Jaga solat, jaga aurat tapi couple! Hurmmm

Assalamualaikum and hai readers. Tetiba rindu blogging haha. Aku bukan pelajar UIA tapi aku suka baca confession kat sini. Aku kan selalu fikir kenapa eh orang jaga solat, jaga aurat (tudung labuh, pakai handsocks, pakai sarung kaki) tapi dalam masa yang sama jugak dia bercouple. Aku jumpa banyak org yg macam ni. Aku rasa macam semua je dah tahu bercouple tu HARAM. Ke ada yang tak tahu lagi?

Susah eh nak tinggalkan boyfriend/girlfriend or terlibat dgn budaya couple ni? Aku tanya je, sebab aku tak pernah bercinta. Aku rasa sayangnyaaaaa, ye lah solat dah jaga, aurat dah sempurna tapi bab couple/ ikhtilat ni FAIL! Bab bercouple ni aku paling nak termuntah kalau yang jenis panggil pakwe/makwe dia 'papa' 'mama' 'baby' 'buchuk' hahaha aku pulak yang nak tergelak. Izinkan aku nak gelak sebentar. Okay sambung….

Aku tak nafikan kan la bab ikhtilat ni kekadang aku pun tersasar jugak. Itu la sebab aku malasss kalau terpaksa satu group assignment dgn budak laki. Aku kekadang tak jaga betul-betul ikhtilat. Doakan aku eh dapat betul-betul jaga ikhtilat :) Korang tau tak ikhtilat yang terjaga dgn sebaiknya ni la punca dan sebab seseorang boleh terjerumus dgn couple ni.

Ehh sekarang ni aku rasa aku dah dpt jawapan hahaha kenapa org yang jaga solat, jaga aurat tapi still bercouple. Mesti la diaorang tak jaga ikhtilat kan. Wehh apasal sebelum ni aku tak terfikir. Korang fikir jawapan yg sama dgn aku tak?

Sebab ramai yg cakap pasal jodoh, aku pun nak cakap la jugak. Sibuk je kan aku ni haha. Bila dah 22 tahun, dah nak final year, aku perasan semua kawan2 aku (ehh takde la semua, kebanyakan la) sibuk mencari Mr. Right, tulang rusuk bagai. Pada aku, tak payah la sibuk sibuk mencari jodoh, yang penting siapkan diri dulu, perbaiki diri dulu. Kutip ilmu agama banyak-banyak, ilmu rumahtangga, ilmu keibubapaan, upgrade diri, update iman selalu. Bila kita perbaiki diri, salah satu usaha jugak apa dlm mencari jodoh. Korang tak rasa macam tu ke?

Aku percaya bila kita dah bersedia semua tu, masanya akan tiba. Only the matter of time la bab jodoh ni. Paling penting dan misteri tak tahu jodoh dgn kematian ke yang akan sampai dulu? Aku percaya pada cinta selepas nikah sebab aku taknak dan tak teringin pun nak couple.

Kesimpulannya aku punya confession ni admin approve ke tak? Hurmm aku pun taktau. Dah la panjang jugak aku membebel. Eh lupa tahniah pada yg berjaya taubat dari bercouple!

– FN

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

74 Comments

  1. Mereka manusia juga, bkn malaikat. Apa yg boleh, cuba utk kawal. Tak mudah tapi tak mustahil.

    Anyway, walaupun tak suka assignment dgn laki, tp ada sbb knpa lecturer assign mcm tu. Taknak cultural shock di alam kerja nnti. Jadi, cuba biasakan dan dalam Masa yg sama cuba control.

    Lainla, kalau kita yakin boleh kerja sesama perempuan sahaja.

    Anyway, nice advice. Thanks for the reminder ye. Kipidap dgn sikap menjaga maruah tu :)

  2. Kalau boleh jangan la jadikan mindset couple tu haram . Ada jugak ustaz yang cakap , couple tak haram melainkan kalau dah melampaui batas . And ada je orang yang couple jaga pergaulan dia , jangan mudah pandang serong dekat orang . Hee

    • Rashidah, sekarang ni x ramai pum couple. They dont declare. they just know they have mutual feelings. And the feelings lead them to change to be better for each other. Dorang ada perasaan but they never overlimit as they not, the time is still not suitable.

    • Beb , macam yang aku cakap tadi ada ustaz kata couple tu tak haram . Tapi mmg tak nafikan la , ada jugak ustaz yang kata haram . And skrg pulak kita yang orang tak tahu menahu ni , kita bergantung pendapat dgn para ulama . So kalau pendapat aku la , boleh je org nak ikut mana2 pilihan . Asalkan tak melampaui batas and hukum hakam agama :)

    • Jap. Ustaz mana ckp couple x haram ? Hahaha lawak pulak aku rasa. Apa2 yg membawa kpd maksiat tu haram. Yg ke ma ckp tu aku setuju. Mcm abg and kakak ipar aku, diorg contact guna org tgh. Sampai la waktu diorg nk planning utk nikah and kenduri. Tu maksudnya yg betul2 jaga pergaulan. Think.

