selama dua puluh empat tahun hidup. tak pernah mana mana lelaki masuk dalam hati. sampai tiba tiba ada seorang ustaz datang melamar. perkenalan bermula dari orang tengah yang juga merupakan sahabat kami berdua.
saya terbuka hati untuk terima perkenalan ini sebab yang pertama title nya sebagai ustaz. yang kedua kerana saya ingat dia hadir sebagai jawapan pada doa saya yang mahukan seseorang yang dapat bimbing saya.
semasa sesi taaruf. ustaz ada juga minta gambar. tapi saya dah warning awal awal yang saya ini gemuk dan tak berapa lawa. tapi ustaz bagitaw ustaz tak pandang fizikal ini semua. sesi taaruf berjalan lancar.
semasa saya sedang hadapi minggu study week pada semester kedua akhir. saya dapat panggilan dari ustaz. katanya nak bawa family datang ke rumah. saya yang sedang kalut ‘study’ segera pulang ke kampung.
tanpa pengetahuan rakan rakan sesi merisik telah berjalan dengan jayanya. satu yang saya perasan. ustaz tak banyak bersuara. saya fikir mungkin ustaz segan. hasil perbincangan. kami bercadang untuk bertunang semasa bulan syawal.
selepas sesi merisik berlangsung. satu perkara yang saya perasan. ustaz dah macam lain. ayat ustaz dah banyak macam perli perli.
” makanlah banyak banyak lagi ”
” kawan kawan awak ramai yang lagi cantik dari awak ”
” cubalah diet sedikit ”
dan kemuncaknya bila ustaz bagitahu yang ustaz nak tamatkan perhubungan kami. tapi ayat ustaz berlapik sangat.
” ini baju nikah saya. terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup saya nanti awak carilah orang lain yang lebih layak untuk awak ”
saya hanya mampu balas ” ok. baiklah. tahniah ”
bila saya tanya kenapa ustaz buat saya macam nih. siapa sebenarnya saya pada ustaz. jawapan ustaz mudah je.
” saya pun tak ada jawapan untuk soalan awak. saya pun tak tahu siapa awak pada saya”
masa tuh bulan puasa. minggu kedua. lagi dua minggu nak masuk raya. maksudnya. lagi beberapa minggu untuk tiba tarikh pertunangan kami. masa tuh saya rasa macam jatuh terduduk.
saya tak bagitahu dekat family apa yang terjadi sebab tak nak risaukan mereka. saya cuma bagitahu yang tarikh pertunangan ditangguhkan sebab saya nak fokus belajar.
seminggu saya ponteng kelas. hidup saya menangis. tidur. saya tak bagitahu siapa siapa pun apa yang terjadi. termasuklah roomate saya. segala thesis. presentation. viva. semua saya tolak tepi masa ini. saya jenis yang susah nak menangis. tapi sekali saya menangis saya susah nak berhenti.
sampailah satu hari. ketika saya sedang mengasingkan diri di library. datang seorang sahabat. mungkin sebab saya rasa sangat terbeban ketika itu. saya ceritakan segalanya pada beliau.
satu pesanan dia yang saya ingat ” kita dah tahun terakhir semester terakhir. mak ayah kita dah labur banyak untuk lihat kita berjaya. tak kan kita nak lemah hanya kerana dia yang tak reti hargai kita? ”
sejak hari itu. saya sapu air mata. saya katakan dekat diri saya. saya akan buktikan yang saya lebih baik dan tak terjejas dengan apa yang dia buat.
alhamdulillah. walaupun pointer semester terakhir saya bukanlah 4 rata. tapi saya bersyukur sebab merasa pointer dean list. rasa bersyukur sebab dapat tamatkan semester terakhir dengan taffnya.
akhirnya selepas saya berjaya menamatkan semester terakhir. saya telah ceritakan kesemuanya kepada ibu bapa saya. buat kali pertama seumur hidup saya menangis atas riba ibu saya.
setelah hampir 7 bulan semua ini berlaku. alhamdulillah. saya dah semakin kuat walaupun saya masih tidak mampu lupakan keperitan menempuh saat saat sukar itu.
oh ya. minggu lepas saya dapat tahu ustaz bakal berkahwin bulan syawal depan. saya harap ustaz dapat seorang isteri yang ustaz idamkan.
pesanan saya :
1. jangan mudah terpengaruh dengan tittle ustaz. jangan hanya mencari orang yang tinggi ilmu agama. tapi carilah orang yang mengamalkan ilmu agamanya.
2. cari orang yang bukan hanya boleh terima kelebihan kita. tapi boleh juga terima kekurangan kita. termasuklah kekurangan fizikal kita.
3. kalau jumpa orang yang suka pandang fizikal ini. buang sahaja cepat cepat. mungkin dia boleh tertarik masa kita kurus sebelum kahwin ini. tapi bagaimana kalau kita gemuk lepas bersalin nanti?
4. jangan bersedih terlalu lama. tukarkan cepat cepat mood sedih kepada sesuatu yang lebih positif. buktikan yang kita lebih bagus dari orang yang tinggalkan kita sangka.
5. belajar memaafkan. walaupun semester terakhir saya hampir lingkup disebabkan perbuatan dia. namun. saya belajar untuk maafkan dia. bukan untuk dia. tapi untuk ketenangan hati saya.
6. jangan pendamkan masalah seorang diri. belajarlah untuk berkongsi rasa hati. tapi hati hati ketika memilih bahu atau telinga untuk dipinjam.
– unknown
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
tahniah pd confessor dpt Dean’s list
Alyssa Audra Farhana Hamid
Wan Zulkarnai
Kuat sangat2 sis ni :) Terima kasih atas perkongsian. takpe la sis, mungkin Allah nak bagi pengalaman..
Confessor sndr yg fail kwl emosi. Manusia berhak memilih. Xkn lr sbb ustaz tu dtg kt ko sbb nk kenal lps tu wajib proceed jgk kalo xberkenan.
Dah jumpa keluarga kott apa semua. Dah bab main hati. Tapi at least she can move on even take time.
Abis kang org ajak kapel cara kapir kena kecam plak. Xjumpa parent salah jumpa salah
X kena pd diri sndiri @ darah dging….jika ianya brlaku pd adik @ kakak sendiri..x psl2 jd darah phlwn….klau x nk ..ckp terus terang slps dtng tngok…tntunya dah bg harapan..klau x x kn la sis tu menaruh hrpn..hati perempuan..u will never understand
Tahniah Sis…anggp la Allah hntr ustaz utk sis berubah kpd yg lbih baik..utk sis lebih mnghargai apa yg bkl sis dpt pd hari2 mndtng
Perancangan Allah adalah yg trbaik
Nampak mcm teruk…rasanya amat menyakitkn…tapi Allah nk bg sis ssuatu yg tntunya lebih baik & indah dr sekarang..siapa tahu ..itu teguran Allah utk sis jd lebih sihat..lebih ceria..sntiasa ingt padaNya..meletakkn cinta pdNya plng utama
Berikan hatimu yg baik kpd manusia
Manusia akn mnghncurkn
Tetapi apabila kau mmberikn hatimu yg hancur kpd Allah
Allah akn mmperbaikinya?…mamaAdamLuqman
Adam Luqman agree with you Adam. Different people has different level to control his/her emotion. Probably Ucop AX has a magnificent level to control his emotion when it comes to harapan yang tak kesampaian.
Ha3 so kesimpulan nye ustaz yg bslh sbb nk berkenalan dan buat confessor kecewa
X prlu menuding jari..kita yg mmbaca pnglmn orng lain…berilh sdikit pndangn yg mmbina & doakn yg trbaik..salah @ benar..bukan urusan kita manusia..itu urusan Allah SWT
Lelaki dn perempuan dijadikan unik dan berbeza. Di mana emosi adalah satu kelebihan buat perempuan utk membina keluarganya dn lelaki dgn akalnya. Cerita ni kalau lihat secara neutral bukan nk point siapa yg bersalah.. Dia nk ckp mcm mana dia move on dgn org yg bukan jodoh dia tp kebetulan seorang ustaz yg dia pandang tinggi. Kecewa dia itu krn org yg dipandang tinggi melihat seseorang dgn fizikal.. Sbb sblm tu dr katanya dia tk kisah. Kita baca one side of the story..Tenang dan letaklah empathy. Kita digest apa yg kita nak.. Digest lah benda positif yg boleh diambil pengajaran.
Nak move on tu, hanya org yg pernah alami sahaja tau. So balikkan hati kita pd yg empunya hati.. Peace ok?
Nur Syahidah
setuju.. manusia berhak memilih..pilih la nak macam mana pun sblm terikat dgn sape2 pun.. tapi bila dah pilih tolong bertanggungjawab sikit dgn keputusan yg kita dah buat..simple sense kot ucop oi
Kalo bdsrkan apa confessor tulis. Dia baru merisik xsempat bertunang lg
Merisik.pastu da set kata nk betunang time raya..tak macam da bejanji ke tu..janji kan tu..
Ke ucop nie ‘ustaz’ tu?
Org da btunang pon boleh putus. Lwk lr korg nye minda semua anggap da xboleh pth balik kalo dah buat kptsn. Berbalik pd point asal aku manusia berhak memilih. Bljr2 lr kwl emosi.
Lebih baik dia tarik diri awl2 daripada proceed ke next stage ye x…
Ustaz pun manusia….kihkihkih..
Tapi Ustaz tu stail kurang ajaq punya Ustaz
Yup….yg nk sgt tu knapa…kn?kn?
Bagus la you ni. Alhamdulillah, Allah ajar you semua dalam satu pengalaman je. Yeah jangan percaya sangat kat ustaz. Semoga you berjaya Dunia dan Akhirat. Ameen.
Jadikan ni sbg cabaran utk awk kurus. Niat kurus utk sihat rasa senang bergerak senang nak solat n rasa konfiden itu dtg.
Cari cara diet yg berkesan. Kurgkan mkn mknan berkarbo tggi selama 2 3 minggu, n avoid lgsg bnda2 bergula. Sbb benda2 tu yg penghlng utama utuk kurus.
Badan bila ambik karbo n gula byk, tenaga hbes digunakan utk proses bakar lemak n guka ja..bila hbes tenaga so lemak2 dlm berbadan berkumpul..tkdak sapa nk p kacau dia. Sbb tu bila kurgkan karbo n gula, tenaga dlm bdn kita dok tercari2 manaa nya si karbo n gula ni p mana tkdak lm bdn..so dia pon mula la godek2 cari lemak nk kacau lemak plk.
Org gemuk tk selamanya akan kekal gemok org kurus tak selamanya akan kekal kurus.
Org gemok boleh jd kurus, org kurus boleh jd gemok.
Jdkan hinaan tu sbg kekuatan kita. Kipidappppp dongibab sister!
Ya setuju diet la utk senang beribadat senang bekerja utk kesihatan di samping itu bila kita kurus automatik kita akan cantik.
Siti Hajar Che Sulong . Bak kata ayt bwh tu “Org gemuk tk selamanya akan kekal gemok org kurus tak selamanya akan kekal kurus.
Org gemok boleh jd kurus, org kurus boleh jd gemok.” Hehe
Mmg ni diet yg i buat. Hasil mmg puas hati. Tp iman aku lemah ma. Haha
atkins
Hehe. Kuatkan imanmu Siti Hajar Che Sulong . Tundukkan nafsu makanmu itu ?
“Saya belajar untuk maafkan dia. bukan untuk dia. tapi untuk ketenangan hati saya.”
x ada alasan untuk x brjodoh melain kan ianya takdir Allah…attitude tu yg pnting…xsuka bgtau awl2…kali nk lg best…bgtau sbbnye…tp kalu rase sbb tu blh buat org down, cukup skadar prbincangan rgkas…
Kak Asmida Syahira. Baca kak. tp xsemua tau ust cmni.. mogaa y baik2 saja dtg
thanks lily :* sangat bguna cerita cmni
Ana Nur Farhana baca ni sat
Sabarlah awak.. ?
Aena Osman
Irel Wani Izzat Isma Auni
Pasai apa?
Pasai ostad haha.
Syok na cita pasai ostad…hahahaha
Xsemestinya ustaz je blh bimbing..byk je lelaki2 bukan title ustaz pon blh bimbing n lg baik dari ustaz..
Xsemestinya ustaz je blh bimbing..byk je lelaki2 bukan title ustaz pon blh bimbing n lg baik dari ustaz..
Syuhada Ariffah Asri sedihnyaaaaaa
Syuhada Ariffah Asri sedihnyaaaaaa
Zaiton Ahmad
Zaiton Ahmad
you go girl,,, dun give up… ;)
Jannah Rahim huhu
Hmmmm…haa dgo tu
Tajuk dia tak boleh blaaa la pasrah sungguh..jiwang pon ada…saje je nak jatuhkan cita2 koy hahhahahaha.
Takpe dani..koy doa aok dpat pak ustad la
Berbaur perli…koy nok tukaaa taste lah slps apa yg dihadapi minah ni hehe
Ummm..koy dah ade calom tok aok
Amar bahrin bukan jodohku
In syaa Allah jodoh aku
Mohd Ashrawi Mohd Radzali
wahh,,betol2 apa dia cite tu???
ALLAH telah atur kita dengan sebaik2 perancangan…percaya padanya…in Sha Allah….kita akn temui kebahagian yg hakiki…amin..
Fatin Nabilah ouch
Ish
Nurul Akma move on huhu
Noryamin Badaway
Yang bagusnya sis x heboh tentang org dtg merisik dan prancangan nk btunang. Tu la hikmah kena rahsiakan pertunangan sbb tu proses nk kenal bakal pasangan. Masa merisik tu jugak masa utk tgk depan mata lebih detail. Jd selagi tak akad nikah kita x perlu heboh2. Dah tertulis bkn jodoh sis. Insyaallah ada ganti yg lebih baik. Be positif ye, mmg betul dh proses ni smua. Cuma mgkin yg silapnya spjg berhubung sblum merisik tu ustaz tu terbagi hrpn tlalu tggi atau sis ingat dia bnr2 jodoh sis hgga letak hrpn tggi.
Syuhada Hakimin baco ni.
Mencanak darah aku wey. Kalau dpt la ‘ustat’ tu kat aku. Memang kena lanyak la
Hahaha sabar2. Take it positive?
Suhaila Shukor…
Masya Allah. Sangat terkesan. Ingat, jangan terlampau sedih. Boleh sedih tapi cepat2 kuatkn diri balik ye sayang. ???
betul la makin tinggi ilmu makin kuat kita diuji..
lately byk confession psl lelaki ala2 alim berlagak suci yg mendambakan bidadari sgbgai psgn.. hoi korang sedar tak bidadari yg perfect segala bagai tu cuma ada kat syurga.. yg korang jumpa kat dunia ni namanya manusia.. faham tak maksud manusia? kalau kesempurnaan yg dicari pergi mati dulu, nnti kat syurga jumpa la bidadari (ni aku sgka baik ni diorang yg bajet suci ni ke syurga straight)
Rezeki ada kat mana2 سيتي عايشة
Deep .. ? betul tu , klu nk kenal org tak boleh tgok luaran .. dlam belum tentu sama mcm luarannya.
Hafiz Azman jgn memandang rupe
Farhanah Akashah
Fuyyyoo adikkkk.. ???
A piece of advice to u gal.
Don’t cry over boy..
Do some squat and make him cry..
Wishing he still had dat ass!
Sincere from caring boy..
Ainur Farah bca ni
Ya Allah.. sedihnya, kesian die.. tp die tabah.. masha Allah..
kannnn hurmmm
Wannyss Adnan
Siti Hajar Mohd Nor
Abdullah Syukri