09:24 AM,
30 September 2014,
United Kingdom.
“What happen?! Oh my god! What you’ve done Dr Zack?!”
Soalannya tidak dijawab. Sunyi.
Alex, lelaki berbangsa pedagang berjaya yang mempunyai sepasang mata sepet itu terbeliak melihat tangan kanan beurat milik Dr zack menggelupur kesakitan. Matanya dialih pandang pada meja milik Dr Zack. Berselerak dengan fail yang memuntahkan kertas-kertas putih. Terdapat palitan cecair biru jernih pada tepi tangan kiri bersarung tangan putih milik Dr Zack juga ada jarum suntikan yang isi biru jernihnya tinggal separuh. Separuh lagi berkemungkinan besar sedang giat merebak dalam badan Dr Zack. Mungkin.
Belum sempat menyepetkan semula mata, dengan pantas Alex menyelerakkan lagi kertas-kertas di atas meja Dr Zack. Mencari jika ada petanda atau apa-apa yang boleh dijadikan jawapan mengapa Dr Zack dalam keadaan sebegitu. Apa yang dia tahu, pukul sembilan pagi hingga tiga petang adalah waktu untuk Dr Zack menjalankan ujikaji formula bagi penawar mental. Jam ditoleh, jarum jam tepat pukul sembilan tiga puluh minit pagi. Peluhnya mula bercambah. Dadanya bertambah bergelora. Tidak mungkin cecair biru jernih itu adalah formula penawar yang dibikin sendiri oleh Dr Zack. Dan mengapa cecair itu disuntik ke tangan kanan Dr Zack? Siapa yang menyuntiknya?
Kepala digerak ke kiri dan ke kanan dalam keadaan yang cukup panik. Kamera digital mungkin milik Dr Zack dicapai. Alex melopong tidak percaya apabila melihat rakaman video dari kamera yang mungkin milik Dr Zack yang tadinya terletak elok di atas meja kecil berhadapan meja berselerak tadi. Rakaman tersebut bermula dengan ucapan seorang lelaki berusia dalam lingkungan sembilan belas tahun.
“Hello Alex, please help me if something happens.”
Ya, lelaki berjambang itulah Dr Zack. Muka Dr Zack dihiasi senyuman ketika menyatakan ucapannya.
Selesai sahaja memberi ucapan, Dr Zack dilihat duduk diatas kerusi yang didudukinya sekarang dengan jarum suntikan berisi cecair biru jernih di tangan kiri manakala tangan kanan kelihatan sedia untuk disuntik. Beberapa saat selepas itu, bermulalah adegan menyuntik diri. Kemudian tangan kanan beruratnya dilihat menggeletar seperti mula-mula Alex melihatnya. Jarum suntikan pada tangan kiri dilepas cepat tanpa izin.
Kamera digital diletak kembali.
“Ah! You’re crazy!!” Jerit Alex selepas menonton cerita disebalik menggeletarnya tangan milik Dr Zack.
Kertas diatas meja diselerakkan kembali. Giat mencari apa-apa maklumat. Dengan pantas Alex membaca sehelai kertas A4 bertulis penerangan berkenaan projek ujikaji formula penawar mental milik Dr Zack. Di belakang kertas tertulis tujuan ujikaji tersebut. Ujikaji dijalankan bagi memulihkan pesakit mental dalam tempoh satu bulan tanpa ujian psikologi mahupun rohani. Maknanya, hanya menyuntik dan anda akan kembali normal.
“Life will be so hard if you’re a genius, Dr Zack.”
***
Sayap kapal terbang mula ke awan biru dan terus menuju ke destinasi. Lengan kemeja putih dilipat sehingga menampakkan lengan. Rambut dikaup. Puas. Mata persis helang itu menjenguk luar. Baginya, yang dilihat hanyalah pemandangan yang membosankan. Maklumlah dari kecil dibawa menaiki kapal terbang. Sedang asyik menelaah sebuah buku nota berkulit hitam bersaiz sederhana. Satu demi satu muka surat memaparkan tulisan yang boleh dikira ditulis dalam keadaan malas. Pen dari poket kemeja putih diambil lalu laju pen menari pada helaian kosong buku nota tersebut.
Rama-rama itu sedang terbang,
Dilihat sayapnya tidak bewarna,
Pucat dan lesu,
Lelah dan kaku,
Dikritik kritikan manusia,
Hanya hitam putih menghiasi kornea matanya.
Buku ditutup rapat. Pen dilepas dari genggaman jari. Usai menggeliatkan badan yang letih ke kiri dan ke kanan. Mata bewarna hazel miliknya itu berubah redup. Pandangannya dialih namun tetap saja mata redup miliknya itu merenung seorang lelaki lengkap bersut memakai kopiah putih yang sedang menunaikan solat bersebelahan dengan seatnya. Cuma laluan kecil menjadi benteng yang memisahkan mereka. Empat minit berlalu, selesai sudah urusan lelaki itu dengan tuhannya. Kopiah putih dicabut, diselit di dalam kot hitam yang dipakai lelaki itu.
Bagi seorang atheis sepertinya. Mana ada agama yang mampu membahagiakannya. Jadi, dia langsung tidak memberi peluang pada dirinya untuk beragama. Walaupun agama Hindu, Budha dan Islam telah lama datang ke Malaysia, tiadalah satu agama pun yang terlekat pada jiwanya. Dia lebih rela diisi kosong. Nikmat agama tidak pernah dirasanya. Namun dia mengaku, Islam pernah menjadi agamanya suatu ketika dahulu ketika dia belum mengenal dunia atau dengan senang faham, belum baligh. Itupun bukan dengan didikan Islam yang sebenar.
“Hey dude.”
Haish dia perasan ke aku tengok dia…
“Hey..” jawabku.
“I’m Abrar and…you?”
“Adam,” jawabnya ringkas.
“Your name sounds Islamic if you wanna know. Are you Malay?”
Ibu bapanya bukan seikhlas hati mahu meletakkan nama Adam. Jika tidak kerana neneknya yang memaksa, mungkin namanya sekarang ialah John atau Jack. Memandangkan agama asal bapanya adalah kristian maka faham-faham sajalah. Harapan neneknya agar ada sinar agama pada cucunya tersekat setengah jalan.
“Yeah.. I’m malaysian.”
“Melayu celup ke asli?”
“Mixed,” jawab Adam.
“Like I guess,” sambil mengulum senyum.
Wajah Adam sememangnya tidak nampak langsung bergenetik melayu. Kulit putih dengan mata bewarna hazelnya itu tiada langsung ciri kemelayuan. Tidak lupa pada hidungnya yang mancung seperti pelakon filem hollywood. Sekali imbas seperti orang barat. Sepuluh kali imbas pun tetap seperti orang barat.
Macam mana dia perasan aku ni melayu pun aku tak tau la…
“Kau buat apa kat UK ni? Sambung PHD or what?” Tanyanya sambil memasukkan earphone bewarna putih ke telinga.
Kening tebal molek milik Adam diangkat. Sembang apa pakai earphone..
“I’m a freelance.”
“Ohh..”
“And..you? A prime minister?” Tanya Adam diakhiri dengan ketawa kecil menampakkan barisan gigi putihnya.
“Hahaha. Aku buat bisnes sikit kat UK. But now got time to go Malaysia.”
Adam angguk. Malas hendak menanya macam-macam walhal bermacam soalan berada dibenaknya ketika itu, terutamanya berkenaan agama yang dianuti Abrar sehingga membuatkan Abrar tetap patuh menunaikan kewajipannya walaupun di dalam kapal terbang. Perjalanan selama satu jam di awan biru ini membawa perkenalan singkat antara mereka. Membuatkan hati Adam terfikir dengan pilihannya dalam memilih panduan hidup. Apakah benar ini skrip kehidupan yang telah ditulis tuhan yang tidak disembahnya? Apakah benar babak yang dilakonkannya ini tidak ada penulis? Peluang menganut mana-mana agama tidak ada pada dirinya. Bukan disekat orang lain, namun dirinya sendiri yang tidak memberi peluang.
Ah, persetankan semua tu..
Empat jam yang lepas diisi dengan lena tidur. Berbaki lagi sembilan jam, kepala ditoleh ke kanan. Melihat Abrar sedang asyik menggerakkan mulut tanpa suara seakan mengikuti lirik lagu yang didengarinya. Tangan ditunjal pada bahu Abrar.
“Bro kau dengar lagu apa?”
“Lagu cinta. Hehehe..”
Earphone dibaling pada Adam, pantas disambutnya. Hanya tiga saat yang diperlukan untuk Adam menghadam bunyi yang cukup dikenali berpuluh-puluh tahun sebelumnya. Bunyi alunan al-Quran yang sering didengari meniti pada bibir arwah neneknya, bunyi keramat muslim sejati. Dia juga tidak melepaskan peluang mempelajari bagaimana mengalunkan kalam Allah suatu ketika dahulu sebelum dia baligh. Tapi semenjak dibawa berhijrah ke United Kingdom bersama ibu bapanya, budaya barat semakin sebati di dalam jiwanya. Abrar mengangkat kening sambil menjuih bibir melihat reaksi Adam mencabut earphone dari telinganya. Tidak dijangka reaksinya menjadi sebegitu rupa. Lagu cinta apa macam tu…
“Sorry, I thought you’re a muslim.”
Maaf tidak dijawab.
Earphone dipakai semula di telinga Abrar. Setelah menyeluk poket bahagian dalam kot hitamnya, Abrar menghulur sekeping kad nama pada Adam. Giliran Adam pula menghulur sekeping kad nama bewarna biru tua pada Abrar.
“Thanks.”
ARGH!
Sedang Adam merenung putih salju awan diluar tingkap, terdengar seorang penumpang menjerit kesakitan sambil memegang kemas kaki belah kirinya. Bergegas Adam ke tempat duduk penumpang itu.
“Why? Let me check,” sambil memegang kaki penumpang tersebut.
“Here. Auch!” Kata penumpang berjantina perempuan yang tidak lepas memegang kemas kakinya.
“Blood clotting… you need to drink more plain water or juice. Do no bent your legs, make it straight,” terang Adam dengan wajah yang tenang.
“Thank you….”
“Adam. I am Adam. Next time, you ought to walk once every one hour,” tambah Adam lagi.
“Yeah thank you,” jawab perempuan berloghat british itu sambil masih memegang kakinya.
“No problem,” sambil tersenyum.
Sekembalinya Adam pada tempat duduk sambil melihat jam pada pergelangan tangannya. Tinggal kira-kira lagi lima jam dia berada di dalam kapal terbang ini.
“Asal dengan dia?” Tanya Abrar sambil menoleh pada sisi Adam.
“Blood clotting… pembekuan darah di kaki buat her left leg bengkak and sakit. You know It is quite worst if she still not walks around. Darah yang beku tu akan berpecah ke paru-paru, and it will be more worst. Kaki dia boleh berterusan jadi macam tu until we depart,” penerangan panjang lebar keluar dengan lancar dari mulut Adam.
Mulut Abrar terlopong mendengar penerangan panjang lebar oleh Adam.
“Wuuu! Macam doktor ah kau ni, pernah jadi doktor ke apa.”
Adam senyum dengan mimik muka seakan menyebut perkataan; well.
Akhirnya, senyuman terhias di bibir-bibir mereka.
***
Destinasi telah sampai untuk diterokai. Adam hanya membawa sedikit pakaian. Beberapa helai T-shirt dan kemeja serta seluar jeans yang dibeli ketika dia masih berada di United Kingdom. Bukan apa, dia punya cadangan untuk membeli pakaian di Malaysia, mungkin lebih membuatkan tubuhnya selesa dengan iklim disini fikirnya. Maklumlah, iklim mereka berlainan walaupun semua negara di bumi berkongsi langit yang sama, cuma lautan yang memisahkan tanah-tanah mereka.
