MRC buat programme syok sendiri.

Assalamualaikum. First mintak maaf kalau ada mana mana pihak yang terasa dengan post ini. Bukan niat saya, cuma ingin menyuarakan apa yang saya rasa betul. Saya bayar yuran, yuran saya juga termasuk dengan yuran penginapan, difahamkan kepada saya MRC dapat puluhan ribu setahun untuk kegunaan aktiviti pelajar dan kebajikan pelajar. Ketidakpuasan hati saya apabila terbaca post dari 2 orang MRC yang berbeza mahallah dan lepas bersembang dengan sepupu yg juga MRC di mahallah sister.

1-Saya terbaca satu post di IIUM online mengenai Community Service to Lombok. sejujurnya saya boleh katakan program ini mengarut dan menghabiskan duit pelajar. kenapa perlu pergi jauh jauh untuk buat kebajikan? sudah takde tempat dalam malaysia yang perlukan pertolongan ke? kos nak pergi lombok dah berapa? pelajar yang dapat manfaat berapa orang je? yang terpilih pergi boleh la cakap bermanfaat bagi diorang tapi yang tak dapat pergi just dapat tengok duit diorang dihabiskan je ke?

2-Ditakdirkan saya berkawan di Facebook dengan MRC dari sebuah mahallah, terbaca post dia ‘Melepaskan 100kg ikan di tasik……… untuk pertandingan memancing’ sempena festival di mahallah tersebut. bagus mahallah ni, poie beli kan pastu pancing balik. seyy nak koba ni, takdo guno eh korang poie boli ikan pastu lopehkan balik acah acah tasik tu ada ikan. kalau betul itu pertandingan memancing, campak joran dalam tasik tu tengok sape dapat ikan, haa tu baru pertandingan memancing. seyy sempat la gi jenguk competetion tu, yang join nya dua tiga kerat je pelajar, ramai mana mana orang entah join, saya andaikan staff lah kot. 100kg ikan tu kalau korang goreng pastu kasi penghuni mahallah korang makan, kenyang sendawa sampai tahun depan tu. sebelum kisah 100kg ikan ni, saya pergi jenguk festival kat mahallah ni, 1st day tu ada busking competition dan yang join tu 4 kumpulan je. PA system powernya lahai, mesti cost dia tu lagi mahal dari kos hadiah peserta kan? saya pergi jenguk sebab ingat macam ramai yang perform, tetapi hampa.

3- haaa, ni yang sepupu seyy bagitahu, IMCW punya program katanya 56K ringgit costnya. 56K weh !!!! duit diambil dari setiap mahallah sikit sorang. yg best pulak dia ckp dia pun sampai tak pasti ni pertandingan untuk student uia ke tempat MRC berkumpul. huhu. participant katanya ada muka sama yang masuk pertandingan yang berbeza. kalau suara best, semua acara yang nyanyi dia masuk. ada yg pertandingan dua team je hantar dan isu-isu yang banyak lah dalam IMCW ni. IMCW ni contoh program yg hancur katanya. huhu.

sebelum korang nak judge seyy, seyy nak koba ni haa, saya takde masalah pun dengan penganjuran penganjuran program oleh MRC, seyy selalu je join program dalam uia ni yang mana saya minat dan sempat lah. cuma buat la program yang boleh dimanfaatkan oleh ramai orang. kami semua bayar yuran dan kami berhak jugak guna duit tu. banyakkan makan free ke(kegemaran ni), takde la saya nak ke SKP anjuran The Team kat SHAS je memanjang. lagipun bukan semua pelajar yang boleh menyanyi,berjoget, main bola sepak ke pingpong ke. penat kot tulis tak guna short form ni. huhu. tu je lah kot, Majulah MRC untuk rakyat uia.

– MHK

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

9 Comments

  1. Sis Mahallah apa?

    Boleh apply jadi MRC then sama2 brainstorm utk program yg perlu dibuat :)

    Xjd MRC pun, jadi BRC OK jugak.

    Seronok kalau confession ni ada cadangan aktiviti sekali :)

  2. Hmmmmm….setuju dgan certain point Kat atas tu..tp,imcw tu,muka same sbb x de org nak participate..dorg punya lelah fikir program untuk pelajar.. Tp kita x nak participate..tp last2 kita yg condemn..memg la kdg2 program dorg bosan tp dorg usaha..nnti mgkin boleh suggest aktiviti untuk buat dkat mrc..sbb even ade bbq pun,bukan the whole mahallah join..brape kerat je..tu tara bbq..

  3. Susah jugak kalau buat program tapi orang tak join. Hadiah disediakan, semua disediakan tapi ada segelintir pelajar tak ambil endah tentang program disediakan. Paling menyedihkan, tidak mengetahui kewujudan program. And pihak mrc pun ada jugak buat efforts kat semua program. Program mostly akan diwar war kan di semua media social yang ada. So salah siapa sekarang ni? I know you were angry etc but can you have little thoughts about our feelings? Tak perlu banyak tapi cukup menghargai apa yang di buat untuk students.
    Assalamualaikum

  4. To confessor, this is a text replied by President of Mahallah Ali :)

    Assalamualaikum.
    Saya adalah president mahallah yang disebutkan tu. Terima kasih atas komen daripada anda. At least, masih ada yang sudi berkongsi pandangan. InsyaAllah. Cadangan yang baik. Dan kami akan perbaiki kekurangan kami. Jika berminat untuk tahu lebih mengenai program berkenaan dan justifikasi kepada program seperti itu diadakan, do contact me, 0199581297. InsyaAllah, boleh bertukar pandangan dan sudut pandang supaya ada penambahbaikan boleh dilakukan.

    Yang Benar,
    Muhammad Afiq Qiwamuddin bin Mustapha Shakri
    Presiden Mahallah Ali 15/16.

  5. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas comment dan pandangan bro/sis. Saya PM program Fishing yg Bro/Sis mention tu.Untuk pengetahuan bro/sis ,setiap program yg kami jalankan ada menyediakan makanan percuma serta evaluation form seusai program(boleh commnet direct). Pertanyaan saya adakah bro/sis hanya memerhati dari jauh saja program kami?? Akhir kata, saya sangat berbesar hati jka bro/sis sudi utk bersua atau private message saya bagi mendapatkan justifikasi berkenaan program tersebut dan bertukar pandangan bagi penambah baikan pada masa akan dtng.

  6. Awk sdri yg mention bahawa awk join program yg awk minat dan bila smpat je… so knape awk tak join je smua program yg dianjurkn mrc? Dlm msa yg sma blh ajak kwn2 awk trut sma. Blh dpt mkn free jgak sbb diaorg pn sdiakan mknn. Bkn smata2 ajk join program je. Lagi satu, mrc buat program ada manfaatnya. Bkn smata2 program syok sdri, yg students dtg smata2 nk ambk mknn je. At least students yg join program ni ada input jgak dr tggu org suap je. Smpai bila nk brdikari klau nk tggu mkn free je.? Sy suggestkn awk jd mrc, xpun join program mrc. Bru awk fhm mcmna diaorg ssah pyh handle program then xde student nk join. Tu yg jdi syok sdri dh xde participant. Sorry to say la.. Sblum awk judge ape2, better kaji dlu sblum melontarkn ape2.
    Satu lgi, mrc buat program bkn utk cri publisiti, bkn utk dapat nama sbgaimana sesetengah pihak yg mmbntu student tetapi mengwar2kn di media sosial seolah2 nk mnunjuk2. xde gunanya. Sme2 lah join program ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *