Cerita ni sekadar pengajaran dan aku harap korang Muslimah tak buat macam ni.
Aku ada roomate. Yes, exactly she’s my roomate just for two semesters.
Pada awalnya, aku rasa budak ni bagus. Semua orang bagus sebenarnya. Dia bagus sebab dia cintakan buku, banyak dah buku dia simpan (baca atau tidak tak tahu), pengemas dan pembersih, simple, tutup aurat perfect.
Lama kelamaan aku rasa pelik, dia asyik beritahu aku
“aku benci couple ”
“aku tak suka la budak kelas kita couple”
“aku tak berminat nak dengar gosip orang couple”
Atau ayat mudah dia memang benci sangat-sangat. Aku faham. Jika seseorang mencintai Allah dan taat perintah Allah, dan merasai kemanisan imaan..pasti dia akan timbul perasaan tak suka maksiat, tak nak buat maksiat. Huhu. Bagus.
TETAPI
Sangkaan aku seribu satu meleset! Aku ditipu selama satu sem. Di sebalik segala kebencian dia sebenarnya dia couple. Pada mulanya seseorang bercerita pada aku. Aku rasa itu fitnah. Appearance dia di hadapan aku gagal menunjukkan pada aku dia couple makan aku tak percaya
Tiba-tiba datang orang kedua, ketiga, seterusnya kawan-kawan rapat dia banyak yang terlepas cakap dia ada seseorang – lelaki tersebut layak dah kahwin sebenarnya tapi dia masih degree sebab itu belum dapat berkahwin (dihalang ibubapa).
teringat pada sem 1 dahulu, dia hairan kenapa mak dia tak bagi kahwin? Dan dia rasa cemburu mak aku izinkan kahwin walaupun aku belum grad (tapi aku tak nak lagi buat masa sekarang..nak bersedia dulu).
Jadi sejak daripada saat aku tahu sampai sekarang ni (saat menulis ni), aku aku aku tertipu. Bila aku sembang dengan kawan lain.. Mereka beritahu bahawa dia cuba nak tutup aib dia sebenarnya. Tak mahu aku tahu sebab dia tahu aku tak couple dan aku jaga ikhtilat (In Sha Allah, moga Dia pelihara aku sampai saat hembusan nafas terakhir).
Baru aku sedar, selama ni dia keluar setiap hari hampir 4 jam total dia keluar rupanya memang keluar. Dia akan gunakan ayat biasa..
“aku pergi bawah”
“aku pergi kafe”
Tapi.. Bila aku pergi bawah/ kafe atau apa jua tempat yang diberitahu, dia memang tak ada di situ. Bukan sekali, berkali-kali.
Dan
Dia tak tahu aku tahu dia bohong pada aku. Allah. Aku seorang roomate yang gagal tarik roomate aku ke lembah penghinaan (couple), aku biarkan dia berduaan dengan lelaki bukan mahram, aku biar dia berbohong.
Maafkan aku. Roomate.
Aku tak ada kuasa. Aku hanya mampu membenci di dalam hati. Moga kau kembali di pangkal jalan.. :(
Aku tahu kau bahagia sekarang dengan pak we kau. Tapi, akhirat nanti..? Hmm
Kau dah tutup aurat.
Kau dah solat.
Kau seorang penuntut ilmu.
Kau anak yang taat.
Tapi itulah. Aku harap tangisan aku ni dia tak nampak, haha. Sedih kot tulis benda ni..
Aku sayang dia, tapi tak tahu nak tolong macam mana. Help
– B
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Mmg susah, tp dh try tanya direct?
Tanggungjwb kita utk tegur kan. Bkn bereti jaga tepi kain.
Kalau mmpu, cuba tanya. Slow talk. Kalau tak, mampu membenci jela kot kan.
takfaham sangat penulisan confessor . adeehh , sedih tapi ‘haha’ ? okay , abaikan . mnx maaf dengan dia sbb xmampu nak tegur ? come on lha babe , serumet kot . tegur lha secara berhemah . antara benda y ko boleh buat , ajak dy ke usrah atau ceramah agama . try ajak dy sibuk²kan diri ke sana . ko nampak dy ngan laki lain , then , bila dy cakap ‘ dy benci couple ‘ apa semua tu , ko cakap lha , y dy g jumpa ajnabi xpe pulak ? lgpun kan , mana lha tau tu laki dy . i mean suami dy , kita tak tahu cerita . haaaaa . so better tanya depan² .
Btl tu sis. Lgpun confessor ni thu melalui dari mulut org lain bkn dari pengakuan rumet dia ??
haha tu lha pasai .?
Ha ah. Tegur je la. Afifah Baharin tegur saya lembut je. Suka cara dia tegur. Kan Afifah kan.
Kpd confessor, berdasarkan cerita yg kamu tulis, saya rasa sebenarnya dia nk berhenti drpd bercouple, tapi dia sering terjatuh dan kalah kpd nafsu. Dia benci perbuatan yg dia buat tapi dia tk mampu nk tinggalkan. Nasihat saya, cuba dekati dia dgn lebih dekat. Kalau nmpak dia mcm ada masalah, terus tanya, jgn tunggu dia cakap dahulu, percayalah, bila kamu buat mcm tu, dia akn percaya kpd kamu sebab kamu ambil berat pasal dia. Cuba kamu dengar dahulu masalah dia mcm mana dia bleh terlibat dgn couple, bila dah tahu punca, barulah cari penyelesaian masalah.
Kalau dia ada masalah kahwin dgn lelaki tu sebab ayah tk bagi, dia bleh dptkan kelulusan utk berkahwin di mahkamah syariah seandainya ayah dia tk nk jadi wali. Mahkamah syariah akn call ayah dia utk dptkan kepastian mengenai wali, seandainya betul, mahkamah syariah akn melantik wali hakim utk mewakili dia. Utk tahu lebih lanjut, cuba pergi tgk dlm youtube ceramah yg bertajuk ustaz Azhar di Unisel. Dia ada bahas pasal benda ni. Good luck confessor
Why cant call her muslimah is she is a muslim?
Yes she is a Muslim
Maybe dia confuse dgn maksud mukminah ?
Dia pun manusia biasa… Bukan malaikat..
Selain dr semua yg komen2 ni bg idea utk tegur dia.. Tolong doakan dia sekali. Doakan yg baik2 utk awk dn dia.. Mcm kalau btul lelaki itu terbaik utk dia, maka permudahkan urusan dia utk berkahwin etc.
Wpun susah, tp tolong jgn judge dia dn beri sokongan kpd dia mcm komen2 di sini ckp. She’s still a muslimah (islam). Yg membezakan seseorang itu adalah mukminah (iman)…
Tp siapa kita kan, utk judge.. Hoho. Moga kita juga dipelihara dan mempunyai pengakhiran yg baik2..
Kalau x mampu tegur dlm hati aje la
And itu adalah selemah2 iman. So choose.
kenapa plak tak leh panggil dia muslimah? muslimah tu kan maksud dia wanita muslim. dia masih Islam. cuma dia pergi dating. pergi dating tak menjadikan dia kafir.
confessor cuma dengar cerita dari org. dan terus berburuk sangka. kenapa tak terus tegur berdepan kalau betul kamu rasa dia dah buat salah? ni tak. kamu belum tegur pun, kamu dah membenci dia dalam hati.
akak harap kawan kamu tu suatu hari dia akan dapat kawan yg lebih baik yg boleh bimbing dia. amin. akak kasihan dekat dia sbb dapat kawan mcm kamu yg simply label org lain bukan muslimah.
Everyone makes mistakes. And im sure dia just bnci perkara yg roomate dia buat :)
Hate the sin. Not the sinner. Selagi awk boleh dekati dia pls dekatkan. Saya rasa en, dia dulu nya jenis yg jaga jugak. Cuma mungkin dia dah terjerat dlm hubungan yg mcmtu, so even dia ckp dia bnci couple tu mungkin sbb dia nak try berhenti drpd buat bnde mcmtu (keluar dgn lelaki , etc) thats why dia ckp mcmtu. Or maybe dia nak dgr pendapat awak ke en. Hehe. So rn, awk just teruskan sangka baik awk. Jangan anggap dia tu teruk ke ape ke. I think she needs you. Try rapatkan hubungan dgn dia as close as u can be. And then awak boleh try cucukkan jarum dlm diri dia. Jangan sampai menghina or sinis. InshaAllah u can :) anyway, rajin2kan lah diri ajak dia keluar sekali or distract her from that thing. Banyak je bnde boleh buat :) and the most important is, your prayer for her. Doakan dia supaya Allah terus jaga dia. InshaAllah. Saya dah melalui smua ni inshaAllah harap sy dpt membantu jugak.
Try halang dia drpd berjumpa dgn couple die..maksudnya kat sini bile dia cakap die nak keluar jumpe dgn couple die halang die dgn cara ajak die pi shopping ka..pi jalan2 dgn dia ka sbb boring…insyhaAllah die x tolak ajakn kita
Alyaa Alway Nik Nor Fazeera