Kami dan Saka Keturunan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Jika confession ini di publish, maka ini adalah kali ketiga saya menghantar confession di page ini. Pertama sekali, syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup didunia ni. serta Salam Ramadhan juga saya ucapkan..

Ingat lagi tak.. Saya Sha.. Saya ingin berceritaa dengan kejadian yang baru je terjadi tadi. Tapi serius mukadiamah cite ni panjang sangat. So saya skip dulu ada masa saya cite balik, sekarang saya fokus nak cite hal yang terjadi hari ni..

Sejujurnya, saya bukan seorang penulis yang hebat. Lagi2 saya sekarang masih ada sisa ketakutan dek kejadian tadi jadi ayat saya agak tunggang-langgang.. Maaf andai ada bahasa or ayat yang pembaca tak faham..

Saya ada adik lelaki berumur 16 tahun. Mak cakap adik pernah kena sawan dulu ada sekali masa baru lahir lepas kejadian tu dah takde.. Tapi since 2015 kalau tak silap, dia dah kerap kena benda tu.

Mulanya kami ingatkan biasa je tapi start tahun lepas dia dah makin kerap kena benda tu. Telah banyak kami ikhtihar untuk dia. Dari hospital dan perubatan kampung/tradisional juga.. Namun benda tu seolah-olah takde perubahan..

Sebelum tu. Saya nak bagitau.. Yang sebelum ni saya juga sakit.. Dan saya pernah menjalani rawatan darulsyifa. Namun ustaz tu cakap sebenarnya ada benda yang tak kena dengan saya. Hmm.. Means, ada benda yang mendampingi saya ni. (saka)

Saya jelaskan sedikit prolog cite saya.. Sebenarnya saya merupakan cucu arwah nenek yang membongkar hal ni.

Kerana sebelum ini benda ni telah disembunyikan dengan rapi dek kerana anak2 arwah nenek iaitu adik-beradik mak ni tak tahu sangat dengan belaan arwah nenek ni udlu. Pun disembunyikan, ada juga diantara cucu2 dan anak2 arwah nenek yang dah tau tapi tula tak nak hebohkan..

Sebelum arwah nenek wafat, dia nak turunkan ilmu dia dengan anak cucu dia. Namun malangnya takde siapa pun yang nak..

Okay time ni arwah nenek mmg dah nazak… hinggalah petang tu dia kembali ke rahmatullah.. Tolong sedekahkan al-fatihah (dibaca) time ni saya berumur 8 tahun. Memang tak tau lagi cite2 pasal saka keturunan kitaorang ni..

Seterusnya, ketika saya menginjak remaja. Saya perasan yang saya seolah2 ada deria ke-6, segala jenis macam makhluk halus saya boleh rasa dan berpeluang untuk nampak.

Dan saya perasan saya telah didampingi oleh saka ni sejak berumur 10tahun. Tapi ketika ni saya tak fikir pun benda ni saka. Ingatkan hanya jin2 biasa yang menganggu saya..

Benda yang menumpang dengan saya ni buat saya tak selesa dek kerana benda tu berat sgt menumpang kat belakang saya. Saya bgtau mak saya, dan saya ada berubat. Tapi time ni ustaz tu tak bagitau pun yang benda tu saka jadi kami ingatkan benda tu akan hilang lepas berubat nanti.

Namun, selang beberapa bulan sahaja. Benda tu masih ada malah makin teruk. Kerana jika ada yang meninggal dikawasan perumahan saya, arwah tersbut akan datang kepada saya meminta tolong.

Kadang jika saya pergi ke kawasan yang baru, secara tidak langsung saya boleh rasa tempat tu ada yang jaga. Malah mata saya makin kerap nampak benda tu.

Sejujurnya, time ni saya langsung tak terfikir ni smuanya berpunca dari saka keturunan kitaorang. Dan satu benda yang saya nak bagitau, since saya ada deria-6 ni saya dah mula sakit..

Boleh baca confession saya sebelum ini. Bayangkan dalam satu masa saya kena hadap 2/3 penyakit dalam satu masa..

Part 1 – https://iiumc.com/dugaan-hidup-3/

Part 2 – https://iiumc.com/dugaan-hidup-ii/

Jadi dipendekkan cerita.. Ketika keadaan kesihatan saya teruk, saya pun berhijrah dari sabah ke johor. Kerana difahamkan disana ada yang boleh berubat penyakit saya.

Saya menjalani rawatan secara tradisional dan ikhtihar berubat saka ni dengan pakcik man dan beberapa org ustaz. (darulsyifa)

Ketika mula sampai di Jb, saya mulanya hanya ingin menjalani rawatan bagi penyakit yang saya alami.. Namun, ketika selesai sesi rawatan tersebut. Saya bertanya dengan tempat saya berubat, saya panggil beliau Pakcik Man (bukan nama sebenar).

Pakcik Man bukan saja boleh merawat pelbagai jenis penyakit, namun dia juga boleh mengubat perihal saka-saka ni. Beliau sebenarnya seorang Guru, ramai anak-anak didiknya.. telah ramai yang sembuh berubat dengan dia…

Syukur dengan izin Allah segalanya, hanya DIA juga berkehendak akan semua itu.. Dan mohon doakan kesembuhan pakcik man yang sedang sakit nazak. Sedih untuk saya katakan… Moga pakcik diberikan kesihatan dan dipulihkan dari penyakit agar sihat seperti sediakala.. Aamiin yaa rabb….

Berbalik dengan cite tadi.. saya pun berubat bagi benda yang mendamping saya ni.. Menurut apa yang pakcik man katakan, kami sebenarnya memang mempunyai saka.

Dan saka ni berasal dari keturunan arwah nenek sebelah mak. Namun saka ni sedang memberontak dek kerana tiada siapa dari kalangan anak cucu cicit arwah nenek yang hendak jaga.

Oleh kerana itu, saka ini memberontak dengan cara dia berikan cucu (khususnya) penyakit.. waallahu’alam..

Sebenarnya, bukan saya saja yang kena. adik beradik saya, sepupu saya pun sama. malah bermacam2 lagi penyakit.. ada yang asma, gastrik teruk, kanser rahim dan kanser serviks, dan sawan (adik saya alami)

Namun apa yang kami hairan. Kami dah menjalani rawatan, dari tradisional dan ke hospital tapi benda ni masih ada. Walhal saya pun yang dah ruqyah banyak kali, benda tu dan benda2 yang lain (seperti jin lain) masih dampingi saya..

Jadi berkenaan dengan adik saya. Apa yang kami perasan adik saya ni tak demam pun. Tapi dia boleh kena sawan. Sebab apa yang saya faham orang yang kena sawan ni, dia mesti demam panas yang teruk.

Maka panas tu akan naik ke kepala (kalau salah tolong betulkan) tapi adik saya ni, lain dia sihat je. Tengah bermain ke, makan ke, belajar ke, tiba-tiba je sawan tu datang..

Jadi cuti sekolah bulan 3 hari tu, mak dan adik datang kesini sebab kitaorang nak adik berubat dengan pakcik man. Dan apa yang pakcik man cakap benda ni sama je dengan apa yang saya alami iaitu saka kitaorg je sebenarnya.

Tapi mak seolah2 tak tau, sebab mak hanya tau arwah nenek ni seorang bidan kampung tapi mak tak tau yang nenek sebenarnya membela saka selama ni. Jadi agak susah sebenarnya mak nak terima benda ni.. Sedihhh kann…

Jadi sekarang ni saya, kakak dan mak kat kecemasan HSI. Sementara adik kat dalam wad kecemasan.. Tadi selepas zohor sawan tu datang, dan lepas isyak tadi ketika dia sedang makan pun sawan tu datang balik.

Sejujurnya, saya agak takut berdepan dengan hal ini. Saya tak kuat lagi2 saya merupakan pesakit Mdd dan saya juga saya ada anxiety yang sangat teruk.. tapi sebab adik saya, saya tepis semua. Asalkan adik saya baik2 saja..

Untuk confession pertama ni, saya akhiri sampai disini saja. Jika confession saya disiarkan saya akan cerita secara details lagi pasal saka kitaorang ni… InshaaAllah..

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *