berdosa dan serba salah ke bila orang akan ikut apa kita cakap dag lah bukan benda baik yang tersebar tu. Itu sebagai satu contoh dan banyak lago contoh yang lain sebenarnya.
Akhir sekali, maaf jika saya ada tersilap kata saya mencuba untuk menyampaikan apa yang saya rasa. Terima kasih kepada admin yang sudi baca dan lain-lain.
Masing-masing ada kekurangan dan masih ada masa untuk berubah. Assalamualaikum :)
– -ica
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Setuju sgt dgn Ica.
Kadang mungkin org yg dimaki tu nk brubah, tp sebab makian maki. Ego utk dia berubah.
Kdg silap sikit tp punyalah brduyun makian. Kadang sampai boleh jadi cyber bully. Dan cyber bully ni sgtlah bagi efek yg sgt teruk.
Bila dah terbiasa dengan kata2 kesat, benda tu boleh jd habit. Terkilan tgk 1 rancangan reality show yg ada perempuan termencarut semasa live.
Moga kita dijauhkan dgn perkara yg dimurkai.
Terima kasih atas peringatan ni.
mmg benci pun dgn perkataan tue n xpena guna … menyampah
Ayah rani kulop yg ajaq…hmm. Nk kena ni nt sy buat repot kat balai polis dang wangi.
ica ke yg confess? haha
Tkkn la akak plk yg nk konfess sdgkn akak pn dok gune perkataan tu. Huu merannn yg ajaqq
huhu meran rani kulup apa semua yng ajaq.. salahkan depa
Haa depa yg salahhh
Celaka ejaannya bukn cilaka :)
Chia chia chia pown mmbawa mksod yang x elok..tp org kita slalu guna…bila di tegur kter kita bajet alim…so diam kn jerla…
Apa mksd dia yg sbnrnya
Nak tau maksd gak…sbb dengo pn dh annoying
lol apa ea maksud chia chia chia. pandai hang je
Cik Fyra “chia” dalam bahasa kuno zionis membawa maksud yahudi. Sebut 3x chia chia chia jadila “saya sayam yahudi” .. Nauzubillah. Mohon sebarkan
are you sure my brother? kalau mcm tu chia seed bermaksud benih yahudi? come on, its 2016!
Kahhh
Kahkah. Mana la korang belajar ni. Satu perkataan sama tp tiga maksud. Kejadah.
Adakah dia sarcastic? Dgn semua menyalahkan yahudi. Haha.. Sy tktau pula chia chia chia tu bermaksud tk baik.. apakah maksud dia sebenarnya.
Takley blaa lak aii
Jgn lupa sebar yee takot nnti akan ditimpa musibah dilanggar lori
Kata2 mncerminkn siapa anda… Hati2 dgn komen..