Apa yang dicari Adam sebenarnya bukan ahli keluarga. Dia sudah tiada sesiapa disini, semuanya telah pulang ke Kampung ‘asal’ dengan masing-masing memegang status yatim piatu. Roti canai. Ya, ini yang dicari. Jam ditoleh, tepat pukul sembilan malam. Roti canai apa malam-malam…
Tanpa arah tuju, Adam menahan sebuah teksi diseberang jalan.
“Where are you going?” Kata pemandu teksi separuh umur, mungkin menganggap Adam bukan seorang bewarganegara Malaysia.
“Saya Melayu pakcik. Ehehe.”
Beg sandang hitam yang kekal dibahu dari tadi dibukakan zip. Kini, ditangan Adam ada secebis helaian kecil kertas putih berisi alamat rumahnya dahulu. Kertas dihulur pada pakcik pemandu teksi. Giliran pemandu teksi separuh umur itu pula membaca alamat yang tertera.
“No hal!” Kata pakcik pemandu teksi.
Setibanya di perkarangan Kampung Pengkalan. Baris tawar senyuman terukir pada wajahnya, apa yang dia lihat kini tiada beza. Berpuluh-puluh tahun yang ditinggalkan tidak memberi impak yang besar pada kawasan pertempatan Melayu ini. Sesuatu yang tidak dijangka-jangka. Arus kemodenan langsung tidak mengikis semangat penduduk kampung. Apa yang dijangka hanyalah rumah-rumah kayu diroboh untuk dibina rumah agam kukuh yang semestinya diperbuat daripada batu dicampur dengan simen. Yang pada hasilnya, rumah lebih kelihatan mewah dan kukuh bersesuaian dengan arus kemodenan yang dikecapi oleh negara Malaysia yang sedang membangun. Ini sudah difikirkan semasa Adam berada di dalam teksi tadi, ekoran yang dilihatnya dalam perjalanan ke Kampung Pengkalan adalah bangunan-bangunan tinggit melangit. Tidak disangka, masih ada penduduk tempatan yang masih sudi mempertahankan tanah warisan moyang dari terus menerus dijajah oleh pembangunan yang hanya berteraskan keuntungan semata-mata tanpa menjiwai jiwa-jiwa rakyat marhaen. Apa lagi yang mereka ada jika bukan tanah cebisan ini?
Adam berjalan dalam kegelapan malam menuju ke suatu tempat yang menggamit nostalgia. Dia perlu menggali ingatan lama, dengan kegelapan malam yang hanya ada satu dua lampu jalan.
Sesampainya, Adam mengulum senyum. Rumah agam yang diperbuat daripada batu ini masih kekal berdiri setelah sekian lama tidak berpenghuni. Zip beg sandang dibuka buat kali kedua, segugus anak kunci dikeluarkan. Dia meneliti anak kunci tersebut dalam gelap kemudian pintu gerbang anggaran setinggi dua ratus sentimeter terbuka. Bauan lama menerpa muka. Dia tidak langsung rindu pada bauan itu.
Adam menguap. Badannya sudah terlampau letih dengan empat belas jam perjalanan. Dia perlukan rehat yang secukupnya untuk merancang apa yang mahu dilakukan disini.
Tidak boleh hanya makan tidur, ada sesuatu yang perlu dicari.
***
Jutaan bintang beransur pulang, giliran mentari mengambil alih tugas. Bingkas Adam bangun dari lena tidur. Muka dibasuh. Segar. Barisan gigi pula diberus. Lagi segar. Ini saat yang dinantikan, dia perlukan cahaya mentari untuk melihat perubahan pada landskap yang sentiasa ditatapnya berpuluh-puluh tahun lepas. Kerusi kayu jati itu masih terletak elok berhadapan dengan jendela kaca panjang dari lantai hingga ke bumbung. Nenek kata, biar ada satu tempat di rumah kita yang membuatkan kita berfikir tentang tuhan. Jadi jendela kaca panjang itu merupakan tempat Adam berfikir. Dari jendela itu kau dapat lihat langit biru tidak kosong dengan burung-burung yang berterbangan, bunyi unggas-unggas yang menenangkan, pokok-pokok kehijauan, dan kadang kadang ternampak beberepa ekor kucing lalu-lalang. Bagaikan sebuah landskap. Cukup sempurna dan tenang.
Terdapat satu pemandangan yang mendebarkan bagi Adam. Sesuatu yang amat dinantikan. Bagaikan seolah menonton sebuah drama. Episod demi episod dinanti. Larian ketawa kanak-kanak seusia Adam bermain lari-lari. Remaja perempuan bermain congkak di atas pasir. Batu seremban dilempar dengan penuh semangat. Lukisan yang hidup namun tak sempat dirasai Adam.
Dia melangkah perlahan setapak demi setapak. Jari-jemari menyentuh setiap inci permukaan tekstur kerusi itu. Dari bahagian tempat menyandarkan tubuh hingga ke tempat meletak lengan. Di alih jari dari kerusi ke cermin jendela.
Mata Adam kini berubah redup.
Biru langit masih dapat dilihat. Kicauan burung masih dapat didengar. Pokok-pokok kehijauan masih dapat dilihat. Beberapa ekor kucing juga terlihat berjalan. Ada satu benda yang tiada. Bagaikan alatan melukis yang cukup segalanya tetapi kertasnya tiada. Yang dilihat hanyalah kawasan lapang yang tidak berpenghuni.
Adam membelakangi jendela panjang itu dan bersegera untuk mandi. Dia menyarung T-shirt bewarna hitam petak-petak dengan seluar jeans bewarna hitam. Dia memakai selipar jepun bewarna biru diambil dari atas rak kasut. Selipar siapa pun dia tidak pasti. Yang pasti dia ingin melihat sekitar Kampung Pengkalan ini. Pintu utama dibuka, kampung yang dihiasi pokok-pokok kelapa tinggi melangit dapat dilihat. Masih ada yang tidak mencukupi landskap indah itu.
Dia berjalan ke lorong kiri yang tidak beralaskan tar, hanya pasir. Masih sama seperti dulu. Terdapat rumah-rumah kayu yang masih teguh. Mungkin hanya warna yang ditukar. Reka bentuknya juga sama. Dalam samar-samar ingatannya, dia masih lupa pada satu perkara.
Langkah Adam terhenti apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia sebelas tahun sedang memegang sebuah tablet bewarna putih di tangga rumahnya. Kepala ditoleh ke kanan, ada seorang remaja lelaki dengan telefon canggihnya. Sungguh asyik. Menunduk seakan tawaduk. Menatap skrin yang banyak membawa impak negatif.
Tiada lagi larian tawa kanak-kanak. Tiada lagi senyuman ukhuwwah sesama remaja. Segalanya telah pupus ditinggal masa. Adakah waktu yang patut disalahkan? Atau kita?
Jika dulu perasaan Adam seakan memberontak ingin merasa. Kini mereka mungkin tidak mengenal semua itu. Ya, kampung ini dipertahankan dari dijajah oleh pembangunan barat. Namun minda anak-anak muda kita dengan senangnya dijajah budaya barat.
Keluhan berat dilepas Adam. Is this what they want?
***
08:00 AM,
30 September 2015,
Broadmoor Hospital, England, UK.
Wad berdinding hijau cerah itu menempatkan tiga buah katil. Bermakna satu wad, terdapat tiga orang untuk kategori pesakit yang tidak mencapai tahap kritikal. Dan Dr Zack dikategorikan kepada tahap tidak kritikal. Mungkin kerana dia tidak bertindak agresif seperti pesakit-pesakit lain yang meracau siang malam. Zackry – nama yang tertera di hujung kepala katil. Katil miliknya betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Jadi sudah menjadi tabiatnya untuk memerhatikan tingkap itu daripada menatap dinding pudar kosong wad.
ARGH! ARGH!!
Lamunan Dr Zack terhenti apabila terdengar teriakan pesakit di katil hujung berdekatan dengan pintu wad sambil mencakar cadar katil putihnya. Dan disetiap wad di letakkan satu alat mendengar suara yang berada dihujung bucu siling. Jadi tanpa perlu memanggil doktor, doktor pasti dapat mendengar setiap perbualan atau teriakan pesakit. Zack mengira hingga nombor ketiga sambil mengulum senyum. Hanya tiga saat diperlukan doktor disini untuk datang ke wad pesakit yang sedang meracau.
1… 2… 3…
Pintu wad B-33 dikuak, Zack tersenyum handal. Seorang doktor perempuan, Dr Katty bersama seorang jururawat lelaki bergegas ke katil pesakit hujung. Pesakit itu masih menjerit. Kuat dan semakin kuat tanpa menunjukkan tanda-tanda tekaknya telah lelah. Kedua-dua tangannya juga tetap mencakar cadar miliknya. Dengan kuku yang panjang, habis koyak cadar katil.
“Michell! Prepare the opioid. Make it 7.5,” katanya sambil menenangkan pesakit.
Michell, jururawat lelaki itu faham. Lantas dengan pantas picagari bertukar tangan. Dia tidak menunggu lagi. Terus muncung picagari itu menemui sasarannya. Habis dos di dalam picagari disuntik. Dr Katty cuba membaiki kot putih yang biasa dipakai doktor. Matanya ditoleh pada Zack. Dari kornea matanya, dia mendapati pesakitnya mula memejamkan matanya perlahan-lahan dan pernafasannya beransur stabil. Dia merenung seketika sekujur tebuh lesu yang terbaring di katil itu.
“What’s next?” tanya Michell.
“I think he will be alright. Can you check pulse, blood pressure and breathing rate for every two hours. Write it on this patient’s report.”
“No problem doc,” Michell mengangguk faham.
Dr Katty berpaling pada Zack buat kali kedua.
Zack juga turut menatap wajah cantik Dr Katty.
“I have something to discuss with you, Zack,” kata Dr Katty pada Zack.
Bergegas Zack mengekori Dr Katty meninggalkan wad B-33 dan menuju ke biliknya. Sambil meneliti semula sedikit analisis rekod milik Zack dia kembali menoleh pada Zack.
“Are you ready for leaving this place?”
“Nice,” jawab Dr Zack seolah telah mengetahui akan hal ini.
“I think you already guess that.”
“Of course I am,” jawab Dr Zack, bagi seorang bekas doktor psikiatri sepertinya. Pasti sudah dapat diagak apa yang akan diberitahunya ekoran perbuatan dan penampilannya yang kelihatan sungguh normal. Dia juga diberitahu, tiada apa yang serius dengan mentalnya, hanya kerana dia obses dan tertekan dengan projek ujikaji penawar mental, dia bertindak agresif tanpa menggunakan akal geniusnya. Tapi tetap saja dia perlu dipantau di hospital ini. Dan kini tiba masanya untuk dia menatap dunia dari kaca mata barunya.
“Ain’t you happy? You will life outside of this place.. everyone here wants this,” tanya Dr Katty dengan melebarkan tangannya di udara ketika menyebut perkataan; outside of this place.
“I am happy, this is my face when I’m happy,” kata Dr Zack sambil melebarkan lagi senyum.
“Alright, so tomorrow you will life outside of this place. Congrats.”
Dr Zack hanya senyum. Pahit dan kelat.
***
Aku akan sambung kalau ada permintaan. Sebab cerita separuh jalan ni tak menggambarkan apa-apa. Kita kan suka realiti. Kan.
– Lee.
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Nak sambungan.