    • Uai ckp boleh je nk naik kereta berdua lelaki perempuan,, tak jatuh hukum haram pun dkt situ.. tapi tangan kena pegang stereng je la.. hahaha- kalau rasa2 x boleh jngn buat.. haha- bila start merayap ke apa yg tu jatuh haram..

    • masalah nye, twu ke ape batas2 dn hukum hakam agama?? klaw betol2 twu hukum hakam, kita akan mnjauhi drpd bercouple
      1. bersembang dengan penoh rasa cinta=zina hati=haram
      2. brlebihan dalam bersolekuntuk bukan muhrim=tabarruj=haram
      3. berduaan=khalwat=haram
      4. duduk brdua di satu meja makan=mndatangkan fitnah
      5. slalu brjumpa dn dating bagaikan suami isteri=haram
      boleh je ikut ustaz2 pilihan???
      tu name nye memilih pandangan yg memenuhi nafsu sendri..!! klaw ade ustaz yg kate merokok x haram, maka perokok tegar akan guna fatwa ustaz celup trsebut
      even couple islamic bagaikan minum arak atau makan babi baca bismillah
      couple ni dh jelas2 mngikut hawa nafsu, pastu nk jgak ikut nafsu…prasaan suka itu fitrah, tapi couple itu bukan fitrah, tapi tipu daya syaitooonn

    • Adoi kau ni @naadflynad stop ah ‘ust itu ust ini’ ckp ape2. Ikut jelah apa yg allah and rasulullah bgthu tu. Tu yg penting ?

    • Eh.. ckp bongok kang marah- naseb baik x ckp lg.. haha.. dah dya tanya orang jwb ckp stop pulak- ni payah kalau diri dh rasa kompom ahli syurga nih.. yg sy ckp tu general.. n uai ckp tu x dak sebut pun couple haram ka halal.. pandai2 pikiaq la- len kali kalau rasa diri pandai sngt x yah tnya orang..

  3. Aku pun dulu tak suka couple2 ni. Aku macam kau dulu, tak teringin dan taknak pun bercinta. Tapi Tuhan tu nak uji, kejap je weh, kejap je. Aku bgtau ni bukan nak mengalakkan budaya ni tapi aku tak suka cara pemikiran kau. Kau tau, sekali Tuhan tu nak uji dari kau tak suka bercouple pappp esok lusa giliran kau pula. Sebab tu kena jaga mulut, jaga hati sbelum nak ngata org, nak pandang serong kat org. Yg bercouple2 tu kita tak tau tu ujian utk dorg. Apa kata doakan yg baik2 dan doakan utk diri sendiri juga supaya tak terjerumus dalam budaya couple2 macam yg kau tak suka sgt tu. Betul kau cakap, kena upgrade iman, persiapkan perbetulkan diri, ilmu. Dan aku harap kau buat benda yg kau cakap. Dan harap juga Tuhan kuatkan iman kau. Semoga Tuhan permudahkan niat baik kau dan jauhkan kau dari segala yg tak baik.

    • Dia ni still mentaliti budak2. Extrem sangat. Dia x expose dgn dunia luar lagi, tu yg terhegeh2 nk kutuk org kapel. Lol.

    • hahaa, so makne nye sape yg against couple ni mentaliti budak2, while sape yg accept couple ni kire matured n exposed la..
      slalu nya la, org yg sibuk nk back up couple ni jenis yg kurang fahaman agama…selalu nya la
      ni la jadi nya bile nafsu diutamakan melebihi agama

    • Wow. Korang nampak tak? Now i am a supporter of couple, and my nafsu atasi agama. Xpe lah bro. Keep on judging. Korg kn handal bab2 menilai org.

    • Agreed..bukan backup couple sbb dulu aq pun tak couple..skrg d uji bnda yg pnh aq kutuk..bila da ad pnglmn,kau akn hrgai mse silam kau yg acah suci dlm debu..bila nk tggl kn bnda yg kau suka,perit dan pedih..

    • memang la perit dn pedih…jalan ke syurga mostly memang penoh duri, while jalan ke neraka mostly bnde yg nafsu kite suke….so sape yg tewas dgan nafsu nya, maka hadapi lh hari pmbalasan dgan sribu penyesalan…
      dn mreka yg brjaya mnahan nafsu serta ujian cinta, insyaa Allah dlam kalangan orang2 yg bruntung di sisi Allah..

    • Ujian tu lain2 saudara.. Kita digest point yg dia nak sampaikan dgn perspective yg luas. Point dia. Bukan pasal couple je. Wpun cth di sini ialah couple.

      Apa yg saya nampak.. Kita jgn mengutuk org tu seolah2 kita takkan diuji dgn benda yg sama. Applicable utk semua ujian lain. Benci lah dosanya, bukan org yg membuat dosa.

      Mmg jalan ke syurga penuh duri.. Tp tk semua org terpelihara spt saudara atas byk sebab. Mungkin persekitaran, didikan dr kecik dn sbgnya. Mungkin dia juga dlm proses ingin berhijrah.

      Berdoalah agar kita sentiasa terpelihara. Kerana setiap org itu iman dia berbeza dan tahap penerimaan juga berbeza. mungkin kita boleh tgk ayat ni sama2 ‘janganlah kamu katakan kamu seorang yg beriman jika kamu belum diuji’. :)

    • x kesah la dh kene uji ke blom,ade pengalaman ke x, trpelihara ke x,yg penting kene ingat ni..”Allah janjikan syurga untuk mreka yg tabah mnghadapi ujian Nya serta mmpu menundukkan nafsu, while sape yg ditewaskn oleh nafsu dn bisikan syaitoonn, ehem2 faham2 la”..

      btw, aku x kutuk pun, just mmberi pringatan drpd Allah..n i also dont think d confessor tu mngutuk..disebabkan manusia ni suke judge dn ego, nasihat dn pringatan baek camne skalipun akan di jugded sbagai condemnation

  4. ade betulnye ape yg dia ckp,,pada aku,couple yg mengharamkan bile kau dh x jage pandangan kau,x jage tingkahlaku kau bile dgn perempuan atau lelaki,bile kau dh terniat nk buat maksiat,ha makanya couple tu diharamkan,,ini pandangan saye lah,,maaf kalau silap…sebenarnya dh menjadi lumrah manusia terbitnya perasaan cinta dlm diri,mmg x boleh dinafikan,,,

  5. Ahaha.. ujian untuk dyorg, bila dh terbiasa memg susah nk tinggal ibarat bila dh amal benda tu lebih 40 hari, dh jdi mcm habit dah.. nk terjerumus memg senang, bila dh asyik dok texting ari2 memg menjadilaaa..dri xde perasaan jd ade perasaan..tp nnti akn sampai satu stage dh penat dok mlayan perasaan, emosi bagai + dtg kesedaran dri sndiri tu akan dtg perasaan bosan dgn sendirinya nk texting ngn jantina lain,+ lau xdek smangat nk berubah x jadi jugak..ahaha

  6. Jap2. Kalau diorg couple tapi menutup aurat bagai. Couple satu dosa. Tutup aurat tu wajib. X dosa. Ce kalau dia couple but then dia x tutup aurat. Dia dpt dua dosa kat situ. Aku bukan nak backup aw. Tapi kau jgn ah persoalkan tuntutan syariah yg dia dh ikut. Hormat ah yg tu. Mungkin dia kurang ilmu kat bahagian2 tertentu. yg penting bila kau nampak org2 mcmtu, kau doa je supaya dia terurus ikut panduan yg betul2. Jgn ah judge dr pakaian dia. Kalau kau pakai tutup penuh and org x nampak dosa kau pun mungkin sbb Allah nk tutup aib kau. Syukur. Aku takut nanti kau sndiri je yg kena mcm dia. Anyway, mungkin lepasni kau boleh tegur straight je . Thanks for the advice.

  7. Couple tu berdosa kalau kau buat perkara sumbang. Contohya zina atau seumpama dengannya. Tak salah pun kita mencintai seseorang asalkan kita menjaga maruah, tak lalaikan solat, tidak meninggalkan perintah Allah SWT.

  8. Ustaz time study dulu pernah pesan:
    “Jangan hina dosa/maksiat yg org lain buat. Takut2 nanti kamu takkan mati selagi tak diuji utk buat dosa/maksiat yg sama”.

    Bukan nak backup budaya couple, hanya nak ingatkan, dalam buat baik pun, boleh jd berdosa (cthnya ujub dan ghurur). Wallahua’lam.

  9. Tuhan nak uji kejap je wei- x yah gelak2 la.. doakan kalau diorang mmang ada jodoh diorang kawin cepat2- siapa yang x nak kawin kan.. aku stuju kalau couple ko ckp pasal ikhtilat… tapi dkt sini ni, bila ada group discussion ke makan ramai2 ke, ikhtilat lagi kelaut- x couple, duduk ramai2 bukan alasan ko nk hu ha hu ha suka hati- kadang2 tu satu cafe boleh dengar dya gelak-

  10. Hasanatul Abrar Sayyiatul muqorrobin…
    Allahummahfaz man yahfazhahu fi qolbuh…

    “Hati-hati dengan hati kerana hati itu milik ilahi”.

    Letakkan Allah dihadapan, segala yang lain settle…

  11. Ibu saya ckp jgn pelik tgk org buat dosa yg kte x buat sbb dlm pelik 2 kdg2 terselit sifat bangga diri kte xbuat dosa org tu buat dosa,tu yg end up sndri pn buat dosa yg die kutuk tu..kalo xbole tegur die,doa je semoga dpt hidayah

  12. Aku dulu ada kwn perempuan mindset n mulut mcm ni. Tp skrg dh jd BOHSIA. mgkin sbb x jaga mulut n hati dr mengata n prasangka buruk sesama manusia. Cukup x berkenan bila sentuh bab tudung labuh seolah kau lg mulia x kira labuh or tidak tudung kau salut kepala kau tu. Apa kau ingat manusia lahir2 dh bertudung labuh terus membesar jd perfect ke ? Setiap org lalui proses kematangan. Contohnya ada yg dh bercinta dr zmn sekolah tp mula dpt hidayah utk pakai muslimah bila masuk U. Kau baru 22 umur pn mentah lg and yela nk sedapkan hati kau, aku akui la kau ni betul jaga ikhtilaf, x pernah stim tgk mana2 laki nsem kt dunia ni TAPI ada jgk kemungkinan kau ni mmg takde lelaki berminat. Badan kau bau belacan kuat ? Mulut mcm longkang ? Muka bersepai ? Masa kau akan tiba jgk nnt. Baik atau buruk kau rasa la sendiri nnt. Tak salah nk nasihat. Tp aq betul2 rs pakaian xde kaitan. Sbb labuh2 tu semua ajaran Islam. Kau nk fuck org pakai mcm tu dh kenapa ? Looser.

  13. Btw aku rasa maksud confession sendiri tu dah jelas. Tempat pengakuan atas apa yg dah kau buat and semoga pembaca dpt ambil pengajaran atas kisah yg dikongsi dan x ulang kesilapan confessor. Ni bkn tempat tunjuk suci n hentam org lain seolah kau tu x pernah buat dosa dlm hidup. Mentang identiti rahsia tulis pn ikut sedap :)

  14. Cuba kalau minah rempit tegur sis ni untuk jaga aurat, jaga solat, betulkan bacaan quran sis ni, agak2 sis ni terima tak? Logiknya tak, sebab ego kita tinggi. Yelah, siapa dia nak tegur kita kan.

    Sama jugak dgn orang yg bercouple! Yg tak pernah rasa kena uji, tak payah nak sarkastik sangat pasal couple2 ni. Bagi diorg, kata2 sis ni mcm jenaka sebab yela, ego tinggi. Tak pernah kena boleh lah sembang kencang.

    Cadangan : Try not to be sarcastic atau cakap berkais. You meet them, face them, talk some sense out of them, guide them. Or else, this kind of post is just like janji2 manis BN, propa je lebih, apa pun tak boleh pakai. Haha. P/s: umur muda lagi, you still have a lot to go through

  15. Rasa terpanggil nk komen, kalau nak menegur biarlah berhikmah. Tak perlu niat tulis sentap sgt pastu tulis “haha”. Sorry to say you’re still young and still have a lot to learn. I won’t be surprised dgn org yg kata couple ni haram susah nak berinteraksi dgn orang opposite jantina, “semuanya” haram dlm minda. Please open your mind ya dik, travel abroad if you can.

  16. Daripada kondem orang couple, baik la anda suggest macam mana nak perbaiki diri masing2 tanpa ayat2 macam “aku tak faham kenapa orang sibuk berkapelwalaupun tahu haram” etc sebab meninggalkan perkara haram tak menjadikan manusiatu baik. Sebaliknya manusia baik akan meninggalkan perkara haram. Faham tak? Dan anda yang sibuk kondem ni bukannya berkapel pun. Lepas tu anda nak kondem orang berkapel? Do you even know their struggle? Lebih teruk kalau pernah kapel tapi kondem jgk padahal anda pun dulu sama je. Come on la, kapel bukan satu2nya perkara haram dalam islam. Jangan judgmental sangat boleh?

  17. i dont think that d confessor tu mngutuk or condemn org yg bercouple..disebabkan manusia ni suke judge dn ego, nasihat dn pringatan baek camne skalipun akan di jugded sbagai condemnation..ok bye

  18. Post-bmc. Couple tu xpe, tp pndai2 la jaga. Kenal psgn tu sgt sgt penting sbb dh bnyk blaku penceraian disebabkn konon cinta lepas nikah. Its good. Yea, but if u get a good spouse la. If not, merana. Kesimpulannya, perspektif. Stiap org ujian dia lain2. Tp yg penting, jgn anggap apa yg kite buat tu better dr org lain. Penyakit hati jgk tu. Sekian. Kